"Cikgu ni bukan muzium."
"Habistu awak semua nak pergi muzium ke?"
Satu kelas menggeleng.
Cuaca yang baik pagi ni membuatkan semua orang bersemangat. Walaupun mereka bukanlah teruja sangat nak pergi muzium, tapi mereka mahu berseronok untuk 1 hari 1 malam yang tinggal ni.
Ahh tinggal satu hari je.. sekejapnya masa berlalu.
Tetapi kesedihan tu tak kekal lama.
Sebab di hadapan mata mereka sekarang ni, terletak gagah satu bangunan besar yang menerujakan semua orang apa bila baca sign besar di hadapan pintu masuk.
AQUARIUM?!
"Jap ni bukan kedai aquarium biase-biase kan?" Malikah cuba meminta kepastian dengan mata yang tak lekang dari bangunan besar tu.
"Obviously tak weh, ni aquarium tu, tempat tengok ikan besar-besar tu!" Imani menjawab dengan nada excited.
En. Afza masuk ke kaunter pembelian ticket. "Aku tak pernah pergi sini." Firas mencelah.
"Well, harini hari first kau pergi la nampaknya." Malikah tertawa kecil. Tak sangka pulak Firas turut teruja.
Aiman yang paling hadapan berdiri membuka mulut untuk menanyakan soalan.
"Kenapa cikgu cakap kita nak pergi muzium?"
"Alasan untuk bonda bagi kita keluar," jawapan yang ringkas, orang pun faham. Mereka terangguk-angguk.
Ye la. Kalau nak mintak bonda bagi kebenaran untuk keluar sekolah, just sebab mahu bercuti. Mestilah kene reject mentah-mentah idea tu. Tahulah perangai tegas bonda tu macam mana.
Jadi apa lah pilihannya selain daripada 'tipu bersebab'.
"Terima kasih cikgu sanggup menipu bonda demi kami semua."
"Eh mana ada tipu. Gurau je bonda yang percaya." En. Afza cuba menegakkan benang yang basah. Kelas 3A masing-masing tergelak dengan perangai gurunya seorang itu.
"Sayang betul cikgu dengan kita ya," kata AF, classmatenya yang lain mula tersengih-sengih memandang En. Afza.
Laju sahaja En. Afza menukar topik dan berjalan ke hadapan. Malu la tu.
Siap sahaja beli ticket, mereka semua meredah masuk dengan laju. Masing-masing menunjukkan betapa happynya mereka untuk datang ke aqurium itu.
"Siapa lambat dia ikan puyuh," kata Imani seraya berlari pantas ke dalam.
"Tak ade ikan lain ke nak mention, apa salah puyuh." Fa'iq turut melajukan langkah. Tidak mahu dilabel sebagai 'ikan puyu,"
Malikah turut serta berlari, sebelum dia perasan sesuatu. "Puyuh bukan burung ke?"
😀??
"Pfft- HAHAHAHAH!! BURUNG APA TU MANN!" Imani ketawa besar, perasan silapnya.
"Burung puyuh," Firas dan AF berkata serentak. Lalu mereka semua bergelak tawa memikirkan kebodohan diri sendiri.
"Itu ikan puyu bukan puyuh bijak.." Qayeed yang lalu di sebelah mereka berdehem, hampir terlepas tawa. Tapi dia tahan, jaga macho.
Aiman yang berada di hadapan memusingkan badan, memanggil semua rakan kelasnya untuk melajukan langkah. Tak nak ada yang tertinggal. "Korang cepat masuk!"
Paling belakang, Iz masih berdiri kaku tanpa suara. Langsung tak perasan yang semua rakan-rakannya dah maju ke hadapan.
Perasan akan hal tu, AF toleh ke belakang.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...