BAB 40

26 1 2
                                    

Splash!!

Air dari kolam besar tu membasahi kawasan gelanggang. Semua penonton menjerit gembira sambil cuba menghalang diri dari basah.

Habis sahaja makan tengah hari tadi, kelas 3A berkumpul semula atas arahan En. Afza. Mahu meneruskan aktiviti.

"Kita nak pergi mana pulak ni cikgu?" Soal salah seorang dari pelajar.

"Jom ikut cikgu."

Sepanjang mereka berjalan, mereka berseronok melihat kehidupan-hidupan yang ada di setiap tepi dinding. Nama pun aquarium kan, memang dalamnya penuh dengan hidupan air je lah jawabnya.

Memang seronoklah untuk melawati tempat-tempat macam ni. Lagi-lagi sebab mereka baru sahaja melangkah kaki ke luar.

Tahu-tahu sahaja, mereka berhenti di hadapan satu kawasan besar. Penuh dengan batu yang bertingkat untuk duduk. Di tengahnya, sebuah kolam besar.

"Tu bukan ke?!"

Mata masing-masing tak boleh lari dari mengunci pandangan ke arah isi kolam itu. Seekor dolphin biru kelihatan berenang-renang aktif. Membuatkan mereka jatuh cinta dengan kecomelan aksi haiwan itu.

"Cikgu!" Pelajar 3A memandang ke arah En. Afza serentak dengan mata bersinar, tanda teruja. En. Afza hanya melepaskan tawa melihat reaksi mereka. Jakun betul anak muridnya ni.

"Duduklah, memang kita nak pergi sini pun."

"Yeayy!!" Kata-kata En. Afza disambut dengan gembira.

Laju sahaja mereka duduk dengan teratur, mula tak sabar untuk melihat apa lagak si dolphin untuk beraksi.

"Aku rasa ni first time aku nampak dolphin depan mata." Ujar AF, masih memandang hidupan air itu. Tak lepas dari pandangan.

"Sama!" Fa'iq dan Imani serentak menjawab. Membuatkan AF tergelak. Jakun memasing!

"Dolphin tu macam kau kan?" Fa'iq berkata, mahu mengusik.

"Haah comel macam aku, aku tahu."

"Hm betul tu." jawab Fa'iq tanpa sedar. Membuatkan Imani caught off guard. Terkaku seketika. Perasan Imani tak balas apa-apa, Fa'iq menoleh ke arah Imani. Pelik. Dia salah cakap ke?

Melihat muka Imani yang macam patung kaku, baru dia faham situasi. Fa'iq lantas menutup mulutnya selepas baru sedar apa dia baru cakap.

Tak pasal-pasal kedua-dua mereka diam dengan muka merah. Malikah dan AF di sebelah tersengih-sengih memandang dua rakannya itu. Alahai.

Iz pula keliru dengan apa yang terjadi, dan hanya senyum walaupun blur *senyum in confusion*. Firas tak payah cakap, lagi la blur.

Lagu rancak memenuhi gelanggang. Hostnya, seorang dengan memakai baju pekerja meniup wisel. Tanda persembahan akan bermula tak lama lagi. Dia berdiri di satu tempat tinggi. Di mana semua orang boleh nampak dirinya.

"Selamat datang semua ke Aquarium ni!" Yang berdiri itu, menjemput semua orang yang hadir dengan lambai-lambaikan tangan ke udara.

"Bersama saya, Neyma akan mempersembahkan persembahan yang akan dilakukan oleh kawan kita ni."

Seraya memberikan kata-kata aluan, dia melujurkan tangan ke arah dolphin di dalam kolam tadi. "Kenalkan Sally!" mendengar namanya disebut, si dolphin melompat melepasi satu gegelung besar. Membuatkan para penonton terkejut dan teruja.

"WOHOOOO!!!!" Jeritan memenuhi gelanggang. Bersorak kepada aksi yang mengagumkan daripada dolphin tadi.

Persembahan diteruskan. Mereka juga mula berseronok tanpa sedar masa telah berlalu. Dan menunjukkan keseronokan dengan menepuk tangan dan menjerit setiap kali dolphin itu melakukan trick.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now