Di satu sudut, mereka berhenti dari berlari. Nafas mereka tak menentu angkara kepenatan.
Masing-masing cuba membetulkan pernafasan. Dari tadi tak berhenti mencari.
"Macam mana.. macam mana boleh jadi macam ni?" Imani meletakkan tangan ke atas lututnya, membengkokkan badan demi memulihkan pernafasan. Mereka masih tak boleh percaya apa yang baru terjadi.
Ramai orang di floor terbawah bangunan ni. Mereka bertiga berada sudut tepi bahagian hadapan pintu masuk. Untuk tidak disyak oleh sesiapa, mereka keluar dari situ. Pandang kiri kanan. Tak ada sesiapa pun yang nampak suspicious.
Dah setengah jam mereka meliar sekeliling. Tapi masih tak jumpa AF. Bila dengar sahaja rakannya hilang, mereka hanya ikut Firas tanpa berfikir panjang. Tapi end up tak ada clue untuk jumpa di mana AF berada.
"Apa sebenarnya yang kau nampak tadi Firas?" Tanya Malikah sambil mengelap peluh di dahi.
Terus Firas memberikan respon. "Aku nampak Shafiq kejar AF tadi."
"Huh?!"
Tak lama tadi, Firas mensyaki ada sesuatu yang tak kena. Depan matanya sendiri, dia nampak AF pergi ke satu kedai. Masa tu, semua orang sedang membuat hal sendiri. Termasuk Iz, Fa'iq, Malikah dan Imani yang sibuk berbual.
Pada mulanya dia tak syak apa-apa pun. Kedai tu tak jauh pun. Tambah lagi, ramai orang lalu lalang di hadapan kedai tu. Sepatutnya tak bahaya.
Tiba-tiba dia nampak AF keluar dari kedai tu. Dengan muka ketat. Mula-mula dia tak faham apa yang jadi, sebelum dia nampak Shafiq mendekati AF.
Lelaki itu mengejar AF dan menarik gadis itu ke tingkat bawah. Malangnya tiada sesiapa yang dengar panggilan AF. Spontan dia mengorak langkah. Berlari untuk mengejar.
Apabila kelibat AF dah tak kelihatan, terus dia kembali ke classmatenya dan memberitahu Aiman apa jadi.
"Shafiq!.." Ujar Malikah sendiri dengan amarah.
"Yang penting cikgu dah tahu pasal ni. Sekarang, kita just kena cuba cari-"
Kata-kata Imani terhenti apabila ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Entah dari mana, ada sebotol botol (im sorry lupa penjodoh bilangan😭) plastik bergolek dan melanggar kaki Malikah. Sangkaan mereka, itu hanyalah sampah. Malikah mengutip botol itu untuk dibuang.
Tetapi kelakuannya terhenti tepat semasa dia perasan sesuatu. Ada kertas di dalam botol itu. Kertas yang bergulung.
"Korang tengok," dia menunjukkan botol itu kepada Imani dan Firas. Serentak mereka berpandangan sebelum Firas meminta Malikah untuk menyerahkan botol itu kepada dia.
Botol plastik itu berakhir pada tangan Firas. Masing-masing menumpukan perhatian kepada botol itu. Baru mereka perasan botol tu ada tertulis besar perkataan "buka" dengan maker merah.
Mencurigakan.
Dengan langkah jaga-jaga, Firas memusingkan penutup botol itu untuk dibuka. Ambil isi dalamnya.
"Apa ni..?" Dalam tangannya, sehelai kertas bergulung. Mereka bertiga diam memerhatikan kertas tu. Belum Firas membuka gulungan tersebut. Mahu tahu apa yang tertulis.
Pada ketika itu, baru mereka perasan sesuatu. Tiada sesiapa yang berada di floor mereka sekarang. Kawasan tu tiba-tiba sunyi. Kerana rasa was-was, mereka bergerak keluar dari situ. Pergi ke luar bangunan itu.
Yang tertulis di kertas itu ialah..
LARI.
PUK! Serentak itu, Firas terasa kepalanya dihentak sesuatu. Membuatkan dia jatuh ke depan.
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...