“Wati abang ben wati.”
Abang ben berkerut dahi.
“Kenapa dengan wati?” Tanya abang ben lantas mencapai baju dan sarung ke badan.
“Aku tak tahu benda apa. Tapi wati terkunci dari dalam bilik air. Aku dah cuba buka, tapi tak boleh.”
“Serius lah?”
“Ye! Cepat lah” Ucap aku lantas melangkah keluar dari bilik abang ben. Abang ben ikut aku dari belakang.
Sampai saja dibilik aku, keadaan jadi senyap sunyi. Aku terus melangkah ke tandas.
“Wati! Wati” Panggil aku.
Panggilan aku tak disahut oleh wati. Aku memandang abang ben dekat sebelah.
“Mana wati?” Tanya abang ben.
“Tadi dia ada dalam tandas ni. Tapi. Cer abang ben pecahkan pintu ni.” Pinta aku.
“Haa okay-okay kau ke tepi sikit”
Aku terus mengundur kebelakang. Dengan sekali tendang, pintu dah berkuak. Aku terus masuk ke dalam bilik air. Ditepi sudut hujung dalam bilik air, aku melihat wati tengah duduk bercangkung sambil mukanya disembam dekat lutut. Aku melangkah perlahan menunju ke arah wati sambil namanya aku panggil.
“Wati!” Panggil aku dengan nada perlahan.
Tanpa berkutik. Wati masih dalam keadaan macam gitu.
“Wati! Kau buat apa tu?” Tanya abang ben.
Wati mengangkat muka dan dia terus menegakkan badannya. Muka wati pucat
“Ini tempat aku!!!” Jerit wati kuat.
Aku mengundur setapak kebelakang. Aku pandang ke kanan.
“Abang ben baca baca sesuatu abang ben” Ucap aku perlahan
Tanpa berlengah, abang ben terus baca beberapa surah dekat pintu bilik air. Wati kembali duduk seperti mula-mula aku masuk ke dalam bilik air. Tak lama tu wati mengangkat mukanya dengan perlahan. Dia memandang tepat ke arah aku. Dia seperti blur.
“Kau okay wati?” Tanya aku perlahan sambil aku sua tangan ke arah wati.
Tak lama tu tiba-tiba wati terus dapatkan aku. Tubuh aku dia peluk ketat.
“J! J aku takut j”
“Okay-okay aku ada. Jangan takut.” Ucap aku perlahan sambil memandang sekeliling.
Aku terus bawa wati keluar dari bilik air. Baru setapak aku keluar dari bilik air, tiba-tiba..
Kedeganggg!!!
Aku wati dan abang ben berpaling kebelakang dan kitaorang berpandangan sesama sendiri.
“J, wati! Kemaskan barang dan kita balik hari ni jugak!” Ucap abang ben lantang dan dia berlari keluar.
Aku dan wati cepat-cepat kemaskan barang. Aku capai kamera yang terletak dekat meja tepi tingkap dan aku capai semua yang ada dan masuk dalam beg.
“Aku dah siap” Ucap wati tiba-tiba.
Aku memandang wati lantas menganggukkan kepala
“Cepat-cepat!” Ucap aku.
Alu dengan wati terus keluar dari bilik tersebut dan berlari ke lif. Aku memandangan wati dekat sebelah dalam masa yang sama, wati turut memandang ke arah aku. Tak lama tu
Ting!
Aku mendongak memandang lif. Pintu lif terbuka. Aku dan wati terus masuk ke dalam perut lif.
“Kau okay j?” Tanya wati sambil menekan butang dalam lif.
Aku tak pasti sama ada aku okay atau tak masa tu.
“Aku okay. Jangan risau” Ucap aku melangkah keluar dari perut lif dan aku berjalan menuju ke lobi. “Kau tu okay tak?” Tanya aku berpaling ke kiri.
Wati hanya diam dekat sebelah aku. Mukanya agak keruh.
“Aku cuma takut dengan kejadian tadi” Ucap wati tiba-tiba
“Tak apa lah. Benda dah nak jadi kan.”
Wati hanya menganggukkan kepala tanda faham apa yang aku katakan. Tak lama selepas itu, aku perasan abang ben dan yang lain-lain keluar dari lif yang sama. Tanpa membuang masa, kitaorang gerak dari situ dengan seribu pertanyaan.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.