“J!! J belakang kau j” Jerit puteri lagi sambil menangis.
Tak lama tu dari anak mata kanan aku terpandang puteri yang tengah nak mendonggakkan kepala. Matanya terbeliak. Tanpa membuang masa aku terus menarik tangan puteri untuk berlari. Okay laman rumah nenek lia ni memang besar sangat. Myb boleh muat dalam 20biji kereta or lebih. So untuk sampai ke mana-mana memang akan mengambil masa berberapa minit. Masa aku berlari tu tiba-tiba.
“J tolong!!!” Jerit puteri kuat.
Aku yang berlari ke depan ni terus berhenti melangkah dan berpaling kebelakang. Puteri seolah-olah ditarik kebelakang tetapi sempat di tarik oleh aku ke depan. Oleh disebabkan takut badan puteri terbelah dua sebab aku tak mengalah, jadinya aku lepaskan tangan puteri. Dan puteri ditarik laju. Aku turut ikut puteri sambil membaca ayatul qursi kuat-kuat. Tak lama tu puteri berhenti betul-betul di bawah pokok keladi yang berada di tepi pondok tersebut. Aku tarik puteri dan dudukkan dia dekat tepi pokok kelapa. Tak lama kemudian aku dapat rasakan ada satu aura yang tak elok.
“Jom-jom” Ucap aku lantas mengangkat puteri untuk berdiri. “Kau boleh berjalan tak ni?” Tanya aku lagi
Puteri hanya menganggukkan kepala. Dia hanya memurut sahaja apa yang aku suruh. Kejap-kejap dia kesat air mata yang mengalir dekat pipi. Myb menyesal kot. Aku dengan puteri terus berjalan dan menuju ke satu hutan kecil ditepi rumah tersebut. Diseberang hutan kecil tu ada rumah seorang cikgu. Cikgu ali namanya. Rumah family. Rumah banglo.
“Kita nak kemana j?” Tanya puteri yang tengah berdiri diatas jalan tar depan rumah cikgu ali.
Rumah cikgu ali dengan rumah nenek lia saja yang terletak diatas bukit. Halaman rumah cikgu ali tak sebesar halaman rumah nenek lia. Lagi pulak laman rumah cikgu ali walaupun berbukit curam tetapi jalan tar. Laman nenek lia berbatu-batu. Gittew.
Pertanyaan puteri aku biarkan sepi. Aku mengerling jam dekat pengelangan tangan. Pukul 4 pagi.
“Jom ikut aku” Ucap aku lantas bangun berdiri.
Aku terus melangkah dan meninggalkan puteri dekat belakang. Tak lama tu puteri berlari-lari anak dan berjalan disebelah aku.
“Kita nak kemana j?”
Aku hanya pandang sekilas puteri disebelah. Lepas tu aku turun bukit. Bukit dekat rumah cikgu ali lagi curam berbanding bukit dirumah nenek lia. Tambah-tambah jalan tar. Hurm! Bila dah sampai ke bawah, dari sebelah kanan yang jauh nun di sana, aku nampak surau. Aku terus seberang jalan dan berjalan menuju ke surau. Mungkin dekat situ tempat yang paling selamat. Puteri dekat sebelah hanya mengikut sahaja. Bila dah beberapa minit nak sampai surau, aku berhenti melangkah. Mata aku tepat memandang ke arah surau tersebut.
“Kenapa j?” Tanya puteri.
Aku mengundur beberapa langkah kebelakang. Puteri masih lagi berdiri dan tak bergerak. Benda yang aku nampak tu makin lama makin mendekat. Sambil aku memandang benda tu, aku mengamit puteri.
“Sini puteri!”
“J takkan kita nak pergi balik dekat sana j?”
“Sini puteri!!” Jerit aku
“J!!”
“Puteri ada benda dekat belakang kau!!” Jerit aku kuat.
Puteri yang baru tersedar, dengan perlahan dia berpaling kebelakang. Benda yang berdiri tegak dekat belakang puteri memandang puteri dengan muka yang mengerikan.
“J!!!!!"
![](https://img.wattpad.com/cover/270506292-288-k493361.jpg)
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.