BAB 24

27 5 2
                                    

Tapi tu bukan alasan untuk dia mengalah!

Tanpa menoleh, dia memulakan langkah dan berlari. Tak kesahlah ke mana. Yang penting, dia kena lari! Kalau dia ditangkap sekarang, pasti dia perlu berdepan dengan seniornya.

Ah kenapa lah hari ni hari Sabtu? Kalau hari sekolah, boleh dia meminta bantuan mana-mana guru. Malangnya, realiti tak boleh diubah.

"Imani tunggu!"

Panggilan tidak dipedulikan. Lariannya dipercepatkan. Lantak apa nak jadi. Dia tahu mereka tak boleh kejar dia.

Sebab dia antara orang terpantas dalam larian di kelabnya.

Nampaknya dia dah tiba di tingkat tiga blok tersebut. Tingkat ni bukan ke..

Tingkat kelasnya? Dia memandang di hapadannya.

Benar. Ni tingkat kelas form one. Mungkin dia boleh sorok dalam kelas? Tapi ada apa je dalam kelas? Tak selamat kot..

Ahh ini bukan masanya. Terpaksalah dia sorok di tempat paling dekat.

"Imani!"

"Imani mana kau?!"

Jeritan lantang kedengaran di tingkat atas. Jantungnya rasa nak terkeluar. Rasa takut makin memenuhi fikirannya. Laju dia memusingkan langkah kakinya, menuju ke kelas. Kelas 1A.

Dah dekat.. sikit lagi! Sikit lagii!!

Bam! Pintu gelongsor itu dibuka dengan sepenuh kekuatan yang dia ada. Matanya dah tak boleh fokus kerana terlalu penat dan takut. Dia meliar melihat sekeliling. Satu kelas di scan dengan matanya.

"Urm.."

Bahunya terhinjut. Apakah? Ada orang ke? Dia meliar lagi. Di hujung kelas, tempat duduk paling belakang, seorang classmatenya sedang berada di mejanya. Dah berdiri sekali. Muka dia pun terkejut. Mungkin dia terkejut sebab Imani tiba-tiba bukak pintu kelas. Dah la kuat Imani bukak tadi.

Baru dia sedar ada orang dalam kelas tu.

Tak silap Imani.. nama dia AF.

Tapi ini bukan masa yang sesuai nak berbual! Dia mula gelabah apabila suara teammate yang mengejarnya tadi makin dekat. Kemungkinan besar dia dah tak boleh lari kali ni.

"Apa patut aku buat ni?? Nak lari mana lagi ni?" Dia menyoal diri sendiri dalam keadaan tak senang duduk. Dah tak ada jalan keluar. Tangannya yang memegang pintu dilepaskan. Maybe dah sampai masanya untuk dia mengalah.

Habislah dia lepas ni.. mesti dia akan dilecture teruk oleh seniornya.

"Imani." AF yang berdiri dari tadi memanggil. Imani mengangkat muka dengan wajah gundah-gulana.

AF akan bagitau mereka yang dia ada kat sini ke? Sudah la.. dia dah give up.

Mata AF tajam memandang dirinya yang masih berdiri. Pelik dengan kelakuan AF, Imani cuba membuka mulut walaupun dia dalam ketakutan menunggu apa yang akan jadi kepadanya selepas ini.

"Kenap-"

"Kau nak lari?"

Huh?? Dia memandang AF dengan kekeliruan yang jelas terpampang di wajah. Tetapi keadaan tak mengizinkan untuk dia membuang masa.

Dengan wajah penuh harapan, dia melihat AF. Matanya bertembung dengan AF. Terserlah ketakutan di dalam pandangannya.

Perlahan, dia mengangguk.

Serentak itu, AF melangkah maju ke hadapan. Berhadapan dengan Imani, sebelum dia mencapai tangannya dan menariknya keluar dari kelas itu. Mereka berdua melarikan dari situ.

Dan itulah kali pertama dia tiba di tangga tersembunyi.

"Imani?" Suara Fa'iq memecahkan lamunannya. Dia sedar semula. Kelas 1A ditenung lama sebelum dia kembali ikut semula Fa'iq yang dari tadi menariknya.

Dia bersyukur. Dia bersyukur dia berjaya melarikan diri ketika itu. Dengan bantuan AF yang berjaya memperkenalkan dia dengan tangga itu. Dan Malikah yang menceriakan keadaan setiap kali dia berasa resah. Apa yang dia tahu, Malikah mengenali AF lebih awal darinya. Kemungkinan besar AF juga ada bantu Malikah dalam melarikan diri dari kelab. Maklumlah, dahulu Malikah berada dalam band.

Tanpa Imani sedar, Fa'iq membawa dia masuk ke sickbay. Eh?

"Kau. Duduk sini jap." Fa'iq menyuruh Imani duduk di atas sebuah kerusi. Imani hanya akur.

Kelihatan lelaki itu menyibukkan dirinya dengan mengeluarkan beberapa peralatan kecemasan. Oh, mungkin dia perasan..

Dia kembali dengan beberapa bandage dan ubat sapu. "Bak tangan." Pintanya.

"Ouhh." Imami membuka tangannya dan terdapat luka yang masih segar. Luka yang dia dapat dari jatuh tadi.

"Ingat kau tak perasan." Kata Imani sambil membiarkan Fa'iq merawat tangannya. Nampak macam handal.

"Dah kau jatuh tergolek tadi, tak kan la tak ada luka." Jawabnya sambil matanya masih khusyuk menyapu ubat pada tangan Imani.

Kelakuannya tangkas dan berhati-hati. Imani merenung sahaja Fa'iq yang sibuk itu. Aduhai, lelaki ni. Waktu-waktu macam ni jugak nak jadi gentleman. Dia masih ingat ketika dia bertengkar dengan Fa'iq tahun lepas dengan mengatakan dia dah tak mahu suka akan lelaki itu lagi.

Sekarang, mereka hanya kawan yang selalu bertengkar. Mungkin ini la yang terbaik. Lagipun maisng-masing nampak happy. Dia juga happy kerana dapat bersama lima orang rakannya ini.

Pandangannya dibuang ke luar tingkap yanga da di sebelahnya. Cuaca nampak baik. Sekarang masih tengah hari. Baru dia teringat yang mereka cuti selama seminggu.

Pelik. Ada ke sekolah lain dibenarkan cuti tapi perlu ke sekolah? Rasanya sekolah ni je yang buat benda merepek macam ni. Lagipun, dia tak rasa ade orang ambil serious sangat perihal Amy tu. Pelajar hanya mahu cuti.

Di padang, kelihatan seseorang yang dikenali.

"Tu Iz kan?" Soalnya kepada Fa'iq sambil jarinya diajukan ke tingkap. Fa'iq menoleh dan cuba menajamkan matanya untuk mencari kelibat yang dikatakan Imani.

Ha jumpa pun. Ada di kawasan padang berdekatan pagar sekolah. "Haah, tu Iz."

"Apa dia buat kat situ tu. Bukan tadi dia ada kat rooftop ke? Apsal turun?"

"Mana la aku tau, tanya aku pulak." Balas Fa'iq. Macam mana dia nak tau asbabnya kalau terang-terangan dari tadi dia bersama minah seorang ini.

Mereka berdua hanya memerhatikan kelakuan Iz dari sickbay. Lelaki itu kelihatan sedang berjalan ke hulu-hilir macam orang sesat. Dah kenapa pulak tu.

Tak lama lepas tu, dia seperti jumpa dengan seseorang yang dicari.

Oh.. dia cari AF rupanya. Iz mendekati AF yang sedang berseorangan di tengah padang dan mereka mula berbual. Walaupun mereka berborak, Iz kelihatan awas dengan sekelilingnya. Matanya tajam memerhati.

Tanpa amaran, Iz mendongak secara mengejut. Tepat ke arah sickbay yang ada Imani dan Fa'iq. Terkejut bukan kepalang mereka ketika itu. Macam mana Iz boleh perasan??

Tangan Imani pantas diangkat bagi menghilangkan ke'terkejut'an mereka. "Eyyo AF! Iz!"

Selepas itu, AF di bawah juga turut mendongak. Wajahnya ceria melihat Imani. "Oii!!" Dia melambai-lambai. Iz juga tersenyum.

"Fa'iq."

"Hm?"

"Kau tak rasa ke Iz macam selalu muncul bila dengan AF?"

Senyap. Tiada jawapan yang diberikan.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now