Ahli-ahli kelas 3A dah siap makan. Ada yang menjamu pencuci mulut, ada yang berbual-bual dan ada yang yang dah ready nak bangun dari kerusi. Tak sabar nak keluar dari kawasan makan tu.
Imani, yang duduk di antara Malikah dengan AF memandang ke arah belakang.
"Aku rasa macam ada yang pandang sini tadi.." kata Imani kepada dua sahabatnya. AF dan Malikah pun mula memandang sekeliling. Siapa pulak yang pandang?
"Ye, ada tadi." Kata Iz. Disebabkan dia duduk di hadapan mereka bertiga, dapatlah dia nampak jelas apa yang jadi belakang tu.
Yang lain tertanya-tanya. "Siapa??"
Tetapi soalan tu tak dijawab Iz. Hanya mengangkat bahu. Sengaja tak jawab. Dia hanya sambung makan buah sebagai pencuci mulut.
"Kenapa Iz?" AF risau. Ada apa-apa tak kena ke? Iz tak de la selalu senyap macam ni.
Pertanyaan AF buat Iz sedar perlakuannya tadi. Membuatkan suasana macam senyap. Spontan Iz sengih.
"Yang korang ni serious sangat kenapa? Bukannya ada benda besar pun. Orang belakang tu ha tengok meja ni sekejap tu je tak penting pun." Jawapan selamat diberikan, cuba meyakinkan yang lain.
"Laa tu je ke? Lain kali cakap je la, kan dah saspen." Jawab Fa'iq yang duduk kat sebelah Iz. Diikuti Firas duduk sebelah Fa'iq.
"Wait, mana kau dapat buah ni?" Tanya Firas. Tadi dia nak amik buah, tapi macam tak ada pulak.
Jari Iz tunjuk ke belakang-belakang kawasan makanan. "Tuu sana tu. Cari la betul-betul. Ada kat sana."
"Ala apa susah," ujar Fa'iq sebelum dia merembat satu potobgan tembikai dari pinggan Iz. "Amik je dia punya kan senang."
"Wehh aku susah-susah pergi kau amik macam tu je?"
"Tu pun nak berkira ke?"
Tanpa soal banyak, Malikah dengan Firas join ambil juga buah tu. Makin sikit la jadinya.
"Tidakk," mengsedih. Buah tinggal sikit.
AF hanya buat muka redha, buah pun nak gaduh ke? Alahai.. "Meh la sini aku amik lagi. Kecoh la korang ni. Buah je kot," dia mengambil pinggan tu dan bangun dari kerusi. Berjalan ke corner buahan.
"Hehe thanks AF,"
"AF tu the rescue."
"Go go AF,"
Dia hiraukan je anak-anak tu bersorak. Terus berjalan untuk amik buah. Jauh sikit dari meja yang diorang duduk tadi.
Suasana restoran ni memang bising. Mana tak nya? Semua kelas A dari tingkatan 1 sampai 5 ada kat sini, menjamu selera sebelum aktiviti seterusnya dijalankan.
Kat mana-mana, memang dengar je suara pelajar berbual rancak. Kini, dia melalui kawasan senior. Sebab corner buahan tu ada kat tempat dekat-dekat dengan tempat duduk form 4 and 5.
Tak boleh cakap apa lah, dia memang trauma dengan senior ni. Eii
Hati-hati, dja jalan tegak terus ke tempat buahan tu. Tak nak pandang tempat lain. Matanya terkunci kat buah je.
"Nak ambik berapa ni buahnya?"
"Hah?!"
Terperanjat dia dibuatnya. AF mengangkat muka pandang belakang. Ni nak marah ni.
"Imani! Kalau jatuh pinggan ni berderai, nak cakap apa? Haihh kau ni.." bebel AF. Imani hanya gelak-gelak. Memang dari tadi dia ikut AF dari belakang.
"Ha tolong ni, kalau tak muat amik je pinggan lain."
"Baik bos."
Buahnya semua nampak fresh. Bagus restoran ni. Patutlah 5 bintang.
Tengah pilih-pilh buah tu, datang pulak orang lain. Nak ambil buah juga.
"Ah sekejap ya, saya tenga-" kata-kata AF terstop, tatkala dia pandang orang tu. Girl not again
"Takpe saya boleh tunggu," Sarah tersenyum memandang mereka berdua. Berdiri diam sahaja di belakang mereka.
Imani dan AF berpandangan sesama sendiri. Mereka mencepatkan pengambilan buah. Amik je mana-mana. Diorang nak blah dari situ secepat boleh.
Haihh tak kan la hari nak happy pun ada pengacau?
Splash!
"Eh!!" Spontan Imani kebelakang. Tangannya yang memegang pinggan penuh dengan buahan tu hampir terlepas. Nasib baik tak jatuh. AF pun tersentak. Terus dia letak pinggan kat tepi.
Dengan marah, dia pandang muka Sarah. Tangannya memegang cawan yang dah kosong.
Lengan jacket Imani dah basah dengan jus yang baru je Sarah tuang tadi.
Urghh betina ni tak habis-habis!
"Jom Imani kita pergi bilik air dulu." AF mengajak. Diorang berdua pergi dari situ, menuju ke toilet. Sarah tersenyum-senyum dan mengambil pinggan buah milik AF. AF yang nampak hanya mengeluh. Apa masalah dia sebenarnya ni? Tak penat ke buat kacau..
Dalam bilik air, Imani cuba sedaya-upaya mencuci lengan baju tu. Tapi colournya masih ada, dan juga bau. Walaupun sikit.
"Aduh macam mana ni? Kau ada apa-apa tak AF?"
Rakannya hanya menggeleng. Sedang sibuk membasuh tu, pintu bilik air terbuka. Malikah muncul.
Dia memberikan sebuku sabun kecil. "Ni, aku ada sabun. Guna la buat basuh tu, boleh hilang kot."
"Ahh thank you siss, kau penyelamatt," Imani terima sabun tu dan menyambung basuhan.
"Tadi awak nampak ke apa jadi tadi?" Tanya AF.
Malikah mengangguk. "Kitorang semua nampak tadi. Kalau tak ditahan, Fa'iq dah nak datang sana dah."
Aduh, apa nak jadi la si Sarah tu.
"Apa masalah dia tu? Kenapa sibuk sangat nak kacau kita? Ramai je orang lain kan. Ish!" Malikah menyuarakan amarah.
"Tu la weh, tak habis-habis dari form 1." Imani juga melepaskan kusut.
"Aku tak faham dia tu tbh. Padahal dulu masa f1 pun aku takde melawan ke apa ke. Aku ikut je dia suruh apa. Sekarang ni nak kacau pulak hidup aku. Dengan korang-korang sekali kena," air singki ditadah dari tangan. Dan dia membasuh muka.
"Tak pe lah.. at least dia tak tambah orang lain jadi mangsa dia. Beside, tahun depan dia dah pupus. So kita kena tahan kejap je la ni." Sambungnya.
Siap basuh, Imani hanya memegang jacket tu. Tak kan nak pakai kan? Basah kot.
Keluar je dari toilet, 3 orang tu dah ada depan mata. Menunggu mereka nampaknya.
"Kalau aku perempuan, dah lama aku jambak rambut dia." terus je Fa'iq terus terang.
"Dia ada buat apa-apa lagi ke?" Soal Firas. Dia mengescan Imani dan AF. Kalau ada apa-apa.
"Tak de la, tu je dia buat."
"Tapi still la, ape sibuk sangat dia tu nak cari pasal. Dah form 5 kot? Takkan nak kacau junior lagi.. tak bosan ke?" Kata Iz.
"Sebab dia bosan la dia kacau." Kata Malikah. Sejujurnya mereka semua dah fedap dengan Sarah yang tak habis-habis menganggu hidup mereka.
Sekumpulan senior lalu di hadapan mereka. Mereka memandang kumpulan itu serentak.
Sarah, dihadapan sekali. Menghadiahkan senyuman seindah yang boleh.
Mereka mengetap gigi. Sebab diorang tahu, diorang tak boleh buat apa-apa buat masa sekarang.
Tak sedar, Shafiq berada di paling belakang. Dan turut berjalan. Dia hanya diam. Seperti mengikuti langkah Sarah and the geng.
Selepas kumpulan tu beredar, mereka kembali duduk di meja. Menunggu masa untuk cikgu beri arahan.
Takpe, who cares pasal Sarah. Yang penting, mereka tak boleh sia-siakan masa cuti ni.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...