BAB 18

29 4 0
                                    

Sampai di hadapan dewan makan, dia masuk. Tetapi tiada sesiapa di situ. Nampaknya dia agak lambat untuk makan tengah hari. Sekolah sudah mula bising. Pelajar-pelajar kelihatan sudah memulakan hidupnya. Ada yang berjogging (pada tengah hari? pelik2 je writer), ade yang bergerak ke kelas. Mahu belajar atau menyiapkan kerja sekolah mungkin?

Cakap pasal belajar, dia teringat pembatalan exam secara mengejut.

Kalau diikutkan hati, mahu dia tanya kenapa pengetua membuat keputusan sebegitu. Ye lah, diorang dah belajar bersungguh-sungguh kot. Lepas tu bonda cancel macam nothing happen?

Agak tidak boleh diterima tapi tak pe lah. Ada kebaikan jugak.

Apa kebaikannya? Kepalanya hanya semakin serabut memikirkan hal Amy.

Ah perutnya sudah berbunyi, meminta untuk diisi. Cepat-cepat dia mendekati pekerja yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan. Kelihatan seorang lelaki seperti pelajar lepasan SPM sedang mengemop dewan makan. AF mendekatinya.

"Abang?" Panggilannya disahut.

"Ye dik kenapa?"

Gadis itu hanya mampu tersengih malu. "Makanan tengah hari ada lagi tak? Saya belum makan lagi." Katanya jujur. Abang itu mengusap dagu, merecall ingatannya.

"Abang rasa ada lagi dik. Tunggu kejap eh, adik duduk sini dulu."

Akur dengan kata-kata abang itu, AF duduk di meja berdekatan. Manakala abang itu berlari ke kawasan dapur dewan makan yang sangat besar. Di dalam dapur itu, terdapat ramai lagi pekerja.

Sambil dia menunggu, dia memandang lantai. Kakinya diayun-ayun bosan.

Di bawah meja, kakinya terasa digesel sesuatu berbulu. Dia menurunkan badan untuk melihat. Mungkin kucing.

Tekaannya betul, ada seekor kucing hitam sedang bergesel manja pada kakinya. Senyuman terukir. Lembut, dia mengangkat kucing itu dan diletakkan ke atas kakinya. Kucing itu tidak membantah, nampaknya dia selesa dengan AF.

Bulu lembutnya dielus. Kucing itu mengiau manja. Hatinya berbunga-bunga akibat gembira.

Tanpa sedar, 10 minit berlalu. Dia terlalu asyik bermain dengan kucing itu. Kononnya lapar di perut hilang serta-merta.

Mata kucing itu ditatap. Mata mereka bertembung. Merah, iris kucing itu merah. Semerah berlian ruby. Dia jatuh hati dengan keunikan itu.

Ajaibnya, macam mana seekor kucing yang tiada penjaga ni mempunyai sifat seunik ini? Dia mengusap bulu kucing itu dengan pipinya.

Baru dia perasan. Ke mana pula abang dewan makan tadi? Lamanya dia menghilang. Kakinya ditegakkan dan dia bangun dari kerusi itu. Bersama kucing yang baru dijumpainya tadi dalam dakapan.

AF melangkah ke arah dapur. Mahu memastikan sama ada makanan ada atau tidak. Kalau tak ada, dia boleh ke kantin.

Pintu besar dewan makan terbuka. Bunyi orang bersuara. Kedengaran suasana seperti riuh. Suara orang bertekak dan bergaduh. AF mula risau.

Dah kenapa pulak tu?

Dengan berhati-hati, AF menjenguk keadaan dalam dapur. Dia terkejut dengan apa yang dia nampak kerana dia tak sangka ada kekacauan.

Kelihatan warga dewan makan sedang cuma menghalau dua orang pelajar yang membuat onar. Keadaan dapur agak tungkang-pecah. Abang dewan makan tadi juga cuba menghalang dua pelajar itu dari terus mengamuk.

Dua pelajar itu menjerit marah dan menolak segala barang-barang dapur. Dua orang, lelaki dan perempuan. Senior ke?

Tidak boleh dibiarkan, dia perlu menghalang perkara itu dari terus berlaku.

Baru sahaja dia mahu masuk, pelajar perempuan itu menoleh ke belakang. Membuatkan AF pantas berundur. Kaku. Sedangkan pelajar perempuan itu tersenyum menyeriangi.

"AF~" dia menyebut nama AF. Gadis itu sudah kecut perut. Macam mana perempuan tu boleh ada kat sini?

Lelaki itu menoleh tatkala mendengar AF dioanggil, membuatkan AF bertambah cuak.

Di hadapannya sekarang, Sarah dan Shafiq tajam memerhatikannya. Dia mati akal. Apa patut dia lakukan?

Pengawal.. dia kena panggil mana-mana pengawal atau cikgu segera.

Dia melarikan pandangan dan cuba lari dari situ.

Tangan kirinya tiba-tiba ditangkap, digenggam ketat. Laju dia mengangkat kepala.

Sarah memandangnya sinis. "Kau nak pergi mana?" Dari belakang juga, Shafiq mula mendekati mereka.

Pergelutan terjadi. Dia cuba melepaskan tangannya dari perempuan itu.

Dahulu, dia ingat dengan membiarkan Sarah di sini, perempuan itu akan terus terseksa dan dibenci. Malangnya, telahannya silap.

Ada yang makin rapat dengan Sarah kerana mereka kagum dengan keberaniannya membuat sesuatu kepada juniors. Kenapa pelajar di sekolah ini bodoh sangat?

Kini, semua orang sudah melupakan kisah itu. Kisah di mana dia dan rakan-rakannya diseksa, diperlakukan seperti hamba. Warga sekolah sudah melupakan kes itu. Mereka sudah tidak kesah.

Semakin masa dimakan hari, semakin pudar rasa kesian dan ingatan mereka sudah dimakan waktu. Semakin hilang.

Tiada sesiapa yang sudah kesah. Dia perlu sedar akan realiti yang pahit untuk ditelan ini.

Dan pada waktu ini juga, tiada sesiapa yang dapat membantunya.

Sarah memandangnya sinis, seperti dia sudah menang. Manakala AF sudah menggigil ketakutan.

Apa patut dia buat? Apa boleh dia buat?

Dia tidak mahu dikejar lagi.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now