Di sebuah bangunan gah, yang nampak macam sudah lama ditinggalkan. Dinding-dindingnya juga berhabuk dan penuh dengan kesan spray akibat perbuatan vandalism. Macam nak roboh pun ada bangunan ni. Berlumut pun ya.
Pusing punya pusing, akhirnya mereka berhenti di satu kedai. Kedai baju yang nampak mewah. Tetapi tiada lampu, tiada elektrik. Tiada sesiapa di dalamnya.
Bangunan ni sunyi, tak ada sesiapa yang terfikir untuk datang ke sini. Membuatkan ia tempat yang paling sesuai untuk dia cari apa yang dia mahukan.
"Kau pasti ke kat sini, Sarah?" Seorang daripada rakannya, Mia ragu-ragu. Sarah mengangkat wajah, memandang Mia dengan wajah bengang.
"Kau berani nak cakap aku salah?"
Terus kecut Mia. "Tak tak aku takut kita salah je!"
"Tak de apa-apa aku buat pernah salah." Balasnya kasar sebelum melangkah masuk ke dalam kedai tu. Terus ke arah bilik persalinan.
Dia memandang sekeliling bilik persalinan tu, dan mula mengetuk-ngetuk cermin kaca yang ada di dalam bilik tu.
"K-kau nak buat apa ni?"
Klak! Cermin tu diangkat oleh Shafiq yang ada di sebelah Sarah. Perempuan itu tersenyum lebar. Dia dah agak ada sesuatu rahsia dalam bangunan ni.
Pintu. Ada satu pintu putih disebalik cermin tu. Mata Mia dan yang lain membulat. Tak menyangka.
Tanpa ragu-ragu Sarah memusingkan tombol pintu tu. Laju Mia menghalang. "Sarah.. kalau bahaya macam mana?"
Tindakan Mia membuatkan Sarah naik angin. "Ah! Kalau bahaya pun kenapa?! Kau dah setuju nak ikut so ikut je lah. Dah terlambat kalau kau nak patah balik."
"Sorry.. aku risau pasal keselamatan kau je," dia menunduk. Sarah melepaskan keluhan kasar. "Ye aku tau. Tapi sekarang ni, percayakan aku je okay?" Sarah senyum lembut terpaksa.
Melihat senyuman itu, Mia jadi gembira. "Okay!"
"Okay semua jangan buat bising." Sarah mula membuka pintu itu. Kelihatan ada tangga yang membawa mereka turun ke tempat yang mereka sendiri tak tahu.
Shafiq menarik nafas, gemuruh. Tak sabar nak tahu apa ada di bawah sana. Dari tadi, dia tak boleh berhenti senyum. Teruja.
Perlahan, kaki melangkah. Menuruni tangga. Jauh ke bawah. Terdapat bilik rahsia yang terdapat di bawah tapak bangunan ni.
Mereka semua tiba di satu lagi pintu. Sarah sekali lagi berjalan di paling hadapan. Memusingkan tombol.
Apa yang pertama mereka semua nampak ialah dua orang bodyguard bersuit hitam, yang nampak seperti bersedia untuk melepaskan tembakan. Di antara mereka, seorang lelaki duduk di atas kerusi. Menghadap ke belakang. Mejanya juga nampak mahal.
Dan seorang lagi yang duduk di atas sofa di tepi bodyguard. Sedang duduk bermain handphonenya dengan tenang.
Kerusi lelaki itu berpusing, kelihatan seorang lelaki yang nampak megah, duduk di atas kerusi sambil mengisap rokok. Bersuit mahal dan kemas. Juga tampan. Tangannya disilangkan di atas meja.
Melihat ketua mereka yang tenang itu, dua bodyguard tadi menurunkan tangan dari mengacu pistol.
⛓
Di hadapannya sekarang, seorang lelaki dewasa yang sedang menghisap rokok. Kakinya terletak elok di atas meja. Sambil matanya tajam memerhatikan 10 pelajar sekolah menengah di hadapan matanya.
"Macam mana kau tahu tempat ni?" dia menyoal- yang diberi gelaran Delton. Ketua mereka mungkin. Putung rokok tadi dicampak sesuka hati ke lantai. Orang di sofa tadi, Alex mengutip rokok tersebut.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...