BAB 63

913 71 0
                                    

Dada aku rasa macam nak pecah. Semua dekat situ dah mengalir air mata. Aku masih lagi bertahan sebab aku tak suka berada disituasi yang macam itu. Tak lama tu, tangan mikail yang genggam tangan aku terlerai membuatkan aku memandang mikail.

"Mikail!"

Mikail terus tak merespon. Aku memandang abang ben. Lantas aku menggelengkan kepala. Abang ben terus terduduk dan aku merangkul kuat tubuh mikail.

"Ya allah!!!" Jerit aku sambil menangis.

Anuar yang baru saja datang terus terdiam memandang ke arah aku bersilih ganti dengan memandang mikail.

"J" Panggil anuar.

Aku menggelengkan kepala.

"Aku tak percaya" Ucap anuar lantas menolak aku dan menarik mikail dalam pelukan aku. "Kita bawa dia pergi hospital." Ucap anuar lagi. Tapi kali ni suara dia sebak

Anuar terus mengangkat mikail. Tetapi disebabkan mikail berangka besar, anuar tak lepas dan dia terjelupuk jatuh. Anuar sembamkan muka dia dekat dada mikail.

"Jangan tinggalkan aku mika!" Ucap anuar lirih.

Tak lama tu kitaorang call ambulan dan dalam 20 minit macam tu ambulan datang. Aku masuk ke dalam perut ambulan bersama dengan izuwann.

"Sabar j" Ucap izuwann.

Aku menganggukkan kepala dan memejamkan mata. Terimbas kembali kenangan sewaktu dengan mika dulu. Dulu mika bukan macam mika yang sekarang. Dulu mika macam anuar izuwann dan sham. Suka buat lawak. Happy go lucky. Kalau pergi cari entiti tak sah kalau tak gelak. Dan mika selalu meluah kalau dia ada masalah. Kalau dia tak cukup duit atau nak guna duit, dengan slamber je mintak kat aku. Kitaorang semua anggap dia ni macam adik kitaorang. Sebab yelah. Dalam kerja dia seorang yang tak berpangkat. Kitaorang semua berpangkat. Umur dia pun muda dari kitaorang semua. Dulu aku sayang betul dekat mikail. Tetapi dia berubah setelah dia kenal dengan seseorang. Bukan dia berubah sebab perempuan. Tetapi sebab seseorang yang membuatkan dia tersesat jauh. Dia dah lupa solat. Dia dah lupa pada kitaorang. Dia ikut kitaorang cari entiti pun sebab nak test power apa yang dia belajar tu. Bukan sebab nak fun-fun. Banyak kali aku dengan abang ben nasihatkan dia. Tetapi hujung-hujung kitaorang kena tempelak dengan dia balik. Ada ayat mikail yang membuatkan aku terasa masa dia mula-mula nak berubah dulu. Sampai mati aku ingat. Tiada niat nak berdendam. Tetapi ada sedikit rajuk didalam hati.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now