Tingg!!
Belum sempat aku nak melangkah masuk lif tiba-tiba.
"Allah!" Ucap aku perlahan.
Benda tu betul-betul berdiri depan aku di dalam lif. Mungkin dua langkah dan benda tu tak berwajah!! Kesakitan di lengan aku serta merta hilang. Haha! Aku dan izuwann terus ruqyah dekat situ. Tak lama tu benda tu hilang. Aku terus masuk kedalam lif bersama dengan izuwann abang ben dan mikail. Sampai saja di tingkat yang kitaorang nak tuju tu, serta merta tempat tu jadi lain. Jadi lapang macam tak ada bilik. Aku memandang abang ben. Abang ben muka dah berkerut seribu dah. Tangannya kuat memegang mikail yang masih lagi di rasuk.
"Tak boleh jadi ni" Ucap aku lantas memandang izuwann.
"Izz kau tahu kan apa nak buat ni?" Tanya aku
Izuwann hanya menganggukkan kepala. Tak lama tu dia bersuara.
"Tahu." Ucap izuwann tanpa memandang ke arah aku.
"Bagi sini botol kau!" Ucap aku
Botol air bertukar tangan. Aku terus keluarkan botol air batu delima didalam beg dan aku tuang menjadi dua. Sweater yang membalut lengan aku, aku buka dan balut botol air tersebut dan serahkan dekat izuwann. Masa aku buka sweater tu, berlumba-lumba darah aku keluar. Alahai. Aku memandang izuwann dan izuwann memandang aku lantas aku menganggukkan kepala. Aku dengan izuwann terus tuang air tu ke atas lantai sambil membaca ayatul kursi.
"Argh!!" Jerit izuwann kesakitan akibat air batu delima itu.
Aku memandang izuwann dekat sebelah.
"Bertahan sikit izz" Ucap aku.
"Sakit sangat j!" Jerit izuwann hampir-hampir nak terlepas botol air tersebut. Aku cepat-cepat tangkap tangan izuwann dan memegang dibahagian tapak tangan izuwann. Bila dah selesai semuanya, aku mintak izuwann azan. Suara azan bergema di tingkat tersebut. Masa izuwann mengalunkan azan, mikail mengelupur mintak dilepaskan. Mungkin disebabkan tak berdaya nak melayan kudrat mikail, abang ben terpaksa menumbuk mikail sampai pengsan. Aku memandang abang ben.
"Sorry j! Aku terpaksa." Ucap abang ben.
"Sokey" Ucap aku sambil membalut lengan dengan sweater.
Tak lama tu aku terdengar bunyi suara orang memanggil nama ben.
"Ben!!"
"Suara siapa tu j?" Tanya ben.
"Aku tak pasti suara siapa" Ucap aku.
Dari jauh aku perasan ada orang berlari dalam kawasan yang gelap. Tak lama tu bila dah sampai dekat kawasan yang berlampu, rupanya anuar. Di belakang anuar joe dan elias tengah pimpin mizan dan saiful. Izuwann cepat-cepat tolong diaorang. Bila diorang sampai abang ben terus bertanya. Aku memapah saiful untuk bersandar dekat dinding Keadaan dia lembik sangat.
"Apa yang terjadi dengan diaorang?"
"Nanti aku cerita ben." Ucap anuar.
Kitaorang menuju ke bilik. Sampai saja pintu terbuka dengan sendiri. Aku berpaling ke kanan dan memandang abang ben. Aku terus tolak pintu tersebut dan masuk ke dalam. Dengan berhati-hati aku mencari fara wati dan kassim. Sampai saja dekat ruang tamu, dioarang tak ada. Ah sudah! Abang ben dengan yang lain terus masuk ke dalam dan letakkan yang lain di atas sofa. Aku berjalan ke arah balcony. Setitis air tak ada di atas lantai. Aku terus melangkah ke arah dapur. Dalam singki air yang aku tadah sebelum pergi sudah tak ada. Yang ada hanyalah jaket aku yang masih berada di dalam singki. Aku angkat jaket jeans tersebut. Separa kelihatan kering dan berdarah? Aku terus rentap jaket tersebut dan melangkah ke ruang tamu. Dalam hati menahan kemarahan.
"Apa yang berlaku j? Mana diaorang? Kau tak buat ke apa yang patut kau buat?" Tanya abang ben.
Aku memandang abang ben lantas mengangkat jaket mengunakan tangan kiri.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
TerrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.