wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheemmm!! Allahuakbar!!" Jerit aku lantas tangan kiri aku mengetuk kaca sliding door dengan kuat. Tak lama tu aku pandang ke arah blok didepan aku gelap sunyi dan sepi. Sliding door dah boleh di buka. Aku terus masuk ke dalam. Tapi apa yang buat aku terkejut ialah, seorang pun tak ada dekat ruang tamu. Aku terus melutut dekat tepi tv.
"Allah! Mana yang lain?" Ucap aku lantas merengkokkan badan aku kedepan. Tangan kanan aku pegang sebab sakit yang teramat sangat.
Masa ni aku hampir-hampir nak mengalah. Aku hampir-hampir nak tewas. Aku mengerling jam sudah pukul 4 lebih pagi. Aku keluar kan telefon. Hanya pak budi saja yang boleh tolong aku ketika ini. Aku cepat-cepat call pak budi. Panggilan yang pertama tak diangkat. Kedua dan seterusnya. Tak diangkat. Tak lama tu telefon aku berbunyi. Aku cepat-cepat angkat panggilan pak budi.
"Budi! Tolong aku!" Ucap aku menggigil.
Pak budi hanya diamkan diri. Tak lama tu dia bersuara.
"Masuk ke dalam bilik itu!" Suruh pak budi.
Aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik tersebut. Aku memandang sekeliling. Gelap. Aku cepat-cepat buka torchlight.
"Apa apa didepanmu?" Tanya pak budi.
Aku memandang depan.
"Katil."
Budi terus diam.
"Naik diatas katil dan duduk bersila."
Aku terus melangkah dan naik atas katil tersebut. Aku duduk ditengah-tengah.
"Siramkan air batu delima di sekelilingmu."
Aku terus buka loudspeaker dan letak di tepi. Botol air batu delima aku keluarkan lantas aku siram dekat sekeliling aku.
"Sudah" Ucap aku
"Kamu bersedia? Pejamkan matamu" pinta pak budi. "Genggam erat tangganmu. Jangan lepaskan. Tunggu arahan aku"
Aku buat apa yang disuruh oleh budi. Masa aku dalam keadaan macam itu, aku tak tahu surah apa yang budi bacakan. Tetapi disebelah budi aku dapat rasakan yang budi tengah bertarung. Setelah sekian lama, aku berasa yang aku berada ditempat lain. Di tempat sunyi. Tak lama tu aku nampak abang ben tak sedarkan diri. Aku nampak fara wati izuwann anuar dan yang lain pun tak sedarkan diri. Masa aku tengah nak berjalan kedepan lagi, aku perasan ada seseorang tengah perhatikan aku. Aku tersentak. Aku cuba nak mengundur tetapi..
"Jangan mengundur jannaaa!!!!!!"
Aku terus berdiri. Terkaku. Dada aku berombak kencang. Tak lama tu.
"Buka matamu!"
Lepas budi suruh aku buka mata, aku nak buka, tapi tak boleh. Mata aku ibarat macam di gam gam.
"Tak boleh budi!!" Jerit aku kuat.
Tak lama tu budi suruh aku baca satu surah ni. Tapi aku tak ingat surah apa. Lepas tu aku baca surah tu, mata aku terus terbuka.
"Hhhhhhhrrrrrrrrr" Jerit aku lantas menarik nafas kuat. Sakit sangat. Aku terbaring seketika.
Aku dalam keadaan macam tu adalah dalam 15minit. Budi masih lagi di dalam talian. Tak lama tu aku dapat rasakan katil yang aku baring tu macam berkeriuk. Aku berpaling ke kiri.
"Keluar dari bilik tu sekarang." Ucap budi
Aku terus bangun dan menuju ke pintu. Sempat lah aku memandang ke kiri. Tombol pintu aku tarik kuat dan aku berpaling ke ruang tamu. Terkejut aku. Diaorang semua ada dan tak sedarkan diri. Aku menuju ke arah diorang dan aku siram air batu delima ke muka setiap sorang.
"Jangan kamu matikan telefon" pinta budi.
"Baik budi."
Selepas aku siram air batu delima, aku menanti respon dari diorang.
"Aduh sakit" Ucap saiful.
Aku memandang ke arah saiful.
"Kau okay?" Tanya aku.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.