“Dik! Dik!” Panggil aku
Tapi budak dalam mimpi aku tu tak menyahut. Aku pun sentuh lah bahu kanan dia dari belakang. Bila tangan aku mendarat je kat bahu kanan dia, dia pusing kebelakang. Muka dia ya allah! Buruk yang teramat sangat dan dia pandang aku dengan pandangan yang amat marah sekali. Lepas tu tangan dia sentuh tangan kanan aku membuatkan aku menjerit lantas aku tersedar dari mimpi. Aku cepat-cepat bangun dan buka lampu. Tak ada apa-apa. Beristigfar aku masa tu.
“Astaghfirullahalazim” Ucap aku lantas duduk dekat atas tilam.
Aku mengerling jam dekat pengelangan tangan. Dah nak subuh. Aku cepat-cepat mandi dan tunggu waktu subuh. Tak lama tu aku dengar lampu dipetik dan menyala dekat dapur. Lepas solat subuh, mak lela siapkan sarapan. Aku pulak menuju ke pintu dapur dan termenung memikirkan mimpi tu.
“Tak elok anak dara termenung pagi-pagi. Nanti rezeki lari” Ucap mak lela.
Aku berpaling ke arah mak lela dan aku melangkah ke dapur dan duduk dekat kerusi. Tak lama tu kak na datang.
“Kenapa muka kamu pucat?” Tanya kak na.
“Tu lah tu. Mak lela baru nak tanya. Kenapa?”
“Saya ada mimpi” Ucap aku sambil memandang muka mak lela dan kak na.
Mak lela berpandangan dengan kak na lantas diorang mengambil tempat dekat depan aku. Macam sesuatu sangat.
“Kamu mimpi apa?” Tanya kak na
“Saya mimpi. Dalam mimpi tu saya tidur dan saya terjaga. Dekat kaki saya ada seorang budak. Saya pegang bahu dia dan dia berpusing mengadap saya dan muka dia macam marah. Kenapa eh?”
Mak lela dan kak na terdiam.
“Ada apa-apa ke yang tak kena dalam rumah ni?” Tanya aku.
“Mungkin benda tu marah kamu kot duduk sini” Ucap kak na tiba-tiba.
Aku memandang kak na. Dahi aku berkerut.
“Benda? Benda apa?”
“Benda yang ada dalam rumah ni. Dah lama dah.” Ucap kak na. “Dan mungkin jugak dia tak suka dekat kamu sebab kamu kan baru balik dari pondok.”
Aku terdiam. Aku bangun dan melangkah keluar dari rumah dan duduk dekat kerusi batu yang terletak ditepi pagar. So start dari situ lah aku berpindah dan duduk di flat taman lensen. (Ada dalam wattpad cerita flat tu). Aku memang tak boleh duduk kat bangsar. Kalau aku nak tidur kat bangsar, aku akan tidur dekat beranda luar.
“J!” Panggil abang ben
Aku berpaling sekilas memandang abang ben. Semua kenangan dulu hilang kena sergah dek abang ben. Aku mengubah posisi duduk.
“Mana fara dengan wati?” Tanya aku.
“Aku suruh diorang tolong mak lela masak.” Ucap abang ben.

YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.