Di dalam dorm, seorang gadis sedang nyenyak tidur di atas katilnya.
Kringg!! loceng berbunyi. AF menggosok matanya. Baru bangun dari lena yang agak lama.
Selepas balik dari perpustakaan, dia terus balik ke dorm. Akibat AF tak cukup tidur semalam, dia menyambung tidurnya sehingga ke tengah hari.
Sekarang ni, dia lapar. Perutnya belum diisi dengan apa-apa makanan sejak pagi. Katil Imani dan Malikah juga kosong. Ke mana pulak diorang ni?
Badannya didudukkan di atas katil dan mula meregang. Menghilangkan kebas badan yang terlalu lama tidur. Apa kata dia pergi ke dewan makan? Bagus jugak. Lagipun dia malas nak mengeluarkan apa-apa duit.
Stokin disarung lalu dia bergerak keluar dari dorm, menuju ke ampaian. Juga tempat yang bersebelahan dengan dinding batu yang berpagar. Tempat di mana hari-hari dia duduk di sana.
Menanti kemunculan orang yang ditunggu-tunggu.
"Haih," keluhan dilepaskan. Sudah penat menunggu. Tapi dia tak boleh berhenti berharap.
Apa kelebihan yang dia dapat kalau jumpa Amy? Dia tak tahu.
Habistu, kenapa dia sibuk sangat nak cari Amy ni?
Soalan itu juga tiada jawapan. Dia tak tahu.
Tetapi satu benda yang dia fikir. Dia risaukan Amy. Dia mahu bantu Amy. Walau apa sekalipun perkara yang akan berlaku ke atasnya, dia tak kesah.
Amy perlukan bantuan. Dan dia satu-satunya orang yang boleh bantu Amy, mungkin?
Teringat tatkala Amy memanjang dinding yang dipenuhi halangan berduri itu semata-mata untuk masuk ke dalam sekolah semula membuatkan dirinya lemah. Kenapa Amy sanggup menyakiti dirinya sebegitu? Dia mahukan jawapan.
Kedua-dua tangannya diangkat. Dia memandang tapak tangan sendiri. Juga terimbas dalam fikirannya tangan Amy yang luka besar dan berdarah ketika cuba lari dari semua orang.
Terasa ngilu. Dia memusingkan badan dan melangkah dari situ. Menuju ke tangga tersembunyi. Dia mahu melupakan perkara itu untuk sementara.
Dalam perjalanan ke tangga, fikirannya melayang. Walaupun dalam keadaan lapar, dia terus ke sana. Sebolehnya, dia mahu sambung tidur.
Well, tidur adalah pengubat segala luka.
Matanya tertumpu ke arah pagar sekolah yang memisahkan jalan raya dan sekolah. Di seberang pagar, terdapat taman reakriasi kecil di tengah-tengah jalan. Selalunya, dia boleh lihat orang bersenam dan berseronok.
Kerana mereka berada di dalam sekolah, mereka hanya mampu melihat dari jauh. Kelihatan seorang mak cik yang sedang berjoging. AF berdiri di situ, hanya memerhati.
Tiba-tiba, mak cik itu menoleh ke arahnya. Sejauh mana sekalipun jarak mereka, dia pasti mak cik itu nampak dirinya di situ.
Tanpa berfikir panjang, dia mengangkat tangan setinggi yang mampu dan melambai gembira. Berharap yang mak cik itu sedar akan kehadirannya di situ.
"Hai cik!! Have a nice day!!!" Laungnya kuat dengan nada gembira. Kemudian, dia nampak perbuatan mak cik itu. Perlahan, tangannya diangkat juga. Mak cik itu senyum dan membalas lambaian AF. Membuatkan gadis itu gembira.
Ah.. dia mahu keluar bermain di luar.
Bila agaknya dia boleh keluar ya?
Sekolah Alam Permata, dikenali dengan sekolah yang hebat. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada remaja-remaja genius yang kurang bernasib baik.
Terdapat dua sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. AF masuk ke sekolah itu untuk sekolah menengah. Apa yang dia tahu, Imani, Malikah dan Firas juga turut masuk ketika sekolah menengah. Cuma Firas masuk semasa di tingkatan dua. Fa'iq sudah bersekolah di Alam Permata sejak di sekolah rendah lagi.
Iz? Tidak diketahui. Dia juga selalu bertanya, tetapi Iz enggan menjawab. Dengan itu, dia tidak bertanya lagi. Cukup sekadar Iz gembira. Walaupun dia sering tertanya-tanya.
Sejujurnya, masih banyak benda yang dia tak tahu tentang Iz. Walaupun Iz ialah seorang kawan yang baik, tetapi dia masih pelik.
Contohnya, dari mana Iz datang? Ingatannya masih kuat untuk ingat keadaan mereka berjumpa pertama kali di tangga. Iz memakai cermin mata hitam dan tiada sesiapa yang mengenalinya. Kecuali dirinya.
Tambahan lagi, Fa'iq kelihatan sudah mengenali Iz sejak pertama kali Iz memunculkan diri tanpa bersembunyi.
Habistu sebelum dia masuk ke sekolah secara sah, dia tinggal di mana?
Selama ni dia berjumpa dengan Iz di tangga, dari mana dia datang?
Sampai sekarang, Iz masih tidak menjawab. Tetapi dia tidak juga memaksa. Cuma persoalan memenuhi benaknya.
Iz terlalu baik dengan dirinya, walaupun baru pertama kali berjumpa, lelaki itu sudah melayan kerenahnya. Iz memberikannya macam-macam manisan, walaupun ketika itu dia tak kenal pun siapa Iz.
Adakah rahsia lelaki itu terlalu besar? Atau mungkin ada cerita di sebaliknya?
Cakap tentang cerita, dia teringat kali pertama dia melangkah masuk ke sekolah ini. Ketika itu, dia berada di tingkatan satu.
Sekolah lama itu diperhati dari setiap sudut. Kelihatan tua tetapi gah. Senior-senior hanya memandangnya dengan pandangan dingin.
Dari situ dia tahu, tahun itu bukan tahun yang senang untuknya.
Dua tahun, dia dibuli. Gara-gara Yuna dan Sarah. Namun kes itu sudah tamat. Dia bersyukur.
Setiap pelajar mesti berjaya mendapatkan markah yang baik dalam setiap exam. Mesti aktif dalam setiap aktiviti sekolah. Sesiapa yang gagal boleh dibuang sekolah. Ataupun akan dihantar ke luar negara. Hanya untuk belajar.
Peraturan sekolah itu ketat. Banyak benda yang mereka tidak boleh lakukan.
Seperti contoh, mereka tidak boleh menelefon mana-mana kenalan terdekat sepanjang 5 tahun mereka bersekolah. Setahun sekali sahaja, itu pun kalau ada benda penting.
Sebabnya, pengetua cakap ia akan membuatkan pelajar lain yang tiada kenalan dan keluarga berasa sedih.
Betul juga kan? Majoriti warga sekolah itu anak yatim, yatim piatu, yang diambil sebagai anak angkat dan ada juga yang dibuang daripada keluarga mereka sendiri.
Seperti kes dirinya, AF mempunyai seorang ibu. Disebabkan kesibukan ibunya, dia ditinggalkan di sekolah ini. Bukan salah ibunya, ini juga kebaikan untuk diri sendiri.
Ayahnya? Dari pengetahuannya, ibu menyatakan yang ayahnya sudah tiada. Sudah meninggal sejak dia kecil lagi.
Kini, ibunya bekerja di luar negara. Itu semua untuk keperluannya juga.
Dan tanggungjawabnya sebagai anak dan pelajar adalah untuk belajar. Dia mahu membuatkan ibunya gembira dengan pencapaiannya.
Mahu tak mahu, dia kena sedar yang dirinya dikira beruntung kerana masih mempunyai ibu. Lain pula dengan takan-rakannya yang lain.
Baru dia terfikir, masih banyak dia tak tahu tentang kehidupan rakan-rakannya. Tetapi dia tak boleh selfish, mereka banyak menanggung beban dan kisah yang menyakitkan.
Dengan itu, dia memilih untuk berdiam diri dan terus menceriakan kawan-kawannya yang banyak membantunya.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...