Diaorang bertiga hanya diamkan diri. Sorang-sorang muka pucat lesi.
"Tak payah lah fikir bukan-bukan. Aku pesan je. Dan kalau boleh fokus lah. Okay lah aku gerak dulu. Ni pintu ni kunci" Ucap aku lantas pulas tombol pintu.
Aku terus keluar dari situ. Abang ben yang lain-lain tengah menunggu aku dekat kaki lima. Bila abang ben nampak aku dia terus cuit yang lain. Semua memandang aku.
"Dah settle dah?" Tanya abang ben?
"Dah-dah" Ucap aku.
Kitaorang terus melangkah ke lif.
"Kita nak cari diorang kat mana eh?" Tanya anuar.
Tingg.
Aku dengan yang lain terus masuk ke perut lif.
"Kita turun kat lobi dulu nanti kita tanya dekat receptionist kot lah diorang nampak ke apa-apa ke." Ucap aku sambil ikat rambut.
Punat dalam lif di tekan oleh elias. Tak lama tu anuar memandang ke arah aku.
"Dah macam orang berpantang aku tengok kau j bila kau ikat rambut macam tu." Ucap anuar bersama ketawa.
"Biasa lah nox, ni aku berpantang anak yang ke 15." Ucap aku spontan membuatkan satu lif bergema dek suara-suara jantan ketawa.
"Bodoh lah kau j." Ucap abang ben
"Boleh buat team bola sepak tu." Sampuk izuwann
Aku melangkah dan berdiri dekat sebelah izuwann.
"Boleh nyah! Kalau kau nak guna anak mak untuk main bola. Mak benarkan kau nyah." Ucap aku sambil membuat gaya dan percakapan mak nyah.
"Haha sejak bila jadi macam ni j?" Tanya izuwann sambil ketawa.
"Baru je jadi ni ha."
Tengah kitaorang bercakap-cakap tu, tiba-tiba
Tingg!!
Pintu lif terbuka luas membuatkan aku dengan yang lain terdiam dan terus memandang dekat luar. Aku berpandangan sesama dengan yang lain. Suasana kelam menambahkan lagi seram yang menyengat. Aku terus melangkah keluar dari lif diikuti dengan yang lain. Masa melintasi restoren tu aku tak tahu kenapa hati aku rasa membuak-buak nak masuk kat situ. Membuak-buak nak tahu apa ada di dalam tu. Tapi aku kuatkan hati dan terus menuju ke receptionist. Sampai saja dekat receptionist tak ada seorang pun dekat situ. Bell yang berada di atas meja aku tekan berulang kali tapi tak ada yang menyahut. Anuar dan joe melangkah ke pintu masuk. Izuwann berdiri didepan aku bersama dengan abang ben dan elias. Tengah aku duduk main bell tu, tiba-tiba.
Keeerkkkkk..
Mata izuwann dan abang ben terbeliak besar. Pelik dengan tingkah diorang berdua, aku terus pusing kebelakang. Jelas di depan mata aku, pintu terbuka sendiri dari dalam. Dan gerakkan pintu tu perlahan yang teramat sangat. Aku tunggu jugak kot lah ada orang nak keluar. Tapi tak ada. Torchlight yang berada di kepala aku, aku nyalakan. Belum sempat aku nak melangkah, abang ben pegang bahu aku. Aku berpaling ke arah abang ben.
"Jangan j" Ucap abang ben perlahan.
"Kita masuk dulu. Mana tahu kot diorang ada dekat dalam." Ucap aku.
Abang ben hanya diam. Tak lama tu izuwann bersuara.
"Aku ikut kau j." Ucap izuwann
Aku memandang abang ben. Abang ben terus menganggukkan kepala tanda setuju. Aku terus menolak pintu tersebut lantas aku masuk ke dalam bilik. Belum sempat aku nak berpaling kebelakang, pintu tertutup dengan sendiri membuatkan aku terkurung di dalam seorang diri. Abang ben dengan izuwann dekat luar. Aku panik sekejap.
"Abang ben!! Izuwann!!" Jerit aku dari dalam sambil ketuk pintu tersebut. Sakit duh tangan aku.
Aku terus berhenti mengetuk dan aku paling kebelakang. Aku suluh sekeliling. Tengah suluh punya suluh sekali aku perasan kelibat seseorang. Aku terus melangkah ke depan. Kelibat seseorang yang aku tak pasti siapa.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.