Sekarang AF berada di perpustakaan. Sengaja dia duduk di situ untuk menenangkan diri. Dia perlu berada di tempat yang senyap dan sunyi untuk seketika.
Bawah matanya hitam kerana tidak berjaya tidur. Fikirannya masih dipenuhi dengan apa yang berlaku pagi tadi.
"Mulai hari ini saya arahkan kamu semua untuk mencari pelajar bernama Amy."
Wajahnya berubah, terkejut mendengar arahan yang tidak diduga oleh bonda Usma. Dia terpana tidak percaya.
Imani dan Malikah pantas melihat sesama sendiri. AF mati akal. Kenapa tiba-tiba bonda..
"Kamu semua dah tahu kan pelajar ni? Dulu saya ada beritahu kamu semua tentang Amy, kecuali pelajar tingkatan satu."
Seorang murid mengangkat tangan untuk menyoalkan persoalan. "Maaf bonda, izinkan saya bertanya. Kenapa kami kena cari pelajar bernama Amy ni?"
Bonda memaling ke arah pelajar yang menyoal itu. Bukan AF sahaja rasa, malah semua warga dewan turut perasan. Mata dingin bonda Laura mengerling tajam ke arah pelajar itu. Semua orang terasa seram sejuk,tiada sesiapa yang berani bertentang mata dengan pengetua itu. Mereka dapat merasakan tekanan dan ketakutan.
"Ada saya izinkan kamu tanya?" Jawabnya dengan suara keras. Kaki pelajar itu longlai, seperti tidak mampu berdiri. Pantas dia duduk semula.
"M-maaf bonda."
"Untuk pengetahuan kamu semua, peperiksaan kamu juga akan ditunda atas urusan lain. Tapi itu bukan sebab untuk kamu berhenti mengulangkaji." Bonda menyatakan taklimat yang mengejut lagi. Walaupun tak diduga, mereka masih gembira.
"Pada hari esok sehingga sabtu, kamu semua dibenarkan cuti. Tetapi kami akan memantau aktiviti harian kamu."
"Tapi bonda, esok hari selasa?" Seorang murid mencelah. Sepatutnya esok sekolah, tapi cuti? Ni arahan kerajaan ke tak ni?
"Ya, bermula esok." Kata bonda memberi ayat noktah. Arahannya jelas. Semua orang hanya diam dan akur, tidak membantah. Malah mereka mula tersenyum gembira kerana peperiksaan dibatalkan.
Guru-guru yang duduk bersusun di atas pentas juga hanya diam, tiada soalan. Mereka seperti duduk mengeraskan diri. AF dapat melihat Pn. Laura mengusap tangannya berkali-kali. Guru penolong kanan itu cuba mempamerkan wajah tegang tetapi AF dapat menangkap raut gelisahnya.
"Pukul 8.00 pagi tepat esok, kami guru-guru akan ada mesyuarat. Jangan buat bising. Aktiviti, bebas. Buat la apa-apa yang kamu nak." Sambung bonda lagi.
"Baik bonda." Sahut warga dewan. Lalu seperti itu sahaja, perhimpunan pagi buta itu bersurai. Meninggalkan AF dalam lautan persoalan yang memenuhi fikirannya.
Buku di tangan ditenung, buku teks Sejarah. Ah, buat apa lagi dia ulangkaji? Bukannya ada exam. Terus dia menutup buku itu, mengeluh. Kusut kepalanya memikirkan perihal Amy.
Sekali lagi, dia terfikir. Amy duduk mana selama dia keluar dari sekolah secara haram ni? Dia ada keluarga ke? Kalau ada, kenapa tak berhenti sekolah?
Paling penting, kenapa dia seludup sekolah semata-mata untuk tidak ditangkap? Perlakuannya dah buat orang mensyaki macam-macam.
Dia menghantukkan kepala di meja. Haihh.. apa nak jadi ni Amy. Aku cuba nak tolong kau, tapi kau lari daripada aku. Omelnya sendiri.
"Lari dari siapa?"
"Ah!" AF melatah, terkejut kerana sergahan itu. Siapa yang menyergahnya tiba-tiba ni? Dia mengangkat muka untuk melihat empunya suara.
"Ainin!"marahnya. Ainin tergelak dan menunjukkan jari telunjuk. Menandakan untuk mengawal suara. Ainin ialah setiausaha perpustakaan, juga merangkap pembantu kepada Damiya (pengerusi perpustakaan).
Dia mengambil tempat duduk di sebelah AF. "Jarang-jarang kau datang library, apa cerita?"
Suasana library sunyi sepi, tiada orang. Ye lah, cuti kan? Semua orang mengambil masa berharga ini untuk sambung tidur, akibat tidak cukup tidur semalam. Gara-gara perjumpaan mengejut oleh bonda.
Mengingatkan hal itu, AF kembali mengeluh. "Kau ada dengar tak pasal Amy tu?"
Mata Ainin terkedip-kedip cuba mengumpul maklumat dari fikirannya. "Setahu aku, Amy tu budak yang cuba bunuh diri tu kan? Aku dengar cerita, orang selalu nampak dia kat blok. For your information, dia selalu jugak datang library sebelum kes tu."
Kata-kata Ainin menarik perhatian AF. Dia mula menegakkan posisi duduknya. "Apa maksud kau?"
"Aku tak pasti," Ainin mengusap dagu. "Dulu, masa kita form two, Amy selalu datang sini. Untuk baca buku semua. Kadang-kadang dia datang dengan kawan dia. Tapi selalunya dia datang sorang. Every time dia datang, benda yang dia buat sama je. Dia baca satu jenis buku. Ada banyak jugak volume buku tu."
"Kau tahu tak buku apa tu?"
"Manalah aku ingat. Yang aku tahu, buku tu buku pasal sejarah apa tah." Ainin mengangkat bahu.
Buku sejarah? Novel ke? Pelbagai soalan bermain di benaknya.
"Okay tu je ke kau nak tanya? Aku nak pergi kaunter ni. Nak sambung baca novel." Soal Ainin meminta izin untuk pergi.
"Ah tu je, thank you Ainin. Sorry la ganggu kau waktu-waktu macam ni."
Dia hanya melihat Ainin pergi dari situ. Sebelum dia bangun untuk kembali ke dorm. Buat masa ni, baik dia lupakan sahaja tentang Amy. Lambat laun, pasti akan terbongkar juga kes Amy ni.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...