“Macam mana j?” Tanya abang ben.
“Kita masuk dekat depan. Tepi rumah tu ada gaung. Risau jugak aku. Mana tahu kot ada ular kat tepi tu.” Ucap aku melangkah ke depan.
Masa aku tengah jalan ke depan, tiba-tiba tu abang ben terus tarik bahagian baju aku dari belakang. Oleh sebab itu, aku berhenti melangkah. Aku berpaling kebelakang.
“Aku rasa tak sedap hati lah j”
“Kenapa pulak?” Tanya aku pelik
“Entah lah. Makin nak dekat makin tak sedap hati.”
“Aku dah cakap! Korang semua degil. Semua nak ikut kepala gila si mikail tu.”
“Tu lah tu. Kita patah balik lah j. Kau okay tak?”
Aku memandang abang ben
“Aku? Aku seribu kali okay lah abang ben. Aku memang tak ada mood dah nak cari entiti ni kalau si mikail ada. Semak perut.!”
“Kalau macam itu kita pujuk dia supaya tak payah nak teruskan”
Belum sempat aku nak buka mulut, mikail jerit dari jauh.
“Oi penakut! Kalau tak nak join, pergi balik tidur lah! Tak payah nak makan masa orang lain”
“Woi! Elok sikit bahasa kau mikail. Aku perhati je kau dari tadi. Apa masalah kau eh?” Tanya izuwann tiba-tiba
“Tak yang kau nak backup si penakut ni kenapa?” Tanya mikail. “Ke kau suka dekat dia ha?” Tanya mikail lagi lantas melangkah ke arah izuwann.
Anuar yang jadi pemerhati terus sabar kan mikail.
“Masalahnya mulut kau tak cantik bro! Dia penakut? Kalau dia penakut, dia tak cari kau seorang diri. Sekarang kitaorang dah ada kat sini apa yang kau tak puas hati?” Tanya izuwann. Izuwann terus meletakkan tripod dan kamera dekat atas rumput.
“Ah!! Lantak korang lah! Baik aku masuk sendiri!” Ucap mikail terus melangkah ke arah rumah tersebut
Aku dengan yang lain turut ikut dari belakang. Aku mengagau slak pintu pagar. Tak berkunci? Aku terus masuk ke dalam pagar tersebut, besi-besi yang berselerak dekat laman aku ubah dan letak dekat sebelah. Senang sikit nak jalan. Tak ada lah terpijak apa semua. ‘Ini kalau kena ni mau meninggal’ Ucap aku dalam hati.
“Mizan! Pergi ikut mikail!” Arah abang ben setelah melihat mikail masuk ke dalam rumah tersebut
Mizan tanpa banyak cakap terus meninggalkan aku dengan yang lain. Setelah kelibat mikail hilang, aku dan abang ben ke belakang rumah untuk pacak tripod dan setting kamera. Jam dekat pengelangan menunjukkan pukul 12.20 pagi. Aku menarik nafas. Segala rasa bersarang dalam hati. Selesai pacak, aku lepak dengan abang ben sambil hisap rokok. Dalam 12.45, tiba-tiba suasana menjadi lain. Angin entah datang dari mana. Aku mendongak pandang ke atas.
“Kau kenapa j?” Tanya abang ben
Aku terus suluh lengan aku dengan torchlight.
“Bulu roma aku tegak tiba-tiba ni abang ben.”
“Kenapa j? Ada apa-apa yang tak kena ke?”
“Aku tak tahu.” Ucap aku resah.
Aku terus bangun berdiri. Angin pada mulanya perlahan, tak lama tu bertukar menjadi kuat. Tiba-tiba.
“Ben!! Ben!!”
Aku dengan abang ben berpaling dan tak lama tu aku berpandangan sesama sendiri dengan abang ben.
“Aku tak jumpa mikail”
“Apa?” Tanya abang ben.
“J! Kita kena masuk ke dalam ni”
Belum sempat aku nak menganggukkan kepala tiba-tiba.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
KorkuHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.