Aku berpaling kebelakang. Tiang bola jaring tu jatuh betul-betul dekat sebelah aku. Betul-betul sebelah aku. Seinci kot. Terbeliak mata aku tengok tiang tu mendarat dekat sebelah aku. Mengucap panjang aku. Aku terus mengesot kebelakang dan mendapatkan izuwann yang masih lagi terbaring. Dahinya luka. Pak budi dan lelaki yang berada dekat situ terus berlari ke arah kitaorang. Aku berpaling lagi sekali ke belakang. Tengah aku tengok-tengok tu sekali ada benda berdiri dekat tingkap. Wajahnya sangat marah. Aku cepat-cepat angkat izuwann dibantu oleh budi untuk berjalan. Sampai beranda aku duduk disebelah izuwann.
“Kau okay?” Tanya aku.
“Okay-okay.”
“Dahi kau darah. Kejap” Ucap aku melangkah masuk dekat dapur. Mak lela yang berada dipintu terkejut melihat aku.
“Kamu tak apa-apa ke?”
“Tak. Saya okay je. Mak lela tolong ambil first aid jap kat bilik tv”
“Okay-okay. Kejap.” Ucap mak lela melangkah dan menuju ke bilik tv. Bilik tv bersebelahan dengan dapur dan bertentengan dengan ruang tamu tengah. Ruang tamu tengah tu laluan benda tu.
Tak lama kemudian first aid bertukar tangan. Aku terus keluar mendapatkan izuwann.
“Sini kepala kau.” Ucap aku lantas menarik kepala izuwann.
Setelah aku cuci luka dekat kepala izuwann, aku terus tampal plaster. Tak lama tu pak budi bersuara.
“Ini bukan kali pertama dia tumbangkan tiang tu”
“Haah. Masuk ni dah dua kali. Macam mana nak buat eh?” Tanya aku.
“Tak apalah. Nanti aku iktiharkan macam mana” Ucap pak budi
Tengah aku bercakap-cakap tu, tak lama tu aku nampak along kak na mak lela dan perempuan yang aku tak kenal keluar dari rumah dan menuju ke beranda. Aku terus bangun dan duduk disebelah kanan izuwann supaya ada ruang untuk yang lain duduk. Mungkin sebab dekat kedudukan antara along dengan izuwann, izuwann bangun dan duduk disebelah kanan aku.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.