Suasana dewan bising, masing-masing tertanya-tanya. Malikah mengerling jam tangan, pukul 2 pagi.
Huh?! Dua pagi??
Di hadapannya, AF dan Imani juga sibuk berbual dengan rakan sekelasnya. Mahu bertanyakan apa yang terjadi. Malangnya, tiada sesiapa yang tahu jawapannya.
Pandang ke hadapan, guru-guru Sekolah Alam Permata duduk bersusun di atas kerusi. Mereka hanya diam sambil memerhatikan pelajar-pelajar yang duduk di barisan kelas. Pelik, selalunya cikgu displin akan mula memarahi pelajar yang bising?
Ada yang tak kena.. tekanya.
Bahunya ditepuk perlahan oleh Firas, Malikah menoleh. "Kenapa?" Tanpa banyak soal, lelaki itu membaringkan kepalanya di bahu Malikah. Gadis itu terperanjat, tetapi dia biarkan sahaja.
Ditenung Firas lama sebelum dia melepaskan tawa kecil. Masa-masa ni jugak lelaki ni nak menggedik.
"Jangan tertidur pulak, pengawas kata lagi 2 minit bonda sampai."
"Hm okay."
Manakala di hadapan, Fa'iq dan AF sibuk meneka berbagai-bagai soalan.
"Bonda nak kasi kita cuti ke?" AF mengusap matanya kasar, menghilangkan kantuk.
"Halah kalau dia kasi cuti pun bukannya aku teringin nak balik rumah." Fa'iq membebel. Sememangnya dia tidak puas hati kerana tidurnya diganggu.
Pelajar sekelas di hadapan mereka yang sedang membelek nota disergah Fa'iq. Membuatkan pelajar itu terkejut. Dia membetulkan kaca matanya dan memusingkan kepala. "Ada apa-apa ke?"
"Tak, aku just tak nak tengok kau study waktu-waktu macam ni,"
"Eh kenapa pulak. Aku tak kacau kau pun?"
Tangan Fa'iq di bahu pelajar itu dilepaskan. Fa'iq terpinga-pinga menyoal diri. Dia sendiri tak sengaja buat macam tu. "Sorry-sorry tak sengaja."
"Jangan la belajar Qayeed, aku terseksa tengok kau belajar." Imani mengomel. Qayeed mengangkat kening tak faham.
"Sebab aku tak study lagiii T^T"
Lelaki itu mengangkat bahu. "Bukan salah aku." Katanya lalu memaling semula ke hadapan. Mereka melepaskan keluhan.
AF mengusap lagi matanya sehingga merah. Tak cukup jugak, dia menepuk pipinya. Hatinya gusar. Entah kenapa. Sedar akan hal itu, Iz cuba menghalang AF daripada terus memukul pipi sendiri. "Kau ngantuk sangat ke?"
"Eh bukan," AF gelabah. Aduh mesti aku act pelik sangat tadi. Dia menggaru pipinya.
"Tak lah, aku cuma rasa ada yang tak kena. Macam ade something yang akan berlaku, entah. Aku rasa je."
Iz terdiam dan tiba-tiba melepaskan nafas. "It's okay, aku rasa nothing will happen."
Kata-kata Iz sedikit sebanyak menenangkan dia sedikit. Dia membalas kata-kata Iz dengan anggukan penuh harapan. Dia harap tak ada apa-apa akan berlaku.
Pengawas mula menyuruh semua pelajar untuk mengawal suara kerana sekejap lagi, bonda akan sampai.
"Mengumumkan ketibaan pengetua sekolah.." baru sahaja pengawas mahu bersuara, bonda memotong kata aluan tersebut.
"Tak perlu, malam ni tak payah rasmi sangat. Semua orang dibenarkan duduk."
Warga sekolah terdiam. Suasana dewan sunyi sepi dan hanya menurut perintah walaupun otak mereka penuh dengan persoalan. Bonda Usma berdiri megah di pentas. Wajahnya tegang, seperti menahan marah. Membuatkan tiada sesiapa yang mampu mengeluarkan suara.
"Mulai hari ini.."
Sekelip mata
"... saya arahkan kamu semua untuk mencari pelajar bernama Amy."
Harapannya musnah.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...