Batu di jalan membuatkan dia hampir hilang imbangan. Bukan 'hampir', tapi memang dah jatuh dah pun. Dia terjelopok jatuh kedepan akibat terpelecok. Dengan muka redha, dia tersembam ke tanah.
"Aduhh!!" Imani mengeluh kesakitan. Ada je nasib malang dia sepanjang dia hidup ni. Kepala yang sakit diurut-urut. Nampaknya tak berdarah. Nasib baik.
"Jalan guna mata kak, bukan lutut." Kata orang di belakangnya. Imani mencebik dan cepat-cepat bangun. Malu sendiri. Dia menghiraukan kata-kata lelaki itu. Nak buat macam mana, takdir dah tertulis untuk dia tergolek pada hari itu.
"Nasib baik aku yang pegang air-air ni. Kang tak pasal-pasal dengan air ni semua kena lenyek sebab kena hempap dengan kau." Fa'iq tergelak sambil mengangkat pelbagai jenis air di dalam sebuah tote bag.
Tote bag itu kepunyaan Malikah. Fa'iq dan Imani kalah dalam game gunting batu kertas, so diorang yang kena beli air. Nasib baik vending machine tak berapa jauh dari rooftop sekolah. Dapatlah diorang 'exercise' sikit sambil berjalan ke machine ni.
Kawasan itu hanya diisi dengan tawa Fa'iq. Imani hanya membiarkan lelaki itu mentertawakan dirinya. Suka hati dia la, asalkan dia bahagia *muka pasrah*.
Tak lama selepas itu, tawa Fa'iq sudah makin perlahan dan akhirnya berhenti. Ha habis pun. Ingat nak gelak sampai kiamat.
Mata Fa'iq tertumpu kepada Imani di hadapannya.
"Nape diam, gelaklah lagi." Imani memerli Fa'iq. Tapi tiada respon yang diberikan. Membuatkan dia pelik dan menoleh ke arah lelaki itu yang berada di belakang.
Mereka melintasi blok juniors yang berada di sebelah blok form 3 (juga terletaknya rooftop). Tanpa banyak soal, Fa'iq menarik tangan Imani. "Jom ikut aku jap." Dia terus mengambil langkah masuk ke blok itu.
Eh apsal ni?? Dia mahu bertanya tapi muncul perasaan malas. Jadi, dia redha sahaja tangannya ditarik dan ikut pergerakan Fa'iq. Nak ke mana pulak dah lelaki ni?
Mereka melintasi kelas form one. Kelas 1A. Ah kelas lamanya. Rasa rindu pulak.
Tempat di mana dia menghabiskan sisa form two nya dengan menyorok demi lari dari senior. Maklumlah, dulu dia pun salah seorang ahli sukan dalam kelab bola keranjang. Tetapi tekanan dalam kelab itu terlampau kuat. Ahli seniornya juga sangat strict. Dia tak mampu meneruskan aktiviti itu.
Sebenarnya dia masuk kelab itu kerana minatnya. Namun, minat berubah menjadi bala. Setiap hari, dia dipaksa untuk berlatih sedahsyat-dahsyatnya.
Itu bukan masalah. Berlatih keras akan membuatkan staminanya makin cergas dan kecekalannya dalam menghandle bola dapat ditambah baikkan. Tetapi apa yang dia tak tahan ialah senior-senior kelab itu. Mereka terlampau bangga dengan jawatan mereka dan membuli ahli-ahli muda. Ramai yang quit kelab itu. Termasuk dia.
Ada sekali tu ketika dia berada di tingkatan satu, dia dicari senior. Betapa takutnya dia pada waktu tu. Maklumlah dia dah tak datang practice selama seminggu, dengan harapan ahli kelab itu akan faham yang dia mahu keluar dari kelab tu. Nampaknya cara itu tak berjaya.
Ahli kelab itu sudah mula mencarinya. Masa tu dia dah tak ada pilihan lain. Terpaksalah dia menyorokkan diri.
Hari Sabtu, bulan July 20XX. Masih jelas ingatannya. Dengan perasan takut, dia keluar dari blok asrama senyap-senyap. Semua tempat diawasi dengan berjaga-jaga. Tidak mahu terserempak dengan mana-mana teammate-nya.
Tanpa berfikir panjang, dia lari ke blok sekolah. Mungkin ada tempat yang boleh dia sorok. Tapi kat mana?
Suara sayu-sayu kedengaran di kawasan koridor tingkat tiga. Dia yang berada di tangga terkaku.
"Mana Imani ni?"
Suara senior kelab tu!
Ah sudah. Mana dia nak pergi mana ni? Kat mana tempat selamat nak sembunyi?
Lantak lah! Pergi je mana-mana!
Kakinya berundur perlahan supaya tak ada bunyi terhasil dari langkahnya dan pantas berlari ke temoat paling dekat.
Tandas.
Ni kawasan paling tak selamat nak sembunyi! Tapi nak buat macam mana, urgent. Situasi terlampau genting untuk fikir pasal logik. Asalkan dia selamat ye dah. Dia membelok ke dalam tandas dan memandang kiri kanan. Nampaknya tempat yang ada hanya bilik air. Dengan pasrah, dia masuk.
Sebaik sahaja pintu tandas dikunci, kedengaran beberapa orang pelajar masuk. Suara-suara perbualan kedengaran.
Tak mungkin. Teammate tingkatan satunya sekarang berada dalam tandas yang sama dengannya!
Apa patut dia buat? Macam mana nak lari ni?
Sudah dia mati akal. Tak tau nak buat apa. Dia hanya mampu berdiam diri dan mengawal pernafasannya di dalam bilik air yang sempit ini.
Imani! Kawal pernafasan kau. Waktu-waktu macam ni jugak kau nak sesak nafas! Dia memarahi diri sendiri. Cuba menenangkan emosi supaya pernafasannya tak terjejas.
Bum! Bum!
Bunyi bilik airnya diketuk kuat.
"Hello! Ada orang tak?!"
Kenapa bilik air ni jugak yang diorang ketuk? Bilik air lain tak ada ke?!
Dia menekup mulut, sekali lagi cuba untuk mengawal pernafasannya. Jantung berdegup kencang, terasa seperti hampir meletup kerana terlalu laju degupannya.
"Alah kau ni, pergi bilik air lain la."
"Tapi bilik air yang ni favourite aku."
"Dah la mengada. Gi yang hujung tu."
"Yelaa.."
Kepalanya terasa pening, suhu badannya sudah meningkat. Dia memeluk tubuh. Tangan kanannya masih menekup mulut kerana tidak berjaya meredakan nafasnya dari tadi.
10 minit selepas itu, mereka usai membuang masa di dalam tandas. Seorang daripada mereka mula mengajak rakan-rakannya keluar.
"Dah jom...
...sambung cari Imani."
Kakinya longlai. Rasa seperti mahu pitam.
Maksudnya.. diorang tengah menjejaki dirinya?
Macam mana ni? Macam mana dia nak keluar?
Dah tak ada cara lain.
Dia kena teruskan persembunyiannya.
Slowly but surely, dia membuka pintu bilik air perlahan. Nampaknya diorang dah pergi. Pantas dia keluar dari bilik air tu. Dia melangkah ke kiri koridor.
"I- Imani?"
Shit.
Suara dari belakangnya membuatkan dia tahu.
Dia dah tak ada jalan keluar.

YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...