"Tengok tu, Apsal Shafiq duduk dengan diorang? Mesti dia buat hal lagi!" Imani berbisik kepada Firas dan Fa'iq yang menggabungkan meja dengannya akibat mereka duduk selang tiga baris dari Malikah, Iz dan AF. Dia mengepal penumbuk. Kang ade yang kena belasah lepas ni.
Fa'iq dan Firas memusingkan kepala untuk melihat keadaan lagi tiga kawannya itu. Nothing happen. Just Shafiq secara tibernya duduk bersama mereka.
"Dia tak de kawan kot. Macam takde orang nak lepak dengan dia." Kata Fa'iq sambil menguap. Dia benci sejarah.
Jelingan dihadiahkan kepada Fa'iq. Boleh dia kata macam tu? "Kau tak tau. Aku sekelas dengan jantan tu dua kali tahu tak?! Eii dah lama aku nak terajang dia. Perangai memang tak boleh elok lagi!" Dia membebel geram. Matanya masih memerhatikan empat orang itu. Lebih tepatnya, Shafiq sahaja.
Pen di tangan Fa'iq diketuk ke atas meja, "kau tu yang perangai tak boleh elok lagi. Eh, ke kau jealous dia rapat dengan dia?" Fa'iq menyeriangi.
"The fu*k?! Siapa je nak suka orang macam tu? Tak de taste ke euw." Dahi Imani berkerut menahan jijik. Lelaki itu gelak melihat reaksi Imani yang kebudak-budakkan.
"Ye lah Imani. Taste kau kat orang-orang cool. Macam Fa'iq." Fa'iq mengangkat bahunya melayan imaginasi Imani yang terlampau tinggi. 'Fa'iq' yang dimaksudkan oleh Imani ialah orang yang berbeza. Walaupun dalam realitinya, nama sebenar dia ialah 'Irfan'.
Dengan lajunya, Imani menoleh ke arah Fa'iq membuatkan lelaki itu sedikit tersentak. Mukanya tersenyum lebar. "Yes! Fa'iq is the bestt! Hehe." Dia tersengih. Fa'iq temangu.
'com...- TAK!' Fa'iq melempang mukanya sendiri dan mengawal ekspresi mukanya. Dia cuba menyindir lagi. "Fa'iq aku ke? Hmm?" Keningnya terangkat-angkat. Muka happy Imani berubah lagi sekali kepada jijik.
"Tapi still, aku nak Shafiq blah dari situ." Mereka kembali menoleh memerhatikan empat orang itu. Nampaknya tak ada apa-apa yang terjadi. Imani melepaskan nafas lega. 5 minit memerhati terasa lama.
"Chill la asalkan dia tak buat ap-" kata-kata Firas terhenti selepas melihat kelakuan Shafiq yang tak berapa selesa. Imani dan Fa'iq juga turut terkejut. Kerusinya didekatkan dengan AF. Gadis itu nampak gelabah untuk sesaat sebelum dia kembali normal dan sambung mencatat nota.
Tak ada adab ke jantan tu?! Kemarahan Imani meluap-luap. Tapi dia hanya mampu tengok dari jauh. Semua orang masih sibuk belajar.
Fa'iq hanya melihat perkara itu. Okay buat masa ni mereka hanya kena relaks. Iz dengan Malikah ade kan kat sana, bila-bila je Iz tu boleh belasah lelaki tu kalau dia nak. Dia tahu, Iz tak lemah.
"Macam mana nak belajar ni urghh," Imani menandukkan kepalanya ke meja.
Tiba-tba, sesuatu yang lebih teruk bakal terjadi. Shafiq cuba menyentuh muka AF. Tanpa berfikir panjang, Firas bangun dari kerusinya. Baru dia hendak memulakan langkah ke arah meja mereka berempat, Fa'iq menarik tangannya. Menghalang. "Don't worry. Dia takkan boleh buat apa-apa."
Bum!
Ouh.. itu yang Fa'iq maksudkan. Firas kembali duduk. Dia sendiri nampak Iz memukul kuat tangan Shafiq yang berada di atas meja. Well.. kuat yang dimaksudkan ialah 'kuat'. Shafiq kelihatan mengerang. Mereka bertiga senyum sinis serentak. Macam ada wayar yang menggabungkan perasaan mereka. Membuatkan mereka bertiga mendapat rasa yang sama.
"Padan muka." Kata mereka serentak. Mereka bertiga ketawa melihat AF menyepak kerusi Shafiq. Ketawa puas hati.
Kan dah cakap, tak perlu risau.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...