BAB 60

901 67 5
                                    

Aku terus menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Tak lama tu dioarang semua gerak ke arah pagar rumah. Mungkin nak tengok secara dekat kot.

“Okay guys! Apa kata kita masuk dalam rumah tu!” Ucap mikail tiba-tiba.

Aku hampir-hampir nak tersedak bila mikail cakap macam tu.

“Kau ni dah kenapa mikail? Tak serik lagi ke?” Tanya wati

“Entah dia ni. Memang nak cari nahas lah” Sampuk aku pulak.

Mikail melangkah ke arah aku lalu dia menundukkan mukanya ke arah aku.

“Ke kau takut sebenarnya j?”

Panas je aku tengok tingkah mika. Ini kalau aku bagi penumbuk dekat muka dia. Mau icu setahun.

“Bukan istilah takut mikail, masalahnya sekarang kitaorang dah tak nak buat aktiviti disebabkan kau suka cari masalah! Cuba lah jangan cari masalah boleh tak?”

“Bila masa aku nak cari masalah? Aku cuma nak tahu. Salah ke?”

“Pulak? Kalau kau nak tahu sangat, kau tunggu lah pukul 1 nanti. Itu jam kau tengok lah sampai kau naik langit ke tujuh.”

Mikail tiba-tiba gelak. Aku terdiam. Aku ada buat lawak ke?

“Apa barang setakat tengok dari jauh. Kalau berani jom lah tengok dekat-dekat.”

“Halah! Kau bukan berani sangat pun. Kalau berani kenapa kau ajak kitaorang?” Tanya aku. Masa ni aku dah berdiri. Panas punya pasal. Ada yang bertumbuk jap lagi ni.

“Weh!! Sudah! Sudah lah!” Ucap abang ben melangkah dan berdiri di tengah-tengah.

“Ni j! Kalau kau takut sangat, its okay! Aku boleh masuk sendiri lah. Aku nak tengok dengan mata kepala aku sendiri. Tak hadap lah aku nak ajak korang semua! Korang semua ni jenis penakut. Tahu tak penakut”

Kepala aku tiba-tiba rasa panas bila mikail cakap macam itu. Aku melangkah ke depan. Belum sempat aku nak hayun penumbuk, izuwann dan wati tarik aku kebelakang. Abang ben cepat-cepat tarik mikail ke tepi.

“Kau ni kalau kaki besi aku ni singgah dekat mulut kau yang puaka tu, alamatnya kau makan nasi guna straw! Anjing!” Jerit aku.

“Okay! Kalau kau nak pergi sangat mikail, kita pergi.” Ucap abang ben “Tapi kau ingat ye mikail, kalau kau cuba-cuba buat perangai, aku tak teragak-agak nak bantai kau. Faham!!” Tengking abang ben tepat ke muka mikail.

“Okay fine!” Ucap mikail lantas mendepakan tangan.

Abang ben pandang ke arah aku.

“J!” Panggil abang ben

Aku berpaling sekilas.

Abang ben lantas buat isyarat mintak aku bersiap sedia. Aku terus masuk ke dalam rumah. Barang semua aku keluarkan letak kat tepi pintu. Tak lama tu anuar mizan dan izuwann datang.

“Kau okay j?” Tanya mizan perlahan.

“Percayalah cakap aku! Bodoh tu akan cari masalah lagi malam ni!” Ucap aku lantas aku campak tripod dekat depan anuar. Melompat anuar masa tu sambil urut dada.

"Terkejut aku" Ucap anuar bersama muka polosnya. Izuwann dan mizan tergelak melihat anuar terkejut.

Aku terus masuk ke dalam rumah dan tukar pakai seluar jeans. Selesai keluarkan barang, kitaorang terus gerak dari rumah. Jalan kaki je.

“Kita nak masuk dekat mana ni?” Tanya anuar.

“Kejap!” Ucap aku lantas melangkah ke arah tepi rumah.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now