Anuar terus mengeluarkan telefon bimbit dan serahkan dekat aku. Dahi aku berkerut selepas membaca mesej abang ben.
“Asal jadi macam ni?” Tanya aku.
“Haa izz ni turn kau. Kau selesaikan lah. Aku seram dengan dia ni kang tak pasal jadi Incredible hulk pulak kalau aku cerita.”
Izuwann dekat sebelah tergelak dengan apa yang anuar cakapkan. Aku memandang anuar kecik besar kecik besar je lah.
“Kenapa?” Tanya aku.
“Sabar jap. Bagi aku minum air.” Ucap izuwann lantas meneguk kopi panas. “Okay macam ni, kan ben pernah cakap, kalau mikail buat hal, dia nak bubarkan team x extreme ni.”
Aku memandang izuwann dekat sebelah.
“Bila masa? Aku tak tahu pun”
“Mana kau nak tahu. Tiba-tiba hilang. Kau ada masalah ke j?” Tanya anuar.
Aku memandang anuar bersilih ganti dengan izuwann.
“Tak ada lah. Kenapa?” Tanya aku
“Hmm. Muka tu. Nampak macam ada masalah.”
Aku nak tergelak tengok anuar yang berada di depan aku. Dah macam nujum pak belalang. Belum sempat aku nak buka mulut, aku terpandang ke bahagian makanan. Aku perasan ain tengah bercakap dengan kak na sambil pandang ke arah aku. Tak lama kemudian kak na datang ke arah aku.
“Anna, kak na nak jumpa sekejap boleh?”
Aku memandang kak na dengan pandangan yang pelik.
“Bila?” Tanya aku
“Kalau sekarang boleh?”
Aku memandang izuwann dan anuar yang tengah makan.
“Boleh je.” Ucap aku lantas bangun dari kerusi dan ikut kak na sampai dekat bahagian lif.
“Kenapa kak na?” Tanya aku
“Boleh tak kalau anna tolong berubatkan kawan along?” Tanya kak na.
Aku memandang kak na di depan. Terasa sakit hati tiba-tiba. Selalunya orang akan cakap rumah ku syurga ku. Tapi bagi aku rumah dekat bangsar tu rumah ku neraka ku. Anjir!
“Pak budi dah tahu?”
Kak na pantas menggelengkan kepala. Aku mengeluh perlahan.
“Tak boleh macam ni kak na, pak budi kena tahu. Sebab benda yang dalam rumah tu kacau kawan along. Yang boleh berubat adalah pak budi.”
“Tak boleh iktihar cara lain ke selain pak budi?”
“Sepatutnya soalan tu saya yang tanya kak na. Bukan kak na tanya saya. Kak na dan along tak nak mintak tolong pak budi. Tapi lambat laun pak budi tahu jugak sebab benda tu benda dalam rumah tu.”
Kak na terdiam. Tak lama tu kak na bersuara.
“Anna tak boleh tolong?” Tanya kak na lagi
Aku mengeluh kuat. Aku terus berjalan sampai bahagian tangga. Kotak rokok aku keluarkan dan aku pasang. Suka hati bapak tiri laki mak aku je isap rokok kat tempat kerja. Kalau kantoi masak gulai aku. 😆 kak na ikut aku dari belakang. Asap rokok aku tarik perlahan. Aku memandang kak na dekat sebelah lantas aku mengeluh.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
TerrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.