Ketakk!
Aku berpaling memandang lampu oren yang menyala di sebelah aku. Abang ben dan mizan turut berpaling sama. Tak lama tu aku dengar macam bunyi ribut dekat dalam rumah berselang seli dengan suara orang mengamuk tak lama tu dengar suara orang menangis.
“Apa kita nak buat ni?” Tanya mizan
“Ben!!!!!!”
Ada orang menjerit memanggil nama abang ben. Tak lama tu.
Ketakk!
Lampu oren disebelah aku dah tak menyala. Aku berpandangan dengan abang ben dan kitaorang cepat-cepat berlari di bahagian depan rumah. Sampai saja di bahagian depan, anuar izuwann dan wati berlari mendapatkan kitaorang.
“Mika! Mika!” Ucap anuar.
“Mizan! Masuk ke dalam cepat!”
Suasana menjadi kelam kabut sedikit. Tak lama tu aku dengan yang lain terdengar bunyi suara orang menjerit berselang seli dengan suara orang mengamuk.
“J! Kita kena masuk ke dalam.” Ucap abang ben.
Kalau ikutkan hati aku yang panas, aku nak biarkan je mikail. Tapi aku masih ada rasa tanggungjawab. Aku terus melangkah ke pintu utama. Belum sempat aku nak pulas tombol pintu, pintu terbuka dari dalam dengan kuat. Dan dengan sepantas kilat satu kelibat melulu keluar dan merempuh aku yang berdekatan dengan pintu masuk.
“Tahan mikail!!” Jerit mizan dari dalam rumah
Aku terus kejar mikail bersama dengan yang lain. Belum sempat apa-apa, mikail terdiam dekat tengah-tengah laman. Badan dia seolah merengkok ke depan. Aku terus memperlahankan larian diikuti oleh yang lain. Tak lama tu mikail berpusing kebelakang. Lampu torchlight aku yang menyuluh ke arah mikail nampak darah keluar dari bibir. Aku cepat-cepat melangkah. Sampai saja terbuntang biji mata aku. Besi yang aku ubah masa nak masuk tadi tu tertusuk dekat dada mikail.
“Abang ben!!!" Jerit aku kuat.
Abang ben terus mendapatkan aku. Dia berdiri tegak memandang mikail yang berada disebelah aku. Terkaku. Terkelu lidah. Aku hampir-hampir nak terjelupuk tapi sempat di sambut oleh izuwann dan wati. Dan akhirnya aku terduduk jugak di tanah. Wati peluk aku dan dia menangis.
“J, mikail j!” Ucap wati dalam nada yang perlahan sambil menangis.
Anuar dan izuwann menarik mikail dari besi tersebut dan baringkan dia sebelah aku. Darah tersembur-sembur keluar dari mulut mikail. Anuar cepat-cepat lari dari situ dan menuju ke rumah aku.
“J” Panggil mikail perlahan.
Aku berpaling ke arah mikail. Aku buang ego dan aku leraikan pelukan wati. aku terus dapatkan mikail. Kepalanya aku ribakan dan dada yang keluar darah tu aku tekan supaya darah tak keluar banyak. Mikail terbatuk-batuk.
“J”
“Shhh. Shh. Jangan cakap jangan cakap.” Ucap aku perlahan sambil aku membelai rambut mikail.

YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.