BAB 21

20 4 0
                                    

Sesi kaunseling AF dengan guru kelasnya, En. Afza dijalankan di perpustakaan memandangkan tak ramai orang ada di situ ketika itu. Mereka hanya membincangkan tentang kejadian semalam. Kejadian yang bakal mengundang sejarah akan berulang tak lama lagi.

"Cikgu.." AF yang baru habis cerita segalanya bersuara. Kepalanya masih tunduk sejak dia mula bercerita.

"Ya?" Dia menyahut.

AF mengangkat muka, memandang wajah En. Afza. Mata mereka bertembung. Kelihatan mata AF dilingkari eyebag. Wajahnya pucat.

Mungkin dia tak boleh tidur sebab fikir pasal kejadian semalam? En. Afza mengeluarkan sehelai sapu tangan dari kocek seluarnya. Sebelum dia bangun menuju ke bilik air yang tersedia di perpustakaan.

"Cikgu nak pergi mana?" Soalnya. Takkan En. Afza dah nak pergi? Dia baru sahaja habis menceritakan apa yang terjadi.

"Kamu tunggu sini sekejap. Saya nak basahkan kain ni." Katanya sejurus itu meneruskan langkah. AF berhenti bersuara walaupun ingin bertanya lebih lanjut.

Hari ini, dia berjumpa dengan En. Afza- guru kelasnya untuk melepaskan masalahnya. Dia perlukan nasihat untuk apa yang patut lakukan selepas ini. Keadaan makin teruk. Dia perlukan konklusi secepat mungkin sebelum dia menjadi mangsa Sarah lagi.

Bayangan Sarah dan Shafiq pantul di peringatannya. Perkara yang berlaku di dewan makan itu sebenarnya sangat serious. Ia tidak boleh dipandang remeh. Kalau tak, bila-bila masa je kita boleh termasuk jerat lagi.

Seperti apa yang terjadi tahun lepas.. dia tak nak kawan-kawannya menjadi mangsa pukul Sarah lagi. Tambahan pula, Shafiq sudah berkomplot dengan Sarah kali ni.

Sebenarnya dia pelik, kenapa Sraah tak puas hati sangat dengan dia? Apa yang dia buat?? Soalan itu hanya mampu diteka dalam talahan sendiri. Tak ada sesiapa yang ada jawapannya melainkan dia bertanya sendiri kepada Sarah.

Genggaman dilepaskan. Tapak tangan diperhatikan secara dekat. Dia mengusap bekas luka besar. Dah buruk dah tapak tangan kirinya. Tapi tak apa. Ni pun sebab dia membuka tombol pintu stor sekolah semasa dia dikunci bersama Imani dan Malikah.

Pilihan yang dia buat itu betul. Tak sia-sia. Walaupun ada scar, at least tangannya itu berguna untuk menyelamatkan Imani dan Malikah.

Kenapa la ingatan itu terlalu jelas dalam ingatannya. Dia masih boleh merakam segala apa yang terjadi satu persatu memori hitam itu.

Apa yang dia nak hanyalah kehidupan yang normal. Tak boleh ke? Keluhan dilepaskan. Pasrah dengan takdir yang sudah tersurat.

Bahunya terasa ditepuk. AF mengangkat muka. Di belakangnya, Ainin memandangnya dengan wajah simpati.

Jangan cakap dia dengar segala pengakuannya kepada En. Afza tadi? Alamak.

Dia tak mahu merisaukan sesiapa lagi. Cukuplah Imani, Malikah, Fa'iq, Faris dan Iz sahaja yang kesah tentang keadaannya. Dari raut wajah Ainin, dia tahu yang Ainin tak akan biarkan apa yang berlaku ni macam tu je.

"Ainin.."

Belum sempat dia berkata apa-apa, Ainin sidah mendekatinya dengan lebih dekat. Tangan AF digenggam. "Betul ke semua yang kau cerita kat cikgu tadi tu?"

Perasaan was-was menyelubungi diri AF. Patut ke dia bagitahu? Lagipun Ainin dah dengar kan pengakuannya tadi. Cukuplah tu. Dia tak perlu tahu dengan lebih lanjut.

Dengan perlahan, dia menunduk kepalanya memandang lantai. Lalu mengangguk dengan ragu-ragu.

Tubuh Ainin seperti kejang. Dia kaku di hadapan si gadis yang bernasib malang itu.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now