BAB 5

42 4 0
                                    

Anak-anak burung turun mendarat di atas rumput-rumput. Bayu pagi masih terasa. AF tergelak sendiri apabila teringat peristiwa itu. Nampaknya tangga ni memang dah jadi tempat official untuk mereka berenam meluangkan masa bersama.

Iz mengeluarkan biskut dari koceknya, seperti biasa. Dan menghulurkan kepada AF. Juga seperti biasa. Dengan senang hati AF menerimanya. Dia muka membuka penyampul biskut itu tanpa banyak cakap.

"Kau tahu tak, kau dah macam penjaga aku dah. Ada je benda nak kasi aku makan. Kalau aku gemuk nanti aku salahkan kau," kata AF seraya mengunyah biskut itu. Snek yang Iz bagi tak pernah tak sedap. Cita rasanya diteka tepat oleh lelaki itu.

Sejak dari pertama kali mereka berjumpa lagi Iz dah mula bagi dia makanan ringan. Tak kan dia nak tolak kan? Dia memang sukakan manisan.

Ayat AF membuatkan Iz tertawa kecil. Dia membaringkan kepalanya ke lutut dalam posisi duduk. "Kalau kau gemuk pun aku tak kesah."

"Tapi aku kesah!" Nafi AF lagi.

Aktiviti makan AF terhenti apabila dia perasan Iz memerhatikannya. Dia mula kelam-kabut. Mukanya comot ke? Apa apa-apa ke kat muka aku?

Kelakuan gelabah AF disendari Iz. Dia mula membuka mulut untuk berbicara. "Kau tau tak, aku dah nampak kau macam adik aku."

"Huh?? Kau ada adik? Sejak bila ni?" Soal AF penuh tanda tanya. Tak pernah dengar pulak yang Iz ada adik.

"Eh tak, maksud aku.. kalau aku ada adik, mungkin perangai kau sama macam dia." Iz menjelaskan.

"Tapi aku formmate kau kot. Janganlah bayang aku macam adik kau. Tak dibenarkan sama sekali," AF membuat tanda pangkah dengan tangannya, tanda tidak setuju.

Posisi duduk Iz berubah. "Aikk kenapa?"

"Sebab aku kawan kau," AF tersengih. Mulut Iz yang terbuka disumbat dengan biskut kecil. Tanpa bantahan, Iz turut mengunyah. "Look? Siapa yang abang siapa yang kakak?"

Iz menggaru belakang lehernya sambil tersenyum senget. AF baru sahaja menguapkan biskut ke dalam mulutnya. Persis seorang kakak menyuapkan adik. Tadi dia baru cakap dia nampak AF sebagai adik. Mana aci macam ni!

"Sini aku bagi kau makan pulak, baru aku boleh jadi abang." Iz mendekati AF dan cuba menyuapkan biskut ke dalam mulut AF. Pantas AF menoleh kepalanya ke kanan, mengelak.

"Haha! Tak dapat!"

Mereka mula bergelut, cuba menguapkan biskut ke dalam mulut masing-masing.

Serangan mengejut, Iz mencuit pinggang AF. Membuatkan gadis itu terasa geli. Dia mula ketawa dan meminta Iz untuk berhenti. Mereka bergelak ketawa dalam masa yang sama berlawan untuk menyuap biskut.

"Oi happy nampak." Suara di belakang menegur, membuatkan mereka berhenti bermain,

"Ah korang!"

Dari atas, Fa'iq, Imani, Malikah dan Firas turun dengan membawa beberapa plastik makanan di tangan.

"Jom breakfast!"

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now