"AF how are you? Aku rindu kau sangat-sangat." Sarah mendekatkan diri kepada AF dan mencapai tangan AF. Tubuh kecil AF tidak mampu melawan kelakuan perempuan itu.
Gadis itu hanya diam, bersama kucing yang dipeluknya erat. Kucing itu seperti memahami situasi AF dan hanya diam.
"Apa.." baru sahaja dia mahu membuka mulut..
"HAH?!" Suara Sarah kuat melawan. "Ada aku bagi kau bersuara ke?"
Chills. Bulu roma AF meremang. Dia menunduk memandang lantai.
Dalam keseronokan, Sarah berlagak peramah. Dia suka melihat AF dalam keadaan sebegitu. Nampak lemah. Tidak berdaya, tidak mampu melawan. Sebab tu dia gilakan AF. Dia mahu hancurkan gadis itu. Dia mahu buat gadis itu sengsara.
Pertama kali dia melihat wajah AF semasa gadis itu masih di tingkatan satu, dia tahu AF ialah manusia yang akan membuatkan dirinya jatuh. Dia suka melihat wajah AF yang cuba senyum setiap kali dia membulinya.
Ahh.. betapa terdesaknya dia untuk menghancurkan senyuman manis itu.
Dia mahu hancurkan setiap inci tubuh milik AF. Dah lama dia tunggu. Dah lama dia nantikan saat ini.
Tapi, apa yang AF balas kepadanya? Apa yang dibalas dengan perasaan sayangnya terhadap AF? AF malah memalukan dirinya di hadapan khalayak ramai. Satu sekolah kini tahu segalanya.
Memandangkan dia sayang AF, apa kata dia memberikan sedikit hukuman?
Dia tahu, dia sudah menang. Silap besar AF membuat keputusan untuk membiarkan dia terus duduk di sekolah itu.
Dengan kepandaiannya, dia boleh memanipulasikan ramai orang. Tambahan lagi, dia ialah pelajar yang paling pandai dalam sekolah itu, banyak tanggungjawab yang dia galas.
Dengan jawatan itu, dia membuatkan semua orang kesian dengannya. Dan ya, ramai orang telah termakan umpannya. Tak lupa juga cikgu, staf sekolah dan mana-mana warga sekolah Alam Permata.
"Amboi Sarah, nak flirt ajak aku."
Kata-kata Shafiq membuatkan AF ketakutan. Kenapa Shafiq ada bersama Sarah? Mereka ada sepakat apa-apa ke? Bukan dia tidak tahu yang Shafiq dari dulu suka mencari pasal dengannya.
Dengan keberanian yang ada, AF mengangkat muka. Memandang Shafiq dengan wajah benci.
Terkejut dengan tindakan berani gadis itu, dia melepaskan nafas sinis sebelum dia berjalan mendekati AF yang sudah dikunci oleh tangan Sarah.
Wajahnya didekatkan dengan AF. Dagu gadis itu ditarik kasar. Dengan suara perlahan, dia berkata "jangan ingat aku takut dengan kau".
AF sudah pucat. Kehilangan idea untuk melepaskan diri. Dia tahu, dia akan diapa-apakan tak lama lagi.
Kucing hitam yang sudah tidak selesa dengan cara dakapan AF, turun ke lantai dan menghilang. Macam tu je. AF menoleh ke arah warga dewan makan yang berada di dalam dapur.
Pandangannya dengan abang dewan makan tadi terkunci. Mereka nampak ekspresi AF.
Wajah yang pucat, ketakutan dan tidak berdaya. Mereka boleh nampak dengan wajah itu, dia meminta pertolongan. Menjerit ketakutan. Walaupun gadis itu tidak menyatakannya secara zahir, tetapi reaksi itu cukup membuatkan mereka faham apa yang cuba AF sampaikan.
Shafiq hilang sabar apabila AF tidak menumpukan perhatian kepadanya. Kedua-dua tangannya memegang kasar kepala AF, memaksa gadis itu untuk memandang ke hadapan. Lebih tepat, memandang dirinya.
"Lepas.." perlahan AF berkata. Sarah dan Shafiq tidak mendengarnya.
"Huh? Apa kau cakap ni?" Soal Sarah dengan nada marah.
"AKU CAKAP LEPAS!" AF meraung.
Dewan makan bergema akibat raungan itu.
Bunyi kucing mengiau kedengaran.
Serentak itu, keadaan mula kacau bilau.
Dengan pantas, abang dewan makan itu menarik tangan AF daripada cengkaman Sarah. Membuatkan perempuan itu mengeluh kesakitan. Dalam sekelip mata, AF berada di dalam dakapan abang tadi. Gadis itu tidak dapat menangkap apa yang baru terjadi dan hanya kaku.
"Hei aku tak habis lagi!" Marah Shafiq dan cuba mencapai bahu AF. Laju AF menggenggam lengan abang itu untuk melindungi diri dari terus direntap Shafiq.
Apa yang terjadi selepas itu tidak disangka.
Segalanya berlaku terlalu pantas. Shafiq terhumban ke atas lantai, jatuh dengan kuat. Akibat ditumbuk seseorang.
Huh? Siapa yang tumbuk Shafiq? Dengan tenaga yang masih ada, AF cuba melihat apa yang sedang terjadi.
Iz. Iz berada di hadapannya sekarang. Iz? AF seperti tak percaya. Macam mana Iz boleh ada kat sini?
Raut tegang Iz terpancar pada wajahnya. Lelaki itu mengetap kuat rahangnya. Urat di kepala jelas menunjukkan yang dia sedang marah. Tangannya digenggam. Nafasnya juga tak menentu. AF terpana.
Kali ini, Iz yang jarang sekali marah itu betul-betul menunjukkan amarahnya.
Di lantai, Shafiq kesakitan memegang pipinya yang ditumbuk. Biru. "Kenapa ka-"
"APA KAU NAK BUAT NI BODOH?!" Jerkah Iz memotong kata-kata Shafiq. Lelaki tak guna itu terdiam.
Kaki Iz bersedia untuk menendang Shafiq, tetapi dihalang oleh Firas yang muncul entah dari mana. Imani memandang Sarah yang sudah senyap dari tadi.
"AF!" Kelihatan Malikah berlari ke arahnya. Manakala Fa'iq berada di sebelah Malikah, memerhatikan daripada jauh. Wajahnya juga tegang. Menahan marah.
Tanpa amaran, Imani melempang Sarah. Membuatkan perempuan itu terlanggar dinding.
"Kurang ajar- urgh!" Dia ditampar lagi, dan lagi. Imani memandangnya dingin dan meneruskan pukulannya.
Namun itu bukan halangan untuk Sarah mengalah. Secara mengejut, dia memeluk Malikah yang berada di sebelah AF dan abang tadi. Tangannya mula meliar dengan tiada perasaan malu. Cuba mencabuli Malikah untuk mengugut mereka supaya berhenti memukulnya.
Kali ini, Fa'iq sendiri yang menyepak Sarah. Firas mendekati Malikah dan menariknya jauh dari perempuan gila itu.
Sedikit pun, Malikah tidak terkesan dengan kelakuan tak senonoh Sarah. Malah dia sempat menjeling tajam ke dalam mata Sarah. "Kau ni tak ada maruah ke?"
Reaksi berani Malikah membuatkan dia rasa diancam. Kenapa diorang tak takut dengannya? Egonya tercabar. Ini tak boleh jadi.
Tangan Firas yang berada di bahu Malikah terasa menggigil. Lelaki itu cuba menahan perasaan untuk memukul dua ekor binatang itu. Malikah yang perasaan keadaan itu menyentuh lembut tangan Firas, memintanya untuk bertenang.
Nafas Firas dilepaskan perlahan dan didengari oleh Malikah. Lelaki itu cuba mengawal kesabarannya.
Dengan laju, Shafiq mencapai tangan Sarah. Mereka melarikan diri. Semua orang di situ hanya memerhatikan mereka pergi. Sesaat, mata Sarah dan AF bertembung.
Matanya menunjukkan dendam.
Dan itu petanda tidak baik untuk mereka berenam.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...