Di block, semua pelajar mengulang kaji. Tak kira di dalam kamar, di gazebo, di ampaian, di laundry, di bilik khas atau di mana-mana (kecuali toilet obviously). AF menjemur pakaiannya yang baru siap disidai. Ada lagi lima hari sebelum exam. Dua hari weekend.
Dia memandang ke dinding batu yang berada betul-betul di sebelah ampaian. Otaknya masih memikirkan tentang Amy. Apa khabarnya? Dia masih rasa bersalah kerana dia tidak dapat membantu apa-apa untuk gadis itu. Sekarang ni Amy dah tingkatan dua.
Rasa bersalah menyelubunginya. Dia tak kenal banyak tentang Amy. Tetapi keluar masuk sekolah melalui pagar block? Kenapa belum ada polis atau pengawal keselamatan yang meronda di kasasan itu?
Paling dia tertanya-tanya, Amy duduk kat mana?
Dah tiga tahun sejak dia menjejakkan kaki ke luar sekolah. Dia tak ada hak untuk membantah. Ibunya seorang yang tegas namun satu-satunya orang yang membesarkannya. Dia tiada adik-beradik ataupun ayah.
Lagipun apa dia kesah? Nasib majoriti yang tinggal di sekolah ini sama. Ada yang sudah tinggal di sini sejak kecil.
Asal sekolah ini hanyalah daripada sebuah rumah.
Rumah anak-anak yang kurang bernasib baik. Ianya ialah rumah kebajikan. Itu yang dia dengar daripada cerita seniornya semasa berada di tingkatan satu. Ramai di kalangan cikgu sudah tinggal di sekolah itu sejak kecil lagi. Separuh daripada jumlah cikgu sekolah itu semuanya sudah bersekolah di sekolah yang sama.
Mungkin dia juga akan menjadi cikgu sekolah ni? Nah tak mungkin. Dia ada cita-cita lain.
Dia sambung menyidai baju, fikirannya melayang.
👚
"Ehem, test test.." bunyi speaker memecahkan kesunyian semua orang yang sedang tidur nyenyak. Fa'iq menggosok-gosok matanya dan mula bangun akibat lenanya terganggu dan mula duduk di atas katil. Siapa buat announcement malam-malam buta ni?
Sebahagian besar pelajar di dalam dorm masing-masing mula terjaga. Termasuk Iz yang duduk di katil sebelahnya. Bedmatenya itu mengelipkan matanya berkali-kali, mahu membetulkan penglihatan.
Dia meramas rambutnya. Menunggu apa yang bakal keluar dari mulut si pengacau tidurnya daripada speaker tersebut.
"Selamat malam semua, maaf kerana mengganggu." Suara bonda Usma kedengaran. Apa pulak bonda nak n- jap, bonda?!
"Perhatian kepada semua pelajar, anda diberi masa 15 minit untuk bersiap dan bergerak ke dewan sekolah sekarang juga. Saya ulang, perhatian kepada semua pelajar.."
Kamar mula bising, berbisik sesama sendiri. Mereka keliru. First thing, mereka perlu bersiap untuk bergerak ke dewan. Second, bonda sendiri yang berucap. Ada perkara penting sangat ke?
Iz bangun dan terus ke bilik air, mahu bersiap. Manakala Fa'iq mengeluh keras lalu menghempaskan diri semula ke atas katil. Malas untuk menyiapkan diri. Tak pe lah, nanti bila perjumpaan tu dah habis, dia mintak tolong Iz je apa yang bonda nak cakap.
"Sesiapa yang lewat akan dijatuhkan hukuman yang berat. Sekali lagi saya ulang.."
Sepantas kilat, semua orang berebut ke bilik air. Termasuk Fa'iq sendiri.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...