BAB 25

22 4 0
                                    

Sambil-sambil menunggu Imani dan Fa'iq membeli air di vending machine, Iz yang bosan bangun dari duduknya.

"Nak ke mana tu Iz?" Malikah menyoal.

Tangan mengusap-usap belakang lehernya. "Uh, nak cari AF jap lah. Tak nampak pun batang hidung dia," katanya seraya berjalan ke pintu rooftop. Malikah dan Firas hanya mengangguk membenarkan.

Tiba-tiba terasa sepi. Hari yang memboringkan. Betul jugak. Bosan.

Mereka berdua hanya duduk. Tak bercakap apa-apa. Masing-masing melayan perasan masing-masing. Membiarkan fikiran mereka merembes masuk ke seluruh pelusuk otak sendiri.

Pada masa yang sama, bunyi pintu rooftop berbunyi. Seperti ada orang membukanya. Aik, tak kan lah dah jumpa AF? Cepat betul. Tak sampai 5 minit pun. Ujarnya sendiri tanpa menoleh melihat gerangan yang membuka pintu itu.

"Siapa tu Malikah, kawan kau?" Tanya Firas sambil menguap. Eh?

Kepala dinaikkan untuk melihat kelibat itu. Seorang budak perempuan berdiri di hadapan mereka. Junior mungkin. Mukanya dingin sahaja.

Macam pernah nampak je budak ni. Kening dia terangkat sambil otaknya memikir.

"Sorry tapi awak nak apa?" Tanya Malikah kepada junior tu. Dia tak kenal. Ke dia nak lepak sini?

Respon yang tak diduga diberikan. Budak perempuan itu hanya 'memalau' soalan Malikah dengan terus berjalan ke pagar rooftop. Mak aih, sabo je la dengan budak ni. Ade ke dia palau aku? Aku tanya baik-baik kot. Bebel Malikah dalam hati.

Angin lembut meniup pakaian mereka. Biasalah. Duduk kat rooftop ni memang best. Sebab sejuk dek angin. Tapi kadang-kadang malang jugak. Bila cuaca panas sangat atau mendung, mereka terpaksa masuk semula ke blok cepat-cepat. Takut terkena strok haba atau hujan.

Ala, apa diorang kesah. Yang penting ni tempat kedua terbaik selepas tangga tersembunyi!

Firas perhatikan sahaja junior yang sedang menggenggam pagar rooftop tu. Dia rasa macam ada benda tak kena.

Tak semena-mena budak itu mengalirkan air mata. Menangis secara tiba-tiba. Eh kenapa pulak ni?? Malikah mati akal, tak tau nak buat apa. Dia bangun dan mendekati junior itu. Nak tegur? Nak pujuk?

Entah. Dia sendiri pun tak tau nak buat apa. Alah bangun je lahh.

Firas turut bangun ikut Malikah. Memandangkan dia tak ada aktiviti sekarang ni.

Pagar besi rooftop yang digenggam itu kelihatan memerahkan tangan junior itu. Kalau luka macam mana? Malikah perlahan mencapai jari kecil itu. Cuba menghalang junior itu dari terus menggenggam besi tu.

Tapi junior tu enggan melepaskan pagar. Sebaliknya, dia menggenggam besi itu dengan lebih kuat.

"Eh, jangan buat macam tu!" Malikah hanya mampu melarangnya. Tak boleh disentuh junior tu. Kang makin teruk dia nangis, susah pulak.

Sepi untuk seketika. Lagi.

Mereka berdua kembali duduk di lantai rooftop dan hanya membiarkan junior tu buat apa dia nak. Hm.. pelik la budak ni.

"Amy.." suaranya perlahan. Tetapi mereka mampu mendengarnya dengan jelas.

Huh? Kenapa budak ni sebut Amy??? Spontan Malikah berdiri. Mahu bertanya tentang Amy. Mungkin ni boleh jadi hint?

"Amy.." sekali lagi, junior itu menyebut. Sambil tangannya membuka pagar yang dari tadi dia genggam.

Langkah diatur keluar dari pagar. Dia kini berada di hujung rooftop. Matanya memandang tingkat paling bawah. Kakinya cuba melangkah lagi walaupun dia sudah berada di hujung.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now