BAB 29

1K 71 0
                                    

Kau sendiri dah tahu kes dekat sini. Lepas tu boleh pulak naik dekat tempat yang sememangnya orang takkan naik. Lepas tu boleh pulak melawak, mau kau tak fikir bukan-bukan. Betul tak aku cakap?"

"Betul. Kalau aku pun aku barai bila dah kena macam tu."

"Lepas tu?" Tanya fara.

"Amboi! Bagi aku minum air. Tekak aku dah kering dah ni."

Aku tersenyum melihat tingkah saiful. Dia ni jenis yang kelakar.

"Okay aku sambung. Masa aku tengah tunggu lif tu, tiba-tiba aku dengar macam suara budak menangis. Ya allah j. Suara budak menangis tu memang lain. Tak sama macam yang kita selalu dengar tu. Dia punya mendayu tu macam mintak gaduh tau. Aku dah ke tepi dinding dah masa tu. Bersandar dan mencari kekuatan. Bila lif dah terbuka, aku terus masuk dan cepat-cepat tekan butang lif. Masa dalam lif tu tiba-tiba aku dengar bunyi suara mengilai j. Aku dah macam ya allah! Apa dugaaan aku kali ni. Tapi kan nasib baik dia tak kacau aku dalam lif. Kalau dia kacau aku dalam lif, macam mana tu? So bila aku dah sampai bawah. Aku terus berlari sampai receptionist. Sampai je kak suha terus ucap syukur. Dia risau takut aku tak balik. Masa tengah menyembang tu tiba-tiba telefon berbunyi. Kak suha pandang aku, aku pandang jaren. Bertolak-tolak nak pergi angkat telefon tu. Tapi hujung-hujung aku jugak yang pergi angkat."

"Siapa yang call?" Tanya fara

"Hurmm. Orang yang aku hantar kan tu. Dia nak bantal"

"Bukan ke dia kena turun ke mintak sendiri?"

"Biasa lah. Customer kan."

Tengah aku menanti cerita dari saiful yang seterusnya, telefon milik saiful berbunyi. Tak lama kemudian saiful mintak diri.

"Eh fara, jom-jom. Aku ada kerja lagi ni."

"Weh gila! Cerita kau tak habis lagi ni!" Ucap aku.

"Ala j aku urgent ni nak kena pergi. Bila kau nak pergi amber court tu?"

"Lusa!"

"Okay macam ni, aku join. Nanti boleh aku cerita masa nak ke sana. Amacam?"

"Nak join jugak mei. Please!"

"Boleh lah. Jumpa lusa nanti." Ucap aku terus bangun dan berdiri. Aku saiful dan fara berjalan sampai dekat kereta. Bila kelibat kereta saiful hilang, aku terus meloloskan masuk ke dalam kereta dan terfikir. Fikiran aku melayang fikir pasal mikail.

"Hai! Entah lah" Ucap aku lantas menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.

Lusa hari yang aku nantikan bersama debaran di dalam hati. Hari itu aku dengan yang lain bertolak awal dari biasanya. Bila dah sampai sana tak ada lah lewat sangat. Tapi sebelum tu aku singgah untuk beli barang makanan. Tak tahu lah kenapa aku jadi lapar asyik nak makan je. Saiful pulak orang yang paling penting untuk aktiviti malam itu. Selesai beli makanan, aku dengan yang lain menuju ke amber court. Kitaorang sampai ke amber court pukul 6 petang. Aku memerhati setiap bangunan yang berada didepan mata aku. Mak aih! Menyeramkan. Aku memandang wati dan fara. Diaorang berdua senyap tak terkata. Tak lama tu fara bersuara.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now