BAB 34

16 1 0
                                    

"Serious nak naik ni?"

Mereka berenam mendongak ke langit, melihat betapa besarnya jalan roller coaster yang bakal mereka naik ni. Macam menyentuh langit pulak roller coaster ni. Rasa seram mula hadir.

"K-kan dah cakap tadi, semua kena na..ik," Imani menelan liur. Malikah di sebelah menggenggam baju Imani. Dari jauh, tak ada la nampak gergasi sangat macam sekarang ni. Bila pandang depan-depan.. speechless.

Seumur hidup mereka, tak pernah lagi naik roller coaster. Bila tengok besar macam ni, memang pening la jawabnya nanti.

"Aku nak naik!" AF tampak teruja.

"Aku pun!" Fa'iq dan Iz nampak semangat. Firas yang berada di sebelah mereka hanya melepaskan lelah. Dah tak boleh buat apa-apa dah.

"Jom jom beli tickett." AF mengajak Iz. Maklumlah dari awal tadi, memang Iz yang selalu ikutnya beli ticket. Iz mengangguk setuju dan mengikut AF. "Pergi la beratur dulu kat barisan sana, tunggu jap." Kata Iz sebelum beredar.

Empat sahabat itu mula mendekati barisan. Beratur.

Sedang-sedang diorang menunggu tu, mereka boleh dengar jeritan orang yang sedang menaiki roller coaster. Terus ditengok orang-orang tu.

Nampak macam mereka tengah berseronok. Tapi dalam takut. Seronok + takut..

"Habisla kau, macam tu la nanti jadinya," Fa'iq melihat Imani dengan pandangan sinis, sengaja mahu menakut-nakutkan. Membuatkan gadis itu mula tercabar.

"You know what? Aku rasa kau yang menggigil nanti masa dah naik. Cakap besar." Dia menepuk-nepuk dada, menunjukkan keberanian yang ada. Malikah di sebelahnya juga mula rasa tercabar dengan kata-kata Fa'iq.

"Kau kenapa Fa'iq tak habis-habis nak kacau Imani ni. Carik gaduh je," Soalan Malikah ditujukan kepada Fa'iq yang nampak tak serba salah pun.

"Apa kata korang duduk berdua nanti. Nanti boleh la tengok muka siapa yang takut," ujar Firas.

"Hah? Apsal pulak?!" Mereka berdua marah serentak.

"Betul tu Firas. Betul. Hehe," Malikah juga setuju dengan idea Firas yang bernas. Imani dan Fa'iq berpandangan sesama sendiri dengan muka meluat.

"Tak sabar nak tengok muka buruk kau."

"Same here, tak payah nak cakap besar."

"Ha gaduh lagi?" Suara AF memberhentikan pertikaman lidah mereka.

AF dan Iz kembali dengan membawa ticket dan menghampiri mereka berempat. Ticket dalam genggaman sebelum diberikan kepada setiap orang.

Malikah memberikan satu ticket kepada Firas. "Aku nervous sikit to be honest." Ujarnya separa berbisik kepada lelaki itu. Membuatkan Firas menepuk kepala Malikah itu. Terus confius gadis itu.

"Tak pe. Kalau kau takut, kau pegang la lengan baju aku."

Wajah Malikah tampak gembira. "Kau nak duduk sebelah aku?"

"Eh, uh. Ha ye la kot." jawab Firas lambat-lambat, baru sedar apa yang baru dia cakap.

Di hadapan, AF memerhatikan rakan-rakannya. Nampak macam Imani duduk dengan Fa'iq- sebab wajah mereka berdua masing-masing menunjukkan pertarungan. Lihat dari wajah Malikah, dia mesti duduk dengan Firas.

Kepalanya ditoleh, memandang Iz di sebelah. Dia tergelak kecil. "Nampaknya kita duduk berdua la Iz."

Iz juga ketawa. Setuju dengan AF.

Kaki Imani mula melangkah, berdiri ke hadapan semua orang. "So, tunggu apa lagi?"

Fa'iq tersengih. "Bring it on!"

🎢

"AHHHH!!!" Jeritan memenuhi langit. Dengan kelajuan tinggi, mereka berenam menjerit sekuat hati. Angin menerbangkan segala yang lalu ke wajah. Mereka duduk di seat paling hadapan, atas dari cabaran Imani dan Fa'iq.

Malikah memaut ke tangan Firas. Akibat dari kelajuan roller coaster tu, mereka mula terasa pening.

"BILA BENDA NI NAK HABISS AAAAHHHHH!!"

Sabar sabar. Ni pengalaman sekali seumur hidup. Imani menutup mata, membiarkan takdir yang menentukan.

"JANGAN LEPAS PEMEGANG OI!!" Jeritan AF membuatkan Imani tersentak.

"AKU TAK PERASAN!"

"YEAHHHHHH!!!!!!" Fa'iq dan Iz melaungkan suaranya, sepenuh hati separuh mati.

Urgh..

Malikah menghulurkan air kepada rakan-rakannya. Iz dan Firas duduk di bench berdekatan, mengurut kepala. Fa'iq dan Imani masing-masing memandang dinding, menyembunyikan wajah.

"Not bad actually, kan AF?" Malikah tersenyum lebar. AF di sebelah Iz yang sedang mengusap-ngusap belakang lelaki itu, membalas dengan anggukan. "Best tak tipu."

"Eleh siapa tadi yang menjerit bagai nak rak tadi?" Fa'iq memalingkan wajah semula.

Bahu diangkat. "At least aku tak cakap besar. Look? Siapa yang mabuk sekarang ni?" Kata Malikah bangga.

"Ugh.. air.." Firas meneguk air yang baru diterima tadi. Cuba menghilangkan pening. Tekak terasa haus.

Imani cuba menstabilkan diri dan memandang Fa'iq. "Buruk doh muka kau tadi." Kutuknya kepada Fa'iq.

"Kau tak tau muka kau tadi macam mana." Balas Fa'iq tak puas hati. Walaupun pening, ia bukanlah penghalang untuk berdebat.

AF mencapai air dari plastik yang Malikah pegang tadi. "Iz, air ni." Lelaki itu menerima air dan mula meneguk dengan laju. Terlalu haus maybe.

"Elok-elok minum tu." AF tergelak. Kesian kawan-kawan dia ni. Nasib baik dia dengan Malikah okay je. Tak sangka pulak mereka berdua je yang okay lagi.

"Thanks, kau tak nak ke?" Iz menghulurkan botol air tu kepada AF.

"Aku steady je, tapi boleh la." Dia duduk di sebelah Iz. Dari botol yang sama, dia teguk air.

Jam dikilas sekali, pukul 6 petang. Wow, cepatnya masa berlalu. Matahari pun dah makin hilang dari pandangan. Langit mula berubah warna slowly.

Perlahan, Fa'iq mula berjalan sambil cuba memapah Imani yang macam nak mabuk.

"Kau tengok kawan kau ni,"

Memang nampak lemah dah ni. Walaupun Fa'iq masih pening sikit dari tadi, dia menolong Imani berjalan stabil. Dia tak nak pulak kena angkut orang balik.

Dengan redho, Imani biarkan sahaja Fa'iq membantunya. Malas nak marah-marah.

Nampak macam semua orang penat. AF mengusap dagu. Memikirkan sesuatu. Ha!

"Memandangkan masing-masing dah tak boleh nak main apa-apa yang ganas, kita cari tempat yang menenangkan nak?"

Malikah terkelip-kelip mata. "Nak pergi mana?"

"Ughh aku skip," Firas menolak, kepeningan.

AF senyum. Dah lama dia nak cuba naik benda tu.

JATUH 2 [OG]Where stories live. Discover now