Gadis itu tersentak.
Zahra menoleh, mencari empunya suara yang menyebut namanya.
Kelihatan Imani dan Fa'iq berdiri di hadapan pintu rooftop memandang tepat ke arahnya.
Tahun lepas... [flashback bab 18 & 28 JATUH 1]
Sebaik sahaja melangkah, dia nampak seorang gadis yang berlari dengan berhati-hati di hujung blok asrama. Tidak membuat apa-apa bunyi. Itu macam.. Amy?
Persoalan mula memenuhi fikiran. Amy? Yang hampir mati haritu kan? Apa dia buat kat sekolah?? Amy melompat melepasi pagar sekolah yang berduri. Tetapi sangat fleksibel.
Tidak lama kemudian, muncul seorang lagi pelajar yang setahunya juga form 1. Pergerakannya seperti mengejar Amy.
__
"Amy!" Panggil seseorang membuatkan Amy berhenti meronta. Seorang perempuan form one berdiri di belakang mereka dengan nafas yang tidak teratur. Dikenali sebagai Zahra.
Satu-satunya saksi yang bersama Amy semasa gadis itu cuba membunuh diri.
"ARGH lepas!" Di saat semua Imani memandang Zahra, Amy mengambil peluang itu untuk memanjat.
"Tak, jangan!" Terlambat. Imani tidak berjaya menangkap Amy. Gadis itu sudah melarikan diri. Sebelah pagar berduri itu, ada kawasan berpokok dan bersemak sebelum sesiapa berjaya keluar dari sekolah.
Keluhan dilepaskan. Imani memandang Zahra. Tubuh Zahra tiba-tiba menjadi lemah dan terhuyung-hayang. Dia meninggalkan tempat itu tanpa berkata apa-apa.
Malikah datang mendekati Imani yang kepenatan. Air dihulurkan. Masing-masing masih terkejut melihat gerangan yang tidak disangka-sangka baru sahaja melarikan diri. Sekali lagi.
Peluh dilap dengan lengan. Zahra yang berjalan ke dorm ditenung. Kenapa Zahra kejar Amy? Sama seperti hari itu, di mana dia nampak Amy memanjat pagar untuk pertama kali.
End flashback...
Zahra mengetap gigi.
"Dah kenapa berkumpul depan pintu ni. Block jalan laa," dari belakang Imani, seseorang cuba menolak. Mahu melepasinya.
"Ish kau ni AF. Sabo la. Aku baru sampai." Imani mencebik. AF di belakang Imani hanya ketawa. Saje mahu mengacau. Iz juga turut ada bersamanya di sebelah.
"Kakak ni!..." Zahra menerpa ke arah AF secara tiba-tiba. Membuatkan AF terkejut. Sape plak ni?
Junior itu seperti hilang kawalan. Dia menggoncang tangan AF tanpa henti. Seperti terlalu desperate. Kesian Iz yang ada di sebelahnya. Bahu mereka yang bergandingan membuatkan Iz turut terkena kesan goncangan tu.
"Kenapa ni?" AF cuba menenangkan junior yang tidak dikenalinya itu. Walaupun nampaknya junior itu seperti mengenali dirinya.
Famous jugak ye dia. Hahahah tak la gurau je XD
Akan tetapi.. dia mengalihkan pandangan ke arah junior itu.
Nampaknya ni bukan sekadar gurauan. Berdasarkan keadaan, junior ni macam serious tentang sesuatu.
"Akak! Akak kena tolong saya! Tak.. tolong Amy!"
AF kaku.
Amy?
Tolong Amy?
Tapi tolong apa??
Dia dapat rasakan bahu Iz flinch untuk sesaat. AF menoleh ke arah Iz.
"Iz? Kau okay tak?" Soalnya.
"Eh, okay je. Kenapa?" Iz memandang AF pelik.
Aik? Tadi macam Iz flinch? Perasaan aku je kot..
YOU ARE READING
JATUH 2 [OG]
Romance*Sambungan JATUH [C]* Selepas kes mereka bertiga kena kurung dalam stor tu, Sarah masih tak serik. Dia masih mahukan AF untuk sengsara. Semua orang makin melupakan kes tu and ambil ringan. Malah, ada yang mengidolakan perbuatan terkutuk Sarah tu! AF...