Tengah aku borak-borak dengan wati sambil aku tunjuk gambar yang aku ambil, tiba-tiba mika berlari ke arah kitaorang aku dan wati. Ditangannya pegang kamera.
“Weh tengok ni.”
Aku yang tengah belek kamera terus memandang kamera mikail. Dahi aku berkerut.
“Eh sini jap” Ucap aku.
Kamera bertukar tangan. Aku menilik gambar yang mika ambil. Sekali imbas macam manusia. Tetapi agak bergoyan.
"Asal?" Tanya abang ben tiba-tiba
"Tak tahu mika" Balas wati
Abang ben langsung berdiri disebelah aku.
“Masa kau ambil gambar ni mika, Kau ambil dalam keadaan bergoyang ke?” Tanya aku.
“Eh tak. Masa ni aku tengah duduk dan aku tak sengaja tangkap.” Ucap mikail.
Aku terdiam. Kamera aku serahkan dekat mika semula.
“Dekat mana kau ambil gambar ni?” Tanya aku
“Situ!” Tunjuk mika
Aku memandang ke arah yang ditunjukkan oleh mika. Aku melangkah setapak ke depan lantas aku berdiri ditepi jalan.
“Sini ke?” Tanya aku
“Haah”
Aku terdiam. Otak aku tengah recall benda yang lepas-lepas yang pernah terjadi dekat aku. Aku memandang izuwann. Tak lama yang lain datang ke arah aku dengan seribu pertanyaan. abang ben tiba-tiba bersuara.
“Kenapa j?”
“Dekat sini lah motor aku mati” Ucap aku “Mika sini kamera kau”
Mika terus serahkan kameranya dekat aku dan aku membuat gaya macam nak tangkap gambar. Yes! Memang betul. Dekat situ.
“Bermakna benda tu ada kat sekitar sini? Tanya abang ben.
"Mungkin." Jawab aku.
“Serius lah j?” Ucap anuar.
“Yerp! Kau tengok gambar yang mika ambil. Ni cahaya dari kubur cina. Belakang ni gelap. Kalau kau tak percaya kau berdiri dekat tempat yang aku berdiri ni.” Ucap aku lantas melangkah ketepi.
Anuar terus berdiri ditempat yang aku berdiri. Tak lama tu anuar pandang aku.
“Betul tak?”
Anuar lantas menganggukkan kepala. Kamera diserahkan dekat aku semula.
“Tempat yang kau berdiri tu tempat motor aku rosak then aku turun dari motor aku berjalan berjalan berjalan dan berjalan sampai sini dan aku berhenti disini.” Ucap aku lantas aku berpusing ke arah mereka.
“Jauh jugak tu j” Ucap izuwann tiba-tiba
“Itu lah pasalnya. Tapi benda tu makin lama makin mendekat dan mengecil. So itu je lah.” Ucap aku sambil meleraikan rambut sebab nak ikat.
Tengah ikat rambut, aku pandang ke kiri, tiba-tiba..
“J!! Sini!” Jerit abang ben
Aku tak terus pergi dekat abang ben. Tetapi aku pusing kebelakang. Masa ni lah aku tercengang. Terpaku. Terkejut semua ter ter dan ter. Aku berdiri tegak memandang benda yang berada didepan aku.
Tingggg!!!............
Aku tersedar. Aku berpaling ke kiri Wati tengah tidur dekat sebelah aku. Aku berpaling kebelakang. Ada izuwann. Tetapi kenapa muka izuwann penuh dengan luka? Otak aku masih lagi tak boleh nak proses apa yang dah terjadi. aku terus keluar dari kereta. Masa aku nak keluar tu aku perasan kasut aku berselut dan seluar jeans biru yang aku pakai berlumpur. Apa dah jadi? Aku memandang kanan. Abang ben, anuar dan crew-crew yang lain masih lagi duduk dekat tepi jalan sambil berborak dan isap rokok. Mizan terus mendapatkan aku.
“Kau okay j?” Tanya mizan
Aku memandang mizan.
“Maksud kau?” Tanya aku lantas berhenti melangkah.
“Kau kena rasuk semalam.” Ucap izuwann tiba-tiba.
Aku paling ke kiri. Izuwann melangkah ke arah aku. Tepat aku memandang ke arah izuwann.
“Serius?” Tanya aku
“Iye. Tak percaya tanya abang ben.” Ucap izuwann.
Aku terus mendapatkan abang ben.
“Apa yang dah jadi dekat aku abang ben?”
Putung rokok yang terakhir dekat mulut abang ben di buang ke dalam hutan. Asap dilepaskan dekat udara.
“Pertama kali dalam sejarah pencarian entiti bersama dengan kau, kau kena rasuk j. Aku cannot brain j” Ucap abang ben
Abang ben memandang ke arah aku dan aku pandang abang ben. Abang ben dekatkan muka dia ke aku.
“Kau uzur ke?” Tanya abang ben separa berbisik.
Aku berkerut dahi. Pelik dengan soalan abang ben.
“Tak. Aku tak uzur pun. Kenapa?”
“Aku tanya macam ni sebab kau tak pernah kena rasuk j. Tu yang aku pelik. Dah lah jom balik. Nanti kita cerita lain. Tapi tu lah. Kesian dekan izz kena cakar dengan kau. HAHA”
Aku pandang izuwann dekat sebelah. Muka dia banyak luka. Aku buat muka bersalah.
“Sorry izz!”
“Sokey.” Ucap izuwann.
Aku dengan yang lain terus gerak dari situ. Masa itu dah cerah dah around 7pagi. Sampai dihotel aku terus masuk bilik air. Masa aku buka baju tu, badan aku penuh dengan lebam. Luka dilutut dan dagu. Selesai semuanya aku duduk diatas katil dan capai kamera.
“Kalau kau nak tahu apa yang terjadi dekat kau j, semua ada rakam dekat kamera tu.” Ucap wati

YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
رعبHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.