Kini, mereka berada di depan fun fair yang tersangat besar dan menakjubkan. Mata mereka berempat bagaikan bersinar melihatnya.
"Jom naik roller coaster!" Fa'iq dan Imani berkata serentak sambil muka menunjukkan reaksi tak sabar. Tersangat teruja. Tangan Imani dihayun-hayun ke udara menunjuk ke arah roller coaster yang semua orang boleh nampak kerana nampak besarnya permainan itu.
"Uh.. kita tunggu Malikah dengan Firas dulu la, naik sama-sama." Kata AF sambil melihat jam tangannya. Pukul 2.30. Masih awal.
"Ke kau takut?" Fa'iq memeluk tubuh sambil mengangkat-angkat keningnya.
"AF takut? Ke kau je acah berani sebab tak nak nampak macam penakut?" Iz membalas. Memandang Fa'iq dengan muka meluat.
"Eleh, nanti dah sampai sana baru nak tarik diri." Tambah Fa'iq.
"Halahh dah dahla tu. kejap lagi Malikah dengan Firas sampai la ni. Sabo jap. Tak yah gaduh-gaduh." Bebel AF dan mula berjalan ke pintu gerbang besar- tempat beli ticket yang dipenuhi dengan orang.
"Enam ticket okay? Ke ada yang tak nak pergi?" Iz juga melangkah mengikut AF.
"Haa lima je. Imani tak nak ikut katanya." Selamba Fa'iq cakap.
"Suka hati je. Dia yang tak nak, sebab takut lol," Marah Imani.
"Aku tak nak."
"WOAH!!" Fa'iq dan Imani terkejut dan pantas melangkah ke belakang sedikit. Firas berdiri di antara mereka dengan riak muka rilek.
"Yo."
"Cuba bagi salam. Kalau aku mati terkejut kat sini tak dapat la aku naik roller coaster tu." Fa'iq menepuk lengan Firas, tak kuat pun.
Malikah muncul dari belakang mereka dan mendekati. "Korang nak biskut tak?" Tangannya menghulurkan beberapa paket biskut pelbagai corak dan warna.
"Mak aih beli dari mana ni? Banyak betul," Imani menerima salah satu dan membelek-belek paket tu. Panas-panas lagi pulak tu.
"Mana ada beli, buat sendiri." Kata Malikah bangga.
"Eh? How??" Imani membuka paket tu dan mula makan. Sedap!
Jari telunjuk dihalakan ke arah satu kedai yang tak jauh dari situ. "Kat sana boleh main masak-masak."
"Eh Malikah, Firas. Dah sampai." AF dan Iz datang ke arah mereka dengan memegang beberapa kertas yang panjang.
"Best tadi?" Tanya AF. Duo itu menggangguk sambil menghulurkan satu paket biskut. Terus senyum lebar AF.
"Woahhh thankyou."
Masing-masing menerima ticket yang perlu dililitkan pada pergelangan tangan.
"So, dah boleh pergi la ni?" Kata Iz.
Mereka memandang ke fun fair itu. Di sebalik pagar besar yang menjadi pintu utama, kelihatan ada banyak belon beterbangan di udara. Permainan-permainan memenuhi kawasan di dalam pagar gergasi itu. Suara ramai orang membisingkan suasana. Sesekali mereka mendengar suara orang-orang yang menjerit tatkala roller coaster besar itu bergerak laju. Ramai orang tak kira usia bergelak tawa sambil bermain permainan yang ada.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...