X EXTERME, ini adalah team paranormal aku suatu ketika dulu yang diketuai oleh abang ben. Tetapi sekarang team itu telah pun dibubarkan atas sebab-sebab yang tertentu. Salah satunya adalah kematian. Kematian hafiz mikail memberi impak yang besar dalam team dan terutamanya abang ben. Dalam team, mika adalah kesayangan abang ben. Seburuk mana pun mika buat dajal masa tengah mencari entiti, abang ben tetap okay dan dalam team x extreme ada beberapa orang ahli. Anuar, aku, wati, mizan, mika, izuwann dan beberapa orang lagi crew. Aku,anuar dan izuwann sebagai orang kanan kepada abang ben. Wati, mika mizan dan yang lain-lain sebagai crew team sahaja.
“Jangan lupa malam ni jumpa dekat tempat biasa pukul 8. Bagitahu yang lain sekali.” Ucap abang ben masa dia jumpa aku dengan anuar diofis.
Aku dengan anuar berpandangan lantas menganggukkan kepala dan tak lama tu abang ben terus berlalu meninggalkan aku dengan anuar. Setelah bayang abang ben hilang dari pandangan, anuar tiba-tiba bersuara.
“Ada port baik lah tu.”
“Mungkin. Okay lah weh, aku cau dulu. Kita jumpa malam nanti.” Ucap aku lantas meloloskan diri ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup.
Malam itu tepat pukul 8 malam, aku sampai ditempat yang telah dijanjikan. Masa tu hanya ada abang ben sahaja. Yang lain aku tak tahu. Aku terus duduk disebelah abang ben.
“Mana yang lain?” Tanya aku sambil memandang sekeliling.
“Diorang tak sampai lagi. Kau oder dulu j”
“Oraite” Ucap aku.
Aku terus ke kaunter untuk oder air. Oleh kerana perut aku minta di isi, jadi aku oder mee goreng mamak dengan sirap. Selesai oder aku terus ke meja abang ben. Belum sempat aku nak duduk, yang lain sampai.
“Okay, aku dah jumpa port baik punya. Korang semua nak join?” Tanya abang ben.
Kitaorang berpandangan sesama sendiri.
“Dekat mana?” Tanya wati.
Abang ben terus pandang aku lantas menghadiahkan senyuman sinis.
“Apa?” Tanya aku pulak.
“Kubur cina dekat pengkalan hulu.”
Aku yang tengah main telefon terus mengangkat muka memandang ke arah abang ben.
“Serius lah?”
“Ya. Aku serius!”
“Tapi sebelum tu aku nak pergi dekat satu tempat ni. Aku rasa kau tahu j dan kau pun pernah duduk kat situ suatu ketika dulu.”
Aku memandang abang ben. Dahi aku berkerut seribu.
“Mana?”
“Klinik dekat kampung orang asli yang kau join dengan pak jenus tu.”
Aku terdiam. Otak aku ligat memikirkan apa yang abang ben katakan.
“Aku tak ingat.”
“Yang dekat perak tu lah”
“Oo yang dekat kubur cina tu ke? Weh serius lah. Tak nak lah aku. Aku pernah dengar dan pernah terjadi dekat aku lah. So aku tak nak ambil risiko. Bahaya gila.”
“Kau kenapa?”
“Benda ni dah lama sangat dah. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Tapi benda yang aku tak akan lupa masa dekat jerat cina kat situ. Kat situ gila lah!”
“Apa yang terjadi?” Tanya abang ben
Belum sempat aku nak buka mulut untuk bercerita, makanan aku sampai. Uii sedapnya.
“Dulu aku ni jenis suka mengikut orang untuk buat rumah ke bangunan ke apa-apa yang seangkatan dengan nya. Kebetulan pulak masa tu aku free. So aku ikut pak jenus. Pak jenus ni kawan kepada pak budi. Budi pun ada jugak masa tu. Budi ni dia duduk dekat kL. Tapi bila pak jenus ajak budi untuk tolong dia, pak budi okay je. Tapi kena duduk dekat perak tu lah. Kebetulan pulak masa tu aku memang dah ada dekat perak. Kira ngam lah. Memang pendalaman sungguh kampung orang asli. Bayang kan eh, kiri kanan hutan. Rumah jauh sekali lah. Memang tak ada rumah. Kereta pulak, memang tak akan masuk simpang dekat kubur cina tu. Baik siang atau malam. Kalau macam orang excident mati kat area-area situ mau reput tulang temulang. Situ memang kurang sangat orang. Kejadian ni berlaku masa aku nak balik ke rumah. Silap aku jugak sebab aku lepak dekat rumah orang asli tu sampai nak gelap. Budi dah pesan, sebelum pukul 5 balik terus. Jangan lambat-lambat. Tapi tu lah degil kan. Melayan anak orang asli berborak apa semua, sekali aku tak jangka masa tu dah nak malam. Masa tu aku ingat lagi. Aku naik tzm warna biru putih hitam. Sebelum nak balik tu, motor aku tetiba buat hal. Tak nak hidup lah. Itu lah ini lah. Tapi alhamdulillah, selepas bapak-bapak orang asli tu tolong, motor aku hidup.”
“Diaorang tolong apa j? Serius ah orang asli pandai repair motor?”
Aku yang tengah menyuap makanan hampir tersedak. Cepat-cepat aku capai air dan sedut. Bila nafas aku kembali okay aku bersuara.
“Korang jangan duh pandang sebelah mata. Tak baik weh” Ucap aku.
“Yelah, apa yang diaorang tolong?” Tanya mizan
“Tolong tolak” Jawab aku lantas menyuap mee goreng ke dalam mulut.
“Bodoh lah kau j! Main-main pulak” Ucap mizan marah
Abang ben dan yang lain-lain tergelak dengan kenyataan yang aku berikan.
“Betul lah.” Ucap aku
“Banyak lah kau. Malas aku nak layan kau”
“Dah-dah. Okay sambung j.”
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.