BAB 44

944 74 0
                                    

Tengah aku dengan yang lain borak-borak kosong, mak lela datang dan lepak dengan kitaorang.

“Kamu semua ni sebenarnya dari mana nak kemana?”

“Tak ada dari mana pun. Saja datang sini. Lepas tu nak jumpa pak budi” Ucap aku tiba-tiba

Mak lela memandang aku.

“Ingat mak lela nak percaya? Kamu tu kalau tak ada hal yang mustahak, tak adanya kamu nak datang sini. Apatah lagi nak jumpa pak budi kan?”

Aku menggarukan kepala yang tak gatal. Izuwann anuar dan mizan dah mengekek-gekek ketawa. Kecil besar kecil besar je aku tengok diaorang bertiga tu.

“Sebenarnya macam ni mak lela, kitaorang memang datang nak jumpa dengan pak budi. Nak mintak tolong dekat dia. Kawan kitaorang pergi balik dekat tempat yang kitaorang cari entiti 2 minggu lepas. Dia pergi seorang pulak tu.” Ucap abang ben.

Aku memandang mak lela lantas mak lela memandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tak dapat tafsirkan. ‘Ah sudah.’ Ucap aku dalam hati.

“Oh macam gitu.” Ucap mak lela anggukkan kepala.

(Aku lupa nak kasi tahu, mak lela dengan pak budi bukan suami isteri. Mak lela adalah mak kepada kak na. Anuar ika dan along anak kepada kak ana. Pak budi diamanahkan oleh bapak aku untuk jaga rumah dekat bangsar dan mak lela pulak diamanahkan oleh bapak aku untuk jaga adik-adik aku bila adik-adik aku datang dekat kL. Lepas kak na bercerai dengan laki dia, kak na angkut semua anak-anak dia dan duduk sekali dengan mak lela dekat bangsar. Sebelum tu diaorang duduk bangi. Dan anuar ada dua. Satu anuar anak kak na dan satu lagi anuar member aku. Jangan pening-pening okay ✌🏻)

“Tak apa lah, kamu semua tunggu lah dulu. Nanti budi balik lah tu. Kamu semua makan tengah hari kat sini ye.” Ucap mak lela lantas bangun.

“Eh tak susahkan mak lela ke?” Tanya abang ben.

“Tak ada susah pun. Masak je. Mak lela masuk dulu ye?”

“Okay mak lela.”

Aku hanya memerhati mak lela sampai dia masuk ke dalam rumah. Rata-rata orang dalam rumah ni mempunyai hati yang kental. Harhar! Aku je yang tak kental. Mana taknya, mak lela dengan pak budi duduk dekat bangsar ni masa adik bongsu aku masih kecil lagi dan aku pulak dekat pondok. So setan-setan dalam rumah ni dah kenal dah siapa mak lela dan pak budi. Masih lagi berlegar dalam kepala aku suatu ketika dulu. Masa tu aku baru balik dari pondok. Terus terbang ke sabah. Dalam seminggu dua aku duduk sabah then aku terbang ke kL. Mak aku cakap bapak aku ada beli rumah dekat kL. Rumah kat bangsar ni lah. Aku pun datang dan duduk kat bangsar ni. Bilik aku bersebelahan area dapur. Masuk je pintu dapur, kanan dapur dan kiri bilik aku dan lagi satu bilik adik aku. Malam tu aku tidur seorang. Tengah tidur tu aku bermimpi. Masa ni tak ada katil. Aku guna tilam king double dua. So dalam mimpi tu aku mimpi yang aku tengah tidur. Dekat bahagian kaki aku ada seorang budak duduk bercangkung yang membelakangkan aku. Budak tu dalam lingkungan 1tahun kot. Tak berbaju dan seluar. Hanya berpampers. Dalam mimpi tu aku tersedar sebab aku rasakan macam ada sesuatu. Aku buka je mata sekali ada budak. Aku bangun duduk sambil memandang belakang dia. Tak lama tu aku panggil budak tu.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now