"Auzubillahminashaitannirajeem. bismillahirrahmanirrahim. law anzalnaa haadzaa alqur-aana 'alaa jabalin lara-aytahu khaasyi'an mutashaddi'an min khasyyati allaahi watilka al-amtsaalu nadhribuhaa lilnnaasi la'allahum yatafakkaruuna! Allahuakbar!!!"
Tak lama kemudian, kassim dan wati keluar dari bawah katil.
"Arghhh!!" Jerit kassim dan wati
"J! j" Panggil anuar.
Aku terus bangun dan menuju ke arah anuar.
"Keluarkan diaorang." Arah aku
Izuwaan dan anuar menarik kassim dan wati keluar dari bawah katil dan meletakkan di tepi katil. Diaorang berdua masih lagi mengelupur hebat.
"Cepat j!" Jerit izuwann.
Aku terus meletakkan tangan aku diatas kepala kassim dan wati.
"Auzubillahminashaitannirajeem. bismillahirrahmanirrahim. Alam Nashrah Laka Sadrakh. Wawada'na ankawiz-rakh. Allazii anqada zahrakh. Warafa' nalakazikrak. Fainnama al usri yusra. innama al usri yusra. Faiza faraghta fansab wa ila Rabbika Farghrab. Allahuakbar!!!" Jerit aku lantas menghayun tangan ke arah kiri.
Tak lama tu kassim dan wati tersedar dan memandang aku izuwann dan anuar dengan pandangan yang pelik.
"Dah kita keluar dari bilik ni. Bawa semua barang" Ucap aku lantas melangkah ke tepi katil. Botol air delima dan keris aku masukkan ke dalam beg semula.
Izuwann dan anuar pimpin kassim dan wati keluar dari bilik itu sementara aku pulak angkat beg dan letak kat luar. Bila dah siap semuanya aku terus keluar dari bilik tersebut. Belum sempat aku nak tutup pintu, pintu tertutup dengan sendiri dari dalam. Tersentak sekejap aku sebab terkejut. Aku memandang yang lain yang masih memandang ke arah aku. Aku terus melangkah ke arah sliding door. Pintu sliding aku tarik kasar dan aku capai rokok. Aku melangkah perlahan ke balcony Pandangan aku tepat memandang ke arah bangunan yang berada didepan aku. Agak pelik sedikit.
"Cepat kemaskan barang korang. Jangan di tunggu lagi." Ucap abang ben
Aku memandang ke arah abang ben sekilas, tak lama tu aku terus memandang kat luar. Berdenyut-denyut aku menahan sakit dilengan. Aku mengeluh perlahan. Masa aku tengah layan perasaan tu tiba-tiba bulu roma aku meremang. Hati aku mula rasa tak sedap. Belum sempat aku nak melangkah masuk ke dalam, sliding door tiba-tiba tertutup dengan sendiri. Yang paling bangang, ruang tamu yang pada mulanya cerah, terus gelap gelita. Tengah aku usaha buka sliding door tu, tiba-tiba telinga aku dengar bunyi orang bercakap dan dalam masa yang sama suara tu berselang seli dengan ketawa. Aku tak pasti siapa dan di mana, tetapi memang kuat!
"Hahaha. Takut?"
Aku yang tengah cuba buka sliding door terus terkaku. Badan aku berdiri tegak. Aku melihat belakang mengunakan cermin sliding door tu tapi tak nampak apa-apa sebab gelap. Masa ini lah aku rasa menggigil. Sebab apa? Sebab aku berada di balcony. Tersilap sikit confirm nyawa aku melayang. Lagi pulak aku tak boleh dengan ketinggian dalam keadaan macam itu. Aku beristigfar panjang. Badan aku terus melekat dekat sliding door. Aku pejam mata rapat-rapat lantas berpusing mengadap ke depan. Perlahan-lahan aku buka mata. Masa aku buka mata ni blok depan aku sebaris terang benderang. Dan yang paling tak boleh blah dalam sebaris tu penuh dengan manusia yang duduk dekat balcony mengadap ke arah aku. Tengah tengok aku.
"Allah!" Ucap aku perlahan.
Angin masa tu ya allah! Kuat gila. Aku terus membaca surah ayatul qursi.
"Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum.. La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi.. Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.