BAB 33

965 76 0
                                    

Aku yang tengah bersandar kat dinding sambil belek-belek kamera memandang abang ben sekilas.

"Korang semua macam mana?" Tanya abang ben lagi.

"Ben kitaorang okay je. Betul jugak tu. Lama sangat ni. Dari petang tadi lagi diaorang keluar tak balik-balik." Ucap anuar.

"J"?

"Hmm"

"Macam mana?"

Aku mengubah posisi duduk dan memandang abang ben.

"Aku okay je abang ben. Tak ada hal."

"Habis ni jadi tak nak cari entiti?" Tanya wati.

"Itu lah tu. Macam mana guys?" Tanya abang ben.

"Okay macam ni. Apa kata kita cari diorang dulu. Lepas itu baru kita cari entiti. Amacam? So yang lain-lain macam wati fara tinggal sini dulu. Okay tak?" Tanya izuwann.

"Haa yang ni aku setuju." Ucap abang ben.

"Aku ikut je mana-mana. Tanpa bantahan." Ucap aku setuju

"Eh kejap! Takkan aku dengan fara kot. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Tanya wati

"Kassim, elias dan joe boleh teman tak?" Tanya abang ben.

"Aku better ikut korang lah." Ucap joe dan diangguk oleh elias.

"Pulak. Takkan aku sorang kot?" Tanya kassim.

"Tak ape lah. Kau kan nak jadi hero kepada wati. Ini lah masanya." Ucap aku spontan.

"Bodoh lah kau j!" Marah kassim lantas baling kusyen kecik ke arah aku. Yang lain dah ketawa. Wati pulak tersipu-sipu malu.

"Okay kalau dah setuju makanya settle dah kan bab ni. So jangan buat masa. Kita gerak lah sekarang. J kau tahu kan apa nak buat?" Tanya abang ben.

Aku hanya menganggukkan kepala lantas melangkah masuk ke dalam bilik. Aku capai porch bag dan keluarkan botol air batu delima. Aku keluar semula bersama botol di tangan, jaket jeans dan plastik putih.

"Korang tunggu aku kat luar." Pinta aku lantas menutup pintu.

"Asal j?" Tanya kassim.

Aku tak menjawab bertanyaan kassim malah aku menuju ke singki. Lubang singki aku sumbat dengan penutup singki dan jaket jeans aku, aku masukkan ke dalam singki tersebut. Aku buka pili air bagi penuh air dan aku tuang air batu delima sambil aku selawat 3 kali. Bila selesai aku keluarkan jaket jeans aku tu tanpa perah dan aku mula kan memagar sambil aku ruqyah terlebih dahulu. Mereka bertiga hanya memerhati apa yang aku buat. Selesai semuanya aku melangkah ke arah wati, fara dan kassim.

"Jangan sesekali keluar dari sini malah balcony sekali pun. Dan kalau rasa nak terkencing apa semua, jangan guna tandas dalam bilik. Guna je tandas kat luar. Jangan sesekali masuk ke dalam bilik. Duduk je kat ruang tamu. Makanan aku dah letak kat dapur. Pepandai lah korang. Dan lagi satu, kalau air kat lantai mulai kering, sini kassim" Ucap aku lantas menuju ke dapur diikuti oleh wati dan fara. "Penutup singki ni jangan sesekali korang buka. Biar je jaket ni berendam dalam ni. Dan kalau air kat lantai ni kering, jangan tunggu kering betul-betul baru nak buat. Kalau nampak macam nak kering tu, amik jaket aku ni dan pagar kan balik mulai dari pintu masuk ni dan akhirnya dari pintu masuk ni jugak sambil ruqyah. Ingat pesan aku. focus on the situation. Jangan nak galak sangat. Satu lagi, kalau bunyi apa-apa ataupun ketukan di pintu, jangan sesekali buka. Biarkan je. Nah ni telefon aku. Dalam ni penuh dengan surah. Pasang je okay dan jangan sesekali padam lampu. Langsir kat balcony jangan sesekali korang buka. Ingat tak apa yang aku pesan?" Tanya aku sambil memandang wati fara dan kassim.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now