Aku terus berpandangan dengan yang lain. 'Biar betul abang ben ni' Ucap aku dalam hati. Berderau darah aku dengar kenyataan abang ben tu.
Hari yang telah dijanjikan telah pun sampai. Malam sebelum tu, aku buat confirmation dengan abang ben. Mana tahu kot lah abang ben tukar fikiran saat akhir. Tapi tekaan aku meleset. Abang ben tetap nak teruskan jugak. Jadi aku pun keluarkan kamera di dalam dan masuk kat dalam beg. Segala persiapan untuk aktiviti paranormal semua itu aku dah sediakan. Siang itu seperti biasa, aku tak keluar mana-mana. Hanya duduk dirumah untuk mampatkan lagi energy aku. Aku call mak ayah aku mintak maaf apa semua. Mana lah tahu kan. Bak kata lagu rabbani, ‘PERGI TAK KEMBALI’ haa gittew.
Petang itu around 5pm aku dengan yang lain bertolak. Konvoi 3 kereta. Jantung aku berdebar-debar bila menyusuri highway.
“Rilek j! Fun-fun okay!” Ucap aku sendirian.
“Kau dah kenapa j?” Tanya wati.
Aku memandang wati sekilas disebelah.
“Tak ada apa pun.”
“Weh j, kalau kau rasa something, kau kasi tahu. Jangan diam, okay?
“Okay-okay” Ucap aku.
Sepanjang perjalanan nak ke destinasi, aku pasang surah dalam kereta. Sebabnya rasa tak best dalam hati aku ni makin menjadi-jadi. Aku dah tak ingat kitaorang sampai sana pukul berapa. Yang pasti malam. Tapi masa tu masih awal dan kitaorang check in hotel dekat bandar. Nasib abang ben booking awal hotel tu. Sampai saja kat hotel tu, aku terus pergi mandi dan solat. Selesai semuanya abang ben ajak jumpa dekat lobi hotel.
“Kita akan bertolak dalam pukul 1. Sekarang masih awal, ikut lah korang nak buat apa. Sharp pukul 1 dekat lobi.”
Aku hanya menganggukkan kepala. Tak ada apa yang aku perlu cakap sebab aku letih. Jadi aku mintak diri untuk masuk bilik. Masuk je bilik aku terus baring dekat atas katil.
“Ya allah! Bestnya” Ucap aku sendirian lantas menarik selimut sebab sejuk.
Aku guling guling guling, akhirnya aku terlelap. Aku terjaga sebab wati yang kejutkan aku. Aku mengerling jam dekat pengelangan tangan. Lagi 15 minit nak dekat pukul 1. Aku terus bangun pergi tandas. Selesai semuanya aku capai kamera dan on.
“Tunggu aku, aku nak ke tandas” Ucap wati tiba-tiba.
Aku memandang wati.
“Oraite! Cepat sikit cuk”
Aku terus duduk dekat bucu katil sambil cek kamera. Tiba-tiba.
Ganggg!
“Dah siap?”
Aku terus angkat muka. Tak lama tu dahi aku berkerut. Muka wati terjojol dekat pintu.
“Bila masa kau kat situ? Tadi cakap nak ke tandas?”
“Bila masa aku cakap aku nak pergi tandas?”
“Tadi” Ucap aku lantas aku melangkah ke tandas.
Erk!
“Gelap?” Tanya aku sendirian.
“Kau kenapa j? Apa yang kau tengok?” Tanya wati dekat sebelah kanan aku.
Aku pandang wati. Wati pulak pandang aku.
“Apa?” Tanya wati
“Tadi kau dekat mana?” Tanya aku
“Aku tadi dengan yang lain pergi makan, ni ha izuwann beli dan suruh kasi dekat kau. Kenapa j?” Tanya wati lantas meletakkan bungkusan makanan dekat atas katil.
Aku terdiam. Habis kalau depan aku ni wati, siapa yang kejutkan aku tadi?
“Kau asal j?”
“Tak ada apa. Jom lah” Ucap aku lantas mengambil makanan tersebut dan melangkah keluar dari bilik. Otak aku ligat memikirkan apa yang terjadi. 'sokey j'

YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
رعبHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.