BAB 35

24 0 0
                                    

AF membuang pandangan ke langit yang sudah berubah jingga. Cantik.

Pantai di hujung fun fair itu jugak boleh dilihat. Rupanya ada pantai di hujung kawasan ini. Cuma tak ramai yang pergi. Matahari bagaikan tenggelam ke dalam air laut yang kelihatan jingga, akibat daripada pantulan cahaya.

Dia terpesona dengan pantai itu. Cantik sangat. Kawasannya nampak menenangkan. Tambah lagi, hari makin malam. Ombak pantai yang perlahan itu membuatkan segalanya sempurna.

Ada juga yang duduk di sana. Kanak-kanak berlari bermain. Menunjukkan kebebasan. Berlari tanpa berhenti, bermain tanpa memikirkan masalah dunia.

"Kau dah lama nak naik ni?" Tanya Iz, melihat AF yang duduk di hadapannya. Hanya mereka berdua dalam ferris wheel ni sekarang.

Memandangkan yang lain masih tak habis dari pening, mereka semua tak mahu naik benda-benda yang tinggi lagi. Jadi Iz memutuskan untuk ikut AF sahaja.

Gadis di hadapannya itu menoleh menghadapnya, sebelum dia mengangguk.

"Kau tahu, aku selalu berangan naik sini. Pandang langit. Sebab kalau dari tempat tinggi macam ni memang nampak jelas kecantikan langit, kan?"

"Yup. Dari sini, lagi jelas kita boleh nampak."

Tak boleh dibantah. Sebab memang cantik sangat. Lain daripada pandangan dari sekolah. Yang disembunyi oleh banyak pokok.

Dia membiarkan AF menghabiskan masa memandang luar. Hanya memerhatikan kelakuannya.

"Aku tak boleh percaya, sekarang ni. Kita semua. Macam bebas. Kita semua dapat keluar, berseronok dalam dunia luar. Macam semua orang normal. Tak payah fikir masalah yanh bertimbun bila duduk dalam sekolah." Luah AF sambil matanya masih memandang ke luar, sebalik cermin.

3 tahun, dia memandang langit. Dia masih terasa tak cukup.

"Mungkin cikgu baru sedar yang dia push pelajar teruk sangat macam kita semua ni kot. Jadi dia bagi kita rileks sekejap sebelum serabut balik dengan exam."

AF memandang Iz. "Haah ek, bila teringat balik. Exam kita sepatutnya tengah tangguh kan sekarang?" Dia baru teringat, niat asal cikgu tangguhkan exam.

"Jadinya, cikgu replacekan exam tu dengan lawatan keluar? Macam tak boleh buat lepas exam je."

Ferris wheel itu mula berpusing ke bawah, bahagian paling bawah. Membuatkan dia boleh nampak orang-orang yang berjalan memenuhi fun fair ni.

Dari bawah. Dia boleh nampak rakan-rakannya yang lain. Imani, Malikah, Fa'iq dan Firas sedang berbual bersama. Firas dan Malikah duduk di bangku sementara Imani dan Fa'iq berdiri.

Lebih tepatnya, bergaduh. AF tersenyum melihatnya.

Kelihatan Malikah perasan kehadiran mereka yang sampai ke bawah dan mula melambai-lambai ke arah mereka berdua. Yang lain juga sedar dan join mengangkat tangan ke udara. AF membalas lambaian itu.

Cabin mereka mula berputar semula ke atas.

Tiba-tiba, cabin itu berhenti bergerak secara mengejut. Membuatkan ia agak tak stabil. Getaran kuat terhasil. Macam nak roboh.

AF terkejut. Tak tahu nak bertindak apa.

Spontan, Iz menarik AF duduk di sebelahnya. Memegang lengannya erat.

"Kau okay tak? Takpe, aku rasa diorang ada masalah elektrik je ni." Iz cuba menenangkan AF, walaupun AF tidaklah takut mana. Tetapi tindakan Iz membuatkan dia agak terharu.

"Aku okay je, jangan risau. Kau okay tak?"

"Okay je la, kena steady." Ketawa Iz.

Mereka memandang sekeliling. Cuba mencerna apa yang baru jadi. Nampak macam orang dari cabin lain juga tertanya-tanya. Pengurus di bawah sana kelihatan sedang membetulkan mesin.

Dari bawah, empat lagi sahabatnya sudah berdiri, mendongak ke arah kabin mereka. Menghayun-hayunkan tangan tanda risau. Sebolehnya AF cuba memberi isyarat dari jauh tanda mereka tidak apa-apa.

"Comel haha," kata AF. Di sebelahnya, Iz duduk diam dan juga memandang ke arah rakan-rakannya yang lain. Tangannya lembut menyentuh cermin cabin.

Baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk bersuara, dia menoleh untuk melihat wajah Iz.

Ekspresi wajah yang sukar nak tafsirkan. Walaupun senyuman kecil terukir, tetapi matanya redup. Seperti sedih. Langit membuatkan cahaya jingga terpantul. Dia terdiam.

Lelaki di sebelahnya sekarang ni, ialah seorang sahabat. Tapi dia sendiri tak cukup kenal akan dirinya.

Siapa diri sebenar Iz? Dia tak pernah terbuka untuk cerita pasal dirinya kepada orang lain. Termasuk rakan-rakannya yang lain.

Semua menyimpan rahsia. Rahsia yang tidak mahu diketahui sesiapa. Atau just sebab mereka tak dapat jumpa seseorang untuk pecayakan?

Pertama kali mereka berjumpa, memang bukan sesuatu yang normal. Tahu-tahu sahaja, dari tangga tersembunyi, mereka end up satu kelas. Bagi dirinya, Iz yang paling misteri.

"Thank you Iz teman aku naik benda ni, even macam buang masa." Ujarnya

"Tak ada lah, aku pun teringin nak naik ni. Lagipun, tak kan aku nak biar kau naik sorang-sorang kan?" Balas Iz.

Semua rakannya ialah kawan yang baik. Selalu membantunya dalam setiap kali ada masalah yang timbul.

Tapi macam mana pulak kalau mereka yang ditimpa masalah?

Rasa sebak menerjah diri. Dia merenung mata Iz, dalam.

"Iz.."

Panggilannya disahut. Iz menoleh memandang AF.

Dalam cahaya jingga, dalam cabin, berdua.

"Kau tak keseorangan, kau tahu kan?"

Kata-kata AF membuatkan Iz tersentak. Dia memandang AF yang masih melihat dirinya. Dia melepaskan sentuhannya dari cermin cabin itu. Langit jingga, dua terasa dunia hanya berdua dengan gadis yang berada di hadapannya sekarang.

Perlahan, dia mengukirkan senyuman. Senyuman yang paling jujur AF lihat selama ni.

"Aku tahu."

🎡

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now