Tengah aku berfikir tu tak lama tu aku perasan cahaya lampu kereta. Aku terus keluar dari kereta dan melangkah kedepan. Tangan aku silang dan aku bersandar dekat kereta. Tak lama tu abang ben dan lain-lain terus keluar dari kereta menuju ke arah aku.
“Kau okay?” Tanya abang ben
“Aku okay je. Nah!” Ucap aku lantas menyerahkan kamera dekat abang ben.
Kamera bertukar tangan. Tak lama tu abang ben menyerahkan kamera dekat adha. Adha terus tekan punat play. Segala rakaman di dalam kamera itu adha tengok. Sesekali dia pandang ke arah aku.
“Amacam adha?” Tanya aku
Adha tak menjawab pertanyaan aku. Dia menyerahkan kembali kamera dekat abang ben dan abang ben menyerahkan dekat aku.
“Aku gerak dulu ben” Ucap adha tiba-tiba lantas melangkah.
Aku yang tengah bersandar terus menegakkan badan.
“Takkan nak gerak dah adha. Ni aku ada satu permintaan.” Ucap aku.
Langkah kaki adha terhenti.
“J” Panggil abang ben.
Aku memandang abang ben sekilas lantas aku berpaling ke arah adha semula.
“Aku nak cabar budak-budak kau boleh?” Tanya aku
“Untuk apa j?” Tanya adha.
“Oo untuk apa jugak frinkey cabar aku dan aku pun dah sahut. Jadi dekat sini aku nak cabar budak-budak kau.” Ucap aku lantas berdiri di tengah-tengah antara puteri dan khairul.
“Diaorang tak macam kau j.” Ucap adha perlahan
“So?”
“So aku rasa tak perlu lah.”
“Tapi aku nak jugak. Okay lah tu sama-sama rasa kan?”
“J adoi hai. Okay lah kau nak cabar siapa?” Tanya adha mengalah.
Aku meletakkan kedua tangan aku diatas bahu puteri dan khairul lantas aku memandang kedua-duanya sekali sambil tersenyum. Tak lama kemudian aku memandang adha didepan aku.
“Bila tu aku akan fikirkan nanti. Cabar tetap cabar. Aku nak cabar puteri dengan khairul. Set?” Ucap aku lantas menyuakan tangan didepan adha.
Lambat-lambat adha menyambut tangan aku. Lepas tangan dah berjabat, aku berpaling ke arah puteri dan khairul.
“Jangan cuba nak larikan diri” Ucap aku melepaskan tangan adha lantas meninggalkan mereka disitu.
Aku terus gerak bersama abang ben anuar dan izuwann. Masa aku tengah memandu kereta, aku tak tahu kenapa aku rasa puas bila berkata macam itu dekat adha. Mungkin lah. Mungkin dendam akan terbalas. Sampai rumah, aku terus mandi dan solat. Masa aku tengah solat tu. Aku dapat rasa macam ada hembusan di area sebelah kanan aku. Tapi tak mengapa lah. Mungkin dia sekadar nak bergurau. Selesai solat aku terus terlelap. Ada lah berlaku benda yang kecik-kecik di dalam rumah selepas aku balik dari highland tower. Salah satunya ialah, dia menjelma saat aku layan tv. Selepas 3 hari. Aku layan tv. Memandangkan malam itu aku tak pergi kemana-mana. Aku sekejap-sekejap tukar siaran tv. Masa tengah tukar-tukar tu aku perasan sesuatu di dalam tv bila tv tu bertukar jadi hitam. Aku dah perasan pada mulanya tetapi aku buat tak tahu. Ye lah malas nak ambil tahu. Aku terus capai telefon dan letak remote kat atas meja yang berada di depan aku. Tengah aku belek-belek facebook. Tiba-tiba tv yang aku pasang terpadam. Aku memandang tv seketika. Masa ni aku macam blur sekejap. Aku terus capai remote tv dan tekan. Tapi tak menyala. Aku terus melangkah ke tv dan duduk bercangkung depan-depan tv. Tengah belek tv dan otak tengah berfikir kenapa boleh terpadam sekali aku terpandang kaca tv. Aku perasan seseorang didalam tv. Benda tu pandang ke arah aku. Aku cepat-cepat berpaling ke belakang. Benda tu hilang dan aku pandang tv semula. Benda tu tak ada.
“Haih. Main-main betul lah” Ucap aku seraya tutup sliding door.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
TerrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.