BAB 3

61 5 0
                                    

End flashback

Mereka keluar dari pintu bilik perlahan supaya tidak membangunkan semula AF. Nak ke kantin, beli sarapan. Alang-alang beli sekali AF punya.

Dalam perjalanan ke kantin, mereka terserempak dengan Aqish. Bedmate lama AF semasa di tingkatan dua. Muka gadis itu berseri-seri. Balik rumah ke? Tak mungkin. Pelajar di situ tidak dibenarkan balik ke rumah sesuka hati. Tambahan lagi muka Aqish tak nampak macam ada masalah pun.

"Eh Aqish, kau nak pergi mana ni?" Mereka berdua tertanya-tanya.

"Aku dapat tawaran tu!" Jawabnya gembira.

Imani dan Malikah terkejut. Tawaran yang dimaksudkan ialah tawaran ke luar negara. Belajar di oversea, negara orang putih. Pelajar dari tingkatan tiga hingga lima boleh ke luar negara jika mempunyai keputusan yang baik. Setiap tahun, 20 orang yang terpilih bagi setiap batch.

"Cepatnya Aqish dapat tawaran?! Baru lima bulan kita jadi form three," Malikah menggoncang tangan Aqish tanda excited. Dia juga teringin nak keluar belajar ke luar negara. Aqish tersengih.

"Kalau korang nak jugak, korang belajar ah gempak-gempak. Nanti mana tau satu sekolah kat luar negara pulak." mereka bertiga ketawa.

"Kata orang gifted. Kau pandai boleh laa." Imani memeluk tubuh.

"Mustahil la. Kalau dapat pun, mesti sekolah lain-lain."

"Tak apalah. Aku doakan korang berjaya dapat tawaran jugak." Mereka berpelukan.

Satu kereta berhenti betul-betul di hadapan mereka. Kereta yang akan Aqish naik untuk ke lapangan terbang. Imani menjenguk ke dalam kereta itu. "Eh ada En. Afza sekali?"

"Haah, cikgu yang uruskan bab belajar kat luar negara ni. Sekali teman dia pergi airport nanti. Kang apa-apa jadi masalah nanti." En. Afza menerangkan. Baru mereka faham.

Aqish melangkah masuk ke dalam kereta itu, bersedia untuk meninggalkan sekolah yang sudah dia duduki selama 3 tahun (2 tahun setengah). Tingkap kereta dibuka dan kereta mula dipandu keluar daripada sekolah. Imani dan Malikah melambai ke arahnya.

"Tak sangka Aqish yang paling awal. Aku pun nak jugak." Mereka berdua menyambung perjalanan ke kantin. Suasana pagi yang sejuk menyegarkan mata mereka.

"Kan? Tapi aku still tak bersedia nak tinggalkan sekolah ni lagi. Sekarang dah bulan Mei, pejam celik kita dah form 5." Kata Malikah.

Pada masa itu, mereka bertekad untuk menghabiskan masa sebaiknya dengan menikmati keseronokan yang akan hilang apabila keluar daripada sekolah ni. Mana tau esok esok mereka pula yang dapat tawaran ke luar negara?

🚘

Seusai mandi, dia menyarungkan pakaian. Mahu keluar berjogging. Jam menunjukkan pukul 7:30 pagi, masih awal. Keluar dari kamar, dia memandang asrama lelaki yang terletak jauh berdekatan dengan asrama murid-murid sekolah rendah. Matanya dapat menangkap ramai pelajar lelaki yang berlari-lari di koridor.

Pagi-pagi dan main. Tak bahaya ke? Kang warden datang semua kena sebat. Dia mengomel sendiri sambil memakai kasut. Serentak itu, seseorang keluar daripada dorm sebelah. AF mengangkat kepala untuk melihat siapa empunya badan. Kalau nak jogging, boleh saing.

Terkejut. Masing-masing kaku. "Amy?!"

Belum sempat AF bersuara, Amy mengambil peluang untuk lari dari situ. Selaju yang mungkin.

"Sekejap, Amy!"

Amy pantas menurun tangga blok dan berlari ke pagar batu yang memisahkan sekolah dengan jalan raya. Dia mahu melarikan diri, macam apa yang Imani pernah nampak sebelum ni.

"Jangan Amy please! Let's talk!" AF cuba mengejar tetapi gadis itu jauh lebih fleksibel. Amy memegang pagar yang penuh dengan duri itu seperti tak ada apa-apa. Telapak tangannya luka parah. Darah keluar membuak-buak.

Dia gagal mengejar Amy. Sekali lagi, Amy terlepas. AF terduduk kepenatan. "Ahh aku ni memang tak guna." Mukanya ditekup dengan tangan apabila teringat kata-kata Sarah kepadanya tahun lepas.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now