Aku yakin yang itu manusia. Ruangan dalam bilik tu besar. Jadi puas jugak lah aku berpusing dalam tu. Dengan penuh rak-rak lagi, sampai lah ke ruangan yang ke dua, kelibat seseorang tu betul-betul berdiri didepan aku. Mukanya aku tak nampak sebab dia tunduk. Aku melangkah ke depan. Belum sempat aku nak suluh muka dia, dia angkat kepala memandang ke arah aku. Gulp!
"Mikail?" Ucap aku perlahan.
Wajahnya terus berubah menjadi buruk yang teramat buruk dan mikail terus menolak aku. Disebabkan tolakkan itu, aku terus kebelakang.
"Mikail!! Aku ni!!" Jerit aku memegang tangan mikail.
"Hurmm!! Hurm!!"
"Allah!! Sakit ya allah!!" Jerit aku
Cengkaman tangan mikail dekat leher aku makin kuat.
"J!" Jerit seseorang.
Oleh kerana jeritan seseorang itu, mikail melepaskan tangannya dekat leher aku. Aku terduduk dekat tepi rak dan mikail sembunyi dekat rak di sebelah kiri aku.
"Uhuk! Uhuk!"
"Kau okay j?" Tanya izuwann.
"Mika!" Ucap aku lantas tunjuk dekat sebelah rak.
"Mika?"
"Haah!"
Izuwann terus bangun dan menuju ke rak tersebut. Tetapi sayangnya mikail tak ada. Tak lama tu aku nampak abang ben, anuar, joe, elias masuk ke dalam bilik tersebut dan menuju ke arah aku.
"Kau okay j?" Tanya abang ben.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Mika kena rasuk abang ben" Ucap aku.
"Ha?"
"Mika yang buat aku macam ni. Tapi..."
Yang lain memandang aku dengan pandangan yang pelik. Aku terus bangun berdiri.
"Tapi apa?" Tanya izuwann.
Aku berpaling sekilas ke arah izuwann.
"Tak ada apa!" Ucap aku.
"Serius lah tak ada apa j?" Ucap izuwann.
"Ye tak ada apa-apa. Cuma aku pelik tengok muka mika yang buruk."
Semua orang terdiam bila aku cakap macam gitu. Tak lama tu abang ben berdengus.
"Aku dah agak dah!" Ucap abang ben lantas membaling sesuatu membuatkan bunyi berdeting yang cukup kuat. Bergema satu bilik tu. "Kita kena berpecah untuk cari mizan dengan saiful. Tak boleh macam ni." Ucap abang ben.
Aku abang ben dan izuwann. Mana kala, anuar elias dan joe keluar dari bilik tersebut dan menuju ke arah lif. Di dalam bilik itu ada lagi 1 bilik yang membuatkan aku abang ben dan izuwann nak masuk. instinct aku kuat mengatakan ada orang di dalam bilik tersebut. Bilik tu memang gelap yang teramat sangat. Aku memegang lengan baju izuwann sebab aku tak nampak apa walaupun torclight terang dikepala. Abang ben pulak berada di depan aku. Tengah dok mencari-cari tu tiba-tiba ada satu kelibat menyerang abang ben dari arah depan. Oleh disebabkan itu, abang ben yang berbadan sedikit besar terlentang. Aku dengan izuwann terpelanting dekat tepi.
"Auch! Sakitnya" Ucap aku mengaduh. Double aku kena malam itu.
Izuwann terus memaut lengan aku sambil kepalanya berpaling ke arah abang ben. Aku pun buat benda yang sama.
"Cepat-cepat" Ucap izuwann.
Aku dan izuwann terus berlari ke arah abang ben.
"Arghh!!" Jerit abang ben
"J j! Kita tarik ke belakang." Pinta izuwann.
Tanpa membuat masa, aku dengan izuwann menarik mika kebelakang. Masa aku tengah pegang lengan mika, tiba-tiba tapak tangan aku macam di bakar-bakar. Aku tak tahu sebab apa. Dan disebabkan itu tangan aku terlepas dari lengan mika dan mika lagi kuat mencekik leher abang ben.
"Hurmm!! Hurmm!!"
"Izz pegang kepala mika." Jerit aku lantas mengeluarkan botol air delima didalam beg.
Izz mengikut apa yang aku katakan. Dia memegang keras kepala mika lantas didongakkan.
"Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum..
La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi.. Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.