Yang lain-lain pakat duduk dekat depan aku bila aku bagitahu ada kisah rumah tu. Aku memandang mikail. Tajam renungan dia memandang ke rumah tersebut.
“Apa kisahnya j?” Tanya mizan.
Aku mengerling jam dekat pengelangan tangan.
“Nanti tepat pukul 1 pagi, lampu dekat luar rumah tu akan menyala.”
“Serius lah?” Tanya wati.
“Iyo”
“J, cuba kau cerita apa kisahnya rumah tu” Sampuk anuar.
Aku membetulkan duduk lantas menyilang kaki. Kebas bontot weh.
“Menurut kata kak na, rumah tu dah lama dah tak berpenghuni. Pernah lah ada orang nak beli tapi bila diaorang tengok rumah tu dekat-dekat, terus tak jadi nak beli”
“Sebab apa j?” Tanya mizan.
“Bila korang tengok waktu siang, memang tak ada apa-apa yang menakutkan. Tetapi bila tengok pada waktu malam macam sekarang ni, korang akan rasa sesuatu.”
“Rasa apa?” Tanya abang ben.
Aku terdiam. Tak lama tu wati bersuara.
“Rasa apa j?” Tanya wati.
“Rasa lapar. Mana makanan yang aku oder tu?” Tanya aku lantas menyuakan tangan.
“Bodoh lah kau j! Jangan sampai aku sumpah kau jadi kereta kebal kang setan!” Ucap wati lantas mengetuk lengan aku.
“Sakit gila!” Ucap aku sambil gosokkan lengan kanan yang terasa perit sedikit.
Wati terus melangkah ke kereta. Pintu di buka lantas makanan yang aku oder dikeluarkan.
“Nah!”
“Huhu tq wati” Ucap aku lantas buka polisterin “Bismillahirrahmanirrahim”
Tanpa disuruh aku terus buka cerita pasal rumah yang terletak disebelah rumah aku.
“Pada zaman dulu, aku tak pasti tahun bila. Dan aku tak pernah tanya pun bapak aku beli rumah ni tahun bila. Mengikut kata kak na. Dulu rumah tu di duduki sepasang suami isteri. Orang british. Kak na sempat lah tengok orang british tu tapi tak pernah pulak bersembang. Ada satu malam tu kak na duduk dengan anak-anak dia dekat kerusi yang kita tengah duduk ni. Masa kak na tengah borak-borak dengan anak-anak dia, diorang terdengar pergaduhan suami isteri tu. Teruk kak na cakap masa tu”
“Kenapa pukul ke?” Tanya mizan
Aku menyuap makanan sedikit dalam mulut.
“Yang tu aku tak pasti sama ada kena pukul atau tak. Tetapi boleh dikatakan tiap-tiap malam diaorang bergaduh. Sampai satu hari ni, setahun kak na tak dengar dah diaorang bergaduh. Kak na risik punya risik, dapat tahu yang bini dia mati kena bunuh dengan laki dia dan mayat bini dia, laki dia campak dalam perigi yang berada di tepi rumah. Manakala laki dia gantung diri. Mungkin nak elak dari kena tangkap kot.”
“Habis tu mayat bini dia ada orang jumpa tak?” Tanya wati.
“Aku ada tanya kak na jugak pasal mayat bini dia tu, tapi kak na cakap tak pasti sama ada orang jumpa atau kekal dalam perigi tu.”
“Memang tepat pukul 1 lampu akan menyala ke?” Tanya izuwann yang dari tadi diamkan diri.
“Haah. Dulu line maxis kat sini memang ajak bergaduh. Tambah-tambah lagi kalau dalam rumah. Uish. So aku pun keluar dari rumah dan duduk dekat kerusi ni lah. Kebetulan dulu kak na letak kerusi mengadap betul-betul ke arah rumah tersebut. Tapi masa ni aku langsung tak tahu menahu pasal rumah tu. Cuma tiap pukul 1 pagi lampu akan menyala dan akan dengar lah bunyi orang bergaduh. Lepas tu tak sampai 15 minit or 20 minit lampu terpadam dan bunyi orang bergaduh pun hilang. Bila dah acap kali aku dengar, tu yang aku tanya kak na. Kak na cerita pun tak terlampau detail.” Cerita aku panjang lebar.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.