"Baiklah, kita ada lagi 30 minit sebelum sampai ke destinasi."
Suara En. Afza bergema dalam seluruh bas. Membuat announcement yang mereka akan sampai tak lama lagi. Semua murid mula excited. Makin bising jadinya.
Iz di tempat duduknya hanya duduk macam budak baik. Dia pandang ke kerusi depan.
AF tengah tidur. Macam biasa. Asyik tidur je AF ni.
Eliza di sebelah AF hanya memandang gadis itu yang nyenyak dilamun lena. Bestnya tidur. Tapi dah nak sampai. Tak pe lah, nanti baru dia kejut.
Eliza mula berbual dengan classmate-classmate lain yang duduk berdekatan.
Aiman di sebelah Iz pulak sedang menguruskan kertas-kertas yang dia pun tak tahu kertas apa tu. Tapi nampak busy betul.
Secara tak sengaja, kertas-kertas tu jatuh. Habis bersepah. Aiman mula gelabah dan cepat-cepat kutip kertas yang banyak tu.
"Kau ni, clumsy jugak rupanya." Tanpa disuruh, Iz tolong jugak kutip kertas tu. Ketua kelas tu hanya gelak.
Siap kutip, Iz menyerahkan kertas tu semula kepada Aiman. Dia mengira semula jumlah kertas tu. Sambil mata dan tangannya sibuk mengira, mulut dibuka. Mengatur ayat untuk menanyakan soalan.
"Iz" panggilnya. Tanpa melihat wajah Iz, masih mengira kertas.
"Hm?" Panggilannya disahut elok oleh pemilik nama. Iz memandang Aiman.
"Kenapa..
..kau tahan aku dari pergi oversea tu?"
"..."
Dunia bagaikan senyap tiba-tiba. Iz pandang ke dalam pandangan mata Aiman, dalam. Dan Aiman mula mengangkat mukanya, melihat wajah Iz.
"Kenapa Iz?"
🛍
"Semua dah ada beg masing-masing?"
"Dah cikgu!!" Sahut semua murid.
"Okay jom ikut saya, kita check in hotel dulu."
"Yeayy!!" Pelajar-pelajar bersorak. Bagaikan kanak-kanak riang.
Seriously, diorang ni memang terlalu excited.
Masing-masing membawa beg sendiri. Ada yang berbeg roda, beg galas. Dan ada juga yang hanya bawa beg kecil,. Mana pulak dia letak barang-barang dia agaknya.
Kini, mereka berjalan kaki melalui sebuah bandar yang sangat besar. Sekelilingnya hanya bangunan. Orang-orang berjalan dan kereta juga memenuhi jalan.
Keadaannya sibuk, tapi tidak bingit. Tiada hon-hon kereta yang memekak ataupun orang yang menjerit.
Suasananya harmoni, dan normal.
Macam apa yang mereka rindui selama ni.
3 tahun bukanlah masa yang sekejap. Bandar ni dah jelas tunjuk perubahan semasa yang mereka tertinggal. Macam contoh, bangunan-bangunan tinggi ada banyak sedang membangun. Kurang juga orang yang berjual di sekitar kawasan. Kalau dulu, ramai sangat orang jual-jual suka hati kat mana-mana.
Sekarang, kedai-kedai kecil pun dah nampak menarik dan lagi dihias cantik. Banyak cafe-cafe dan convenience store yang dah dibuka. Dan lagi banyak kemudahan yang ada.
"Woah.." masing-masing terpegun dengan dunia. Bukan apa, tapi mereka dah lama sangat jadi katak di bawah tempurung. Biarlah diorang nak enjoy masa-masa yang ada ni.
AF, Malikah dan Imani berjalan bersebelahan sambil tarik beg roda. Nampak macam nak pergi oversea je, padahal dalam negeri lagi.
"Weh, aku tak sabar nak shopping!!" Malikah menyuarakan rasa teruja. Mereka berdua mengangguk setuju.
![](https://img.wattpad.com/cover/269950813-288-k890.jpg)
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...