Pagi yang cerah, burung-burung yang terbang berkicauan menyerikan lagi pagi yang sememangnya dah nyaman ni. Tambahan lagi..
"Fa'iq! Tolong angkat beg aku sekali laa!!"
Kemeriahaan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk melawat muzium (sebenarnya diorang just teruja sebab keluar dari sekolah tu je).
Kelihatan Imani yang terkial-kial cuba nak bawa beg rodanya masuk ke dalam bas. Ei yang sorang ni. Nak pergi lawatan ke nak pindah sekolah ni?
Dengan sekali angkat, Fa'iq mampu menyumbat beg itu ke dalam bas. Cuba menunjuk macho la tu. Dia tersengih bangga.
"Dasar lembik."
Perlian Fa'iq dibalas dengan hadiah tumbukan di lengan. Fa'iq mengadu sakit.
"Aduhh kau ni apsal?"
"Aku perempuan kau lelaki memang la kau lagi kuat. Ish!" Bebel Imani sambil cuba mengemaskan kedudukan begnya yang dicampak tadi. Kalau letak sepah-sepah nanti takut beg orang lain tak muat. Baik dia cepat. Di belakangnya masih ramai orang beratur menunggu giliran untuk meletakkan beg.
"By the way, thanks" ucap Imani perlahan sambil masih struggle membetulkan kedudukan begnya. Fa'iq hanya membalas "sama-sama" dalam hati. Malas nak keluarkan suaranya yang merdu lah sangat.
Suasana pagi itu tersangatlah mengujakan. Pandang kanan, pandang kiri, (puter2 jari) semua orang sedang berbual rancak. Menunjukkan keseronokan masing-masing.
Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. Mereka akan bertolak pukul 8 tepat.
Betapa kelam-kabutnya AF, Malikah dan Imani pagi tadi. Mereka bangun pada pukul 6:00 akibat daripada bunyi jam loceng AF yang memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya.
Bangun sahaja dari lena, mereka terus ke bilik air. Nasib mereka baik sebab belum ramai lagi orang mandi ketika waktu itu. Jadi, dapatlah diorang mandi dengan aman~
"Korang jangan lupa bawak toiletries!" Malikah mengingatkan dua sahabatnya yang sedang syok menyejukkan diri dek air shower pagi. Makk sejuk macam aiss
Seusai sahaja mereka siap mandi, bilik air mulai penuh dan bising. Nampaknya ramai yang terlajak tidur.
Tak boleh sia-siakan waktu yang ada. Inilah opportunity yang jarang-jarang mereka dapat.
Keluar dari sekolah!
Sebenarnya mereka dah lama berangan untuk keluar dan balik ke rumah. Tetapi apakan daya.. peraturan sekolah kenyatakan yang mereka tidak boleh balik ke rumah kecuali ada hal penting. Hal yang sangat penting.
Nah.. who cares? Asalkan mereka dah boleh keluar ni kira okay lah ^^
Siap mandi, mereka mula bersiap. Beg roda masing-masing sudah siap dipack dengan barang-barang penting. Semalam malam mereka kemas. Excited punya pasal, makanya kemas awal.
At least diorang tak payah rushing. Boleh ke bas dengan hati yang terbuka.
Senang cerita, AF, Imani dan Malikah blah dari asrama dan tiba ke bas paling awal. Yeahh boleh la chop tempat duduk.
Sementara Imani dan Fa'iq menguruskan beg, Malikah menjenguk sit bas. Semua kosong lagi. Firas tiba di sebelah Malikah untuk join jenguk sit jugak. Dia menghalakan kat baris keempat dan kelima.
"Situ ok tak? Nampak cam selesa sikit. Kalau duduk belakang sekali memang best tapi nanti cepat pening, kan?"
Kepala Malikah terangguk-angguk mengiyakan pernyataan Firas. "Ada betul jugak."
Mereka melompat turun dari bas. "Korang nak duduk mana?"
"Mana-mana pun ok je kot. Kitorang tak de lah kesah sangat." Iz menyahut. Yang lain pun setuju.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...