BAB 20

24 5 2
                                    

Ahad. Hari di mana mereka sepatutnya menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Sebaliknya, semua orang sedang membual hal masing-masing. Mereka masih perlu pergi ke sekolah tetapi tiada pembelajaran yang akan dijalankan.

Semua kawasan sekolah kedengaran agak bising. Akibat tiada aktiviti. Senang cerita, aktiviti bebas.

"Tengok tu," kata Firas sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah langit. Sebuah kapal terbang melepasi awan-awan yang memenuhi langit. Dirinya yang sedang berbaring hanya memandang langit yang kelihatan biru.

"Woah, macam dah lama nak nampak airplane. Maklumlah, dah lama tak keluar sekolah." Malikah yang sedang duduk turut mendongak. Ha.. alangkah indahnya kalau dapat keluar dari sekolah ni and be free.

Tangannya mula menyerabutkan kepala Firas yang sedang berbaringkan kakinya. Lelaki itu membiarkan. Matanya juga pejam tak pejam. Nak tidur la tu.

Dia hanya memerhatikan pergerakan kapal terbang itu sehingga sudah jauh dari matanya.

Di pagar rooftop, Iz memerhatikan sekeliling sekolah. Tenggelam dalam lamunan. Rambutnya ditiup angin lembut.

"Nak keluarr," rengek Iz saja-saja. Dan mula membaringkan badannya ke lantai.

"Korang tak bosan ke duduk sekolah ni? Dah lama kot kita duduk sini." Iz membebel lagi.

"Aku duduk sini sejak form two, so tak lah lama sangat." Firas duduk dari baringnya dan bersila. Tangannya meramas rambutnya yang serabut dek Malikah yang dari tadi bermain rambutnya.

Gelak kecil Malikah hadir melihat gelagat Firas. "Haah ek, aku lupa pulak kau budak baru. Aku memang dah stay sekolah ni dari form one lagi. Kau pun baru kan Iz?" Malikah mengajukan soalan.

Iz seperti berangan sekejap untuk 10 saat. Memandang lantai dan mukanya berkerut. Sebelum dia sedar lalu tersengih-sengih atas kelakuannya yang tidak fokus itu.

Dia terangguk-angguk, mengiakan soalan Malikah. Tangannya mengusap belakang lehernya, malu.

"Haah, aku baru masuk sekolah ni tahun ni, form 3."

"Habistu macam mana kau boleh ada masa kes tahun lepas tu?" Malikah menyoal soalan yang paling dia keliru.

Kes tahun lepas. Kes gelap yang menimpa dirinya, Imani dan AF. Itu pun nasib baik Iz, Firas dan Fa'iq membantu mereka menyelamatkan diri.

Flashback menyelusup masuk ke dalam fikirannya. Teringat peristiwa ktu, dia mengetap gigi. Berasa marah dan kecewa. Patut ke benda macam tu berlaku kat sekolah? Tambahan lagi, sekolah top pulak tu!

Tapi dia masih pelik, macam mana Iz boleh terus duduk di sekolah ni masa form two? Sedangkan Iz tak bersekolah di sini sebelum ni.

Masih segar dalam otaknya, Firas mendukungnya ke stor di mana AF masih berada. Ketika itu, AF masih gagal lari dari situ.

Dia juga ingat yang Fa'iq membantu Imani untuk berlari, memapahnya dan turut mendukungnya untuk sementara. Masa tu memang waktu yang paling dia gentar dan takut. Sebab keadaannya yang lemah dibelasah dan kerana merisaukan AF yang masih di dalam stor.

Walaupun dia dalam keadaan yang lemah ketika itu, dia masih mampu nampak kelibat Iz. Yang dia tak tahu datang dari mana. Yang pasti, dia tahu Iz bukan dari sekolah itu. Sebab hari tu hari persekolahan, dan Iz tak memakai uniform sekolah yang sepatutnya dipakai. Dia hanya memakai baju biasa. Wajah Iz pun dia tak cam.

Tetapi dengan bantuan Iz menendang pintu stor, mereka dapat masuk melihat AF yang dalam keadaan tak stabil.

Walaupun ketika itu gadis itu masih boleh berdiri, tetapi dia masih menggigil kesakitan. AF yang berlumuran dengan darah dan luka besar memenuhi tubuh.

Pandangan yang tak boleh dilupakan.

Kini, tubuh mereka masing-masing meninggalkan kesan dan parut-parut yang agak dalam. Malikah menyentuh bahagian kakinya. Disebalik stokin yang dipakai, terdapat bekas luka-luka besar. Membuatkan dia berasa sedih. Tubuhnya sudah banyak cacat cela. Juga Imani dan AF.

Imani membunyai luka besar pada tangan kerana pernah dihiris dengan pisau oleh betina-betina yang mengunci mereka dulu.

Manalaka AF, uh. Dia teringat parut besar di tapak tangan AF. Yang terjadi disebabkan AF membuka pintu karat stor untuk mereka melarikan diri. Pastinya banyak lagi parut yang ada di seluruh tubuh AF.

Haih.. dia mengeluh. Sambil tangannya mengusap lembut kawasan-kawasan yang ada parut. Juga jarinya ada parut kecil.

Firas menggenggam lembut pergelangan tangan Malikah. Gadis itu tersentak dan mengangkat wajahnya. Dia melihat Firas yang memandang tepat ke dalam matanya.

Ah, dia dah merisaukan Firas. Pantas dia mengukirkan senyuman. "Kau risaukan aku ke Firas?" Dia bertanya dengan nada mengolok. Keningnya terangkat-angkat. Mahu mengusik.

Tangannya digenggam lagi erat. "Haish, mestilah.."

Malikah ingat Firas akan malu dan menidakkan. Jawapan Firas membuatkan dirinya sendiri yang malu.

"Tak pe lah. Aku okay." Dia tersenyum lagi kerana gembira. Sekarang, ada orang yang merisaukan dirinya. Itu sudah cukup membuatkan dia berasa tenang dan happy.

Dari pagar rooftop, Iz memerhatikan kelakuan mereka tanpa berkata apa-apa. Hanya tajam memikirkan bermacam-macam hal dalam otaknya.

Sudah sudah, baik dia lupakan. Badannya yang berada di lantai, diguling ke arah Firas dengan Malikah. Laju pulak tu. Badan Iz yang berguling laju itu hanya diperhatikan oleh mereka tanpa apa-apa komen.

3 saat selepas itu, Iz sampai di hadapan mereka tetapi kepalanya pening akibat berguling. Dia bangun duduk sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, cuba menghilangkan pening.

Aduhai

"Hhahahahahahh!!!" Gelak Malikah terhambur. Makhluk jenis apa yang comel sangat ni?! Hahahah!! Dia terhibur melihat gelagat Iz yang tak berapa nak betul itu. Tangannya menepuk-nepuk kaki Firas akibat ketawa pecah perut.

Manakala Firas di sebelahnya membuat muka 'i am disgusted'.

Iz tersengih-sengih. Malu dengan kelakuannya yang terlalu spontan.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now