“Oo.”
“Eh j. Tu bukan camaro kau ke?” Tanya mizan lantas menunjuk depan.
Aku memandang apa yang mizan tunjuk. Camaro sport berwarna hitam jalur kuning masuk perkarangan rumah dan berhenti dekat belakang kereta abang ben
“Haah kereta aku lah tu.”
“Siapa yang bawa?” Tanya abang ben pelik
“Pak budi ler” Ucap aku lantas bangun berdiri.
“Klas kau pak budi.” Ucap mizan tergelak.
Yang lain semua tergelak. Aku terus melangkah menuju pak budi yang masih lagi berada di dalam kereta. Aku bersandar sambil berpeluk tubuh memandang kereta didepan. Tak lama tu pak budi keluar dari kereta dan memandang aku.
“Mak lela ada masak?” Tanya pak budi.
“Ada. Tengah masak.”
Pak budi hanya menganggukkan kepala.
“Nanti lepas makan kita pergi.” Ucap pak budi tiba-tiba.
Pak budi terus melangkah meninggalkan aku yang masih lagi berdiri dekat situ. Rumah sebelah yang gah berdiri disebelah aku memandang. Tak lama tu.
“Janna!”
Aku berpaling
“Sini!” Gamit pak budi
Aku terus melangkah ke arah pak budi dan dalam masa yang sama pak budi pusing dan berjalan ke arah bilik dia yang berada disebelah garaj kereta. Aku masuk ke dalam bilik tersebut. Pak budi menyuakan sesuatu kat depan aku.
“Kamu pakai gelang ni.” Ucap pak budi lantas menyarung gelang tersebut dekat tangan aku. “Dan yang ini kamu simpan. Guna di saat kecemasan. Lepas dah guna rendam dengan air batu delima.” Ucap pak budi lagi lantas menyimpan semula ke dalam bekas yang berisi air.
Aku hanya menganggukkan kepala. Tak lama tu aku dengar suara mak lela menjerit panggil nama aku. Aku terus keluar dari bilik budi dan menuju ke dapur. Selesai makan apa semua, aku dengan yang lain terus gerak dari bangsar ke amber court. Sampai saja dekat amber court, Aku dengan yang lain park kereta dekat entrance amber court. Ada lah sebiji dua kereta kat situ. Aku terus keluar dari kereta dan menuju ke kereta abang ben. Pak budi yang turun dari kereta anuar terus melangkah ke arah aku sambil mulutnya terkumit-kumit membaca surah. Tak lama kemudian pak budi memandang wati dan fara dekat sebelah
“Kamu berdua tunggu sini. Kamu kamu tunggu luar jugak” Ucap pak budi.
Aku memandang fara wati mizan dan joe. Muka diorang berubah serta merta. Yang masuk ke dalam amber court aku abang ben anuar dan izuwann sekali ngan pak budi.
“Ala pak budi, saya nak masuk” Ucap mizan.
“Jangan. Tak perlu ramai-ramai nanti susah. Lagi pulak kamu berempat kosong.” Ucap pak budi yang masih memandang bangunan amber court.
Nak atau tak nak mizan dan yang lain-lain mengalah. Aku menyerahkan kunci kereta dekat fara. Tak lama kemudian, aku dengan yang lain gerak masuk ke dalam amber court. Sampai saja dekat lobi, abang ben dengan budi bercakap dengan receptionist tersebut. Lama jugak diaorang bercakap. Tak lama tu seorang lelaki membawa aku dengan yang lain ke lif. Masuk je dalam perut lif, jantung aku berdebar-debar.
Ting!!
Aku dengan yang lain semua keluar dan mengikut lelaki tersebut. Masa tengah jalan tu, benda yang pertama aku nampak adalah pintu berpalang. Tak lama lepas tu, semua orang berhenti termasuk aku. Bilik yang bertengangan pintu berpalang tu di buka. Aku dengan izuwann berpandangan sesama sendiri. ‘Bukan ni bilik hari tu ke?’ Tanya aku sendirian didalam hati. Yang lain sudah masuk ke dalam. Kiranya aku dengan izuwann orang yang last nak masuk masa tu. Masa aku nak masuk tu tiba-tiba..
“Allah!! Izuwann!!” Jerit aku lantas mengagau bahu izuwann. Disebabkan sepantas kilat aku terlepas bahu izuwann.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.