"Say cheesee!!"
"Cisssss!!!"
Kcakk!
Satu gambar ditangkap. Mereka tergelak-gelak selepas gambar pertama berjaya diambil.
"Hei apa ni ambil gambar tak ajak!"
"Nak join nak joinn!!"
"Ha jom semua masuk sekali."
Makin ramai orang yang datang. Akhirnya memang bersesak-sesak mereka mengambil tempat untuk bersedia memposing.
"Ainin pun masuk la jugak!" Ajak AF.
En. Afza mendekati murid-murid kelasnya yang nampak geboh tu. "Haah Ainin, meh sini cikgu amikkan."
"Terima kasih cikgu." Ucapknya sebelum dia join sekali rakan-rakannya orang dah ready untuk berfoto.
"Okay ready eh.. satu! dua! tiga!!"
Kcakk!!!
.
..
...
Pukul 11 tengah hari tiba. Semua pelajar 3A mula beratur untuk mengorder makanan. Mereka makan di kedai yang ada di dalam bangunan aqurium tu.
Di tengah-tengah kawasan meja, 6 orang murid sedang sibuk berbual.
"Kita osom. Siapa kalah dia kena beli." Fa'iq mencadangkan idea. Tangannya dihulurkan ke tengah di antara mereka semua.
"Okay bring it on!" Imani menyahut cabaran itu, juga menghulurkan tangan.
"Why not kan," AF dan Iz juga turut sama join.
"Korang main la. Aku dan malas nak main apa-apa game.." Firas laju sahaja menyerah kalah. Memang penat harini melayan rakan-rakannya walaupun hari masih pagi. Tengah hari i mean.
Malikah memuncung. "Ala bosan la kau ni. Cepat cepat dah nak start!" Malikah menggenggam pergelangan tangan Firas dan memaksanya dihalakan ke tengah juga. Firas hanya pasrah dengan keadaan.
"Okay readyy ehh. Oooo.. SOM!"
🧸
"Dia yang cadang dia yang kena. Memalukan." Imani mengutuk Fa'iq yang tengah buat muka meluat. Tak puas hati sebab kalah la tu.
Kata-kata Imani membuatkan dia tercabar. "Hey at least aku terima kekalahan aku."
"Tapi tadi kau jugak yang nak re-game kan?" Balas Imani lagi. Sengaja menyakitkan hati lelaki tu.
"Tu awal-awal je kan. Lepastu aku tak mintak re-game lagi,"
"Tu sebab kau kalah lagi."
"Ahh sudahlah! Kau pun kalah kan? Tak malu pulak?"
"Aku terima takdir aku dengan redho. Tak macam kau,"
Terus sahaja Imani ketawa melihat Fa'iq yang memuncung. Lah merajuk ke?
"Alolo sian dia. Ye lah ye lah aku tak 'puji' kau lagi dah. Happy?" Dia menyiku tangan Fa'iq.
"Untuk pengetahuan kau, aku tak akan terasa dengan benda-benda kecik macam ni. Try again lah nak buat aku terasa dengan kata-kata kau yang tak berapa nak pedas tu."
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...