BAB 6

43 5 0
                                    

Mereka menikmati kesedapan makanan masing-masing dengan penuh selera.

"Nak rasa?" Iz menghulurkan sesudu nasi goreng kepada AF. Gadis itu membuat muka.

"Taka aci eh, mentang-mentang aku tak boleh tolak makanan." AF menerima suapan itu. Sesaat selepas itu, Iz baru perasan sesuatu. Dia melihat semula AF yang sedang seronok menikmati nasi goreng yang baru di suap tadi dengan menggunakan sudunya.

Sudunya..

Sudunya?!

Dia menutup muka, malu. Boleh je dia guna sudu AF. Tak pasal-pasal diri sendiri yang terkena.

"AF sorry."

Terkejut AF dengar Iz tiba-tiba meminta maaf. "Eh kenapa??"

Lelaki itu tertunduk dan bergerak tak tentu arah. "Tadi tu.. sudu.. aku," perlahan sahaja suaranya, tetapi jelas didengari oleh AF.

AF juga baru perasan apa yang baru terjadi.

"Alah tak pe, aku tak kesah pun." AF mengibas-ngibas tangannya laju semacam. Iz yang tertunduk kembali mengangkat muka dengan wajah gembira. AF menoleh ke sebelah. Aduh kenapa lelaki depan dia ni comel sangat?

"Serious?"

"Yup." Apa yang patut dikesahkan? Iz hanya suapkan nasi je dalam mulut dia. Kenapa dengan sudu Iz? Nahh tak ada benda perlu dirisaukan. Kongsi sudu bukan satu masalah yang besar.

Wait what?

Tangan AF spontan menekup mulutnya. Ah, aku baru kongsi sudu dengan Iz.

'Perempuan jenis apa kau ni Aliya?!' Hati AF terasa nak tercabut, dia menjerit di dalam hati. Iz tu lelaki! Mana boleh macam tu! Dia memarahi diri sendiri kerana melonggarkan pengawasan terhadap diri sendiri.

Malikah memerhatikan gelagat Iz dengan AF. Waduh, kan dah kekok. Janganla open sangat wahai Iz. Malikah menyambung makannya. Pandangannya meliar di sekeliling, dan berhenti ke arah Fa'iq yang berjalan mendekati Iz dan AF.

"Iz nak sikit," Fa'iq auto membuka mulut apabila sampai kepada Iz. Dengan laju, Iz mencapai tisu dan mengelap sudu itu sebelum memberi satu suapan free kepada Fa'iq.

"Tengok tu, memang tak pernah ada rasa malu laki tu." Imani yang duduk di sebelah Malikah mengomel.

Malikah tergelak kecil. "Kebulur sangat ke apa tu. Ada banyak lagi makanan tak tersentuh lagi ni. Ha Firas, nganga." Lelaki itu menurut, membiarkan Malikah menyuapnya. Dia malas nak gunakan tangan. Tangan orang lain dah ada, buat apa nak guna tangan sendiri kan?

"Kau ni pun satu, pemalas sangat kenapa. Dah Malikah, jangan manjakan sangat. Nanti dia melekat dengan kau."

"Alah tak pe, kau memang nak lekat dengan aku pun kan?" Malikah mengusik. Firas membuka matanya selepas mendengar kata-kata Malikah.

"Buat apa nak lekat dengan kau? Tak de kebaikan pun." Firas menafi.

"Ada."

"Apa?"

"Nanti aku boleh tolong bagi kau makan macam budak kecik."

Firas memeluk tubuh. "Aku jauh lagi tinggi dari kau, tak payah la nak layan aku macam budak."

"Kau tu yang kena stop act like budak-budak," Malikah membalas. Tetapi sekaligus menghulurkan sesudu mi lagi. Firas diam lalu mengambil sudu itu dari tangan Malikah dan menyuapkan sendiri ke dalam mulutnya.

"Ok fine aku makan sendiri." Kelakuan Firas disertai gelak Malikah. Ada je Firas ni.

"Apsal semua orang main suap-suap ni. Kasihanilah aku yang single." Imani merungut.

"Kau memang patut single pun. Sape je nak kau."

Imani membalas kata-kata sinis Fa'iq itu. "Cakap dengan cermin ke? Sian."

Sedang mereka berseronok menghabiskan sarapan, seseorang memerhatikan mereka dari jauh. Dah ramai orang kat tangga ni? Sejak bila?

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now